Jika Angin Penghawa Dingin Kereta Anda Panas...

Farah Waheda Wahid
7
Kisah yang melibatkan penghawa dingin kereta Farah ni, rasanya ini kali kedua berlaku ni... Semasa pakai Kelisa dulu penghawa dingin kereta tak pernah mendatangkan masalah, pernah sekali ganti "radiator" kot? Kalau tak silap Farahlah, masa tu berasap bonet hadapan... Nasib masih boleh bergerak ke bengkel dan selesaikan masalah... 

Dengan Baby Mia (MyVi) pula, Alhamdulillah, tak ada masalah-masalah lain melainkan cermin di bahagian pemandu (hik hik hik) yang dah ganti motor serta dah ganti getahnya dan juga kompresor sistem penghawa dingin. Moga-moga tak adalah masalah yang lain-lain pula. Cerita tentang kompresor sistem penghawa dingin Baby Mia ni, pernah Farah kongsikan di dalam entri...



Ini nak habaq mai ni... kawan-kawan... (yang perempuan lah khususnya, yang lelaki tak apa, masing-masing dah pakar tentang kereta kan???)... Jika satu hari, apabila anda memandu dan anda terasa penghawa dingin kereta anda mengeluarkan angin yang panas berbanding sejuk...Silalah ambil perhatian yer? Ataupun jika anda "start" enjin kereta anda dan pasangkan penghawa dingin, penghawa dingin anda berangin panas, sila berikan perhatian. 

Kenapa??? Haaa... Ini nak cerita ni, perkongsian melalui pengalaman... Kalau tak pengalaman tak teringat pula nak bercerita yer tak? Bila dah pengalaman makanya, kita berkongsilah sesuatu yang berguna buat semua...


Sila maklum... hari ini bila enjin kereta dimulakan, Farah terasa seolah-olah seperti penghawa dingin tak sejuk... Agak lama udara di dalam kereta untuk menjadi sejuk...Selepas kereta dah dipandu selama lebih kurang 8 minit, barulah sejuk penghawa dingin tu. Naluri hati terasa seperti seolah-olah ada perkara yang tak kena ni. HARUS pergi periksa dan HARUS dibawa ke bengkel. 

Bila dah kata hati berkata-kata macam tu, makanya... hantarlah ke bengkel. Nasiblah sekarang ni, banyak juga masa senggang yang memungkinkan Farah ni menyelesaikan apa yang patut diselesaikan kannn? Kalau tidak? Memang kena tunggu hujung minggu lerrr...Itu pun nasib-nasib...kalau Farah tak sibuk ke sana ke mari atas urusan kerja. 

Seperti yang kelihatan pada gambar di atas tu, kelihatan kipas dibuka dari dalam isi perut enjin kereta Baby Mia "I is"... Iyaa...memang pun... Di dalam istilah terkenalnya... "Aircond Fan Motor"...atau dalam Bahasa Melayu skemanya... Kipas Motor Penghawa Dingin...Heee... Ianya berada di bahagian enjin di bonet hadapan yer? Terangkan jer... Kot kot ada yang tak tau kat mana letaknya nih... Gurau-gurau...Janganlah serius sangat "uolss".... Tak gurau tak cerialah hidup kita semua.... 


Kawasan letaknya adalah di sini... Huhh...maafkan pemandangan enjin kereta Farah di bonet hadapan yang sudah agak lama tidak diberus disebabkan tak sempat. (Tadi suruh abang bengkel bersihkan jer...he he he...senang kerja)... Kena buka dan barulah boleh diganti dengan yang baru... 


Inilah dia "Aircond Fan Motor" yang perlu diganti tersebut. Haaa, macam ni rupanya...Selamat berkenalan!!! :-)... Menurut abang bengkel tu, disebabkan motor ni tak jalan, sebab tulah angin yang keluar dari penghawa dingin kereta tak sejuk. Kalau tidak diganti dan dibiarkan, suhu kereta boleh naik. Bila suhu naik, faham-faham sendiri jer lah kan? Nanti elok-elok masalah kecil, jadi masalah lain yang berlarut-larutan pula. Jadi sebelum terjadi apa-apa yang lebih serius...eloklah diganti. Menurut abang bengkel lagi... Kereta Avanza dan juga MyVi memang selalu mengalami masalah ini... Lagipun memang dah "time" katanya...Iyalah... Baby Mia pun dah berusia 5 tahun kannn??? Biasalah tu... (Ihiksss...macam nak suruh hakak berangan Baby lain jer? #ehhh...tak tak tak... sekarang tak nak fikir tentang Baby yang lain dulu...sekarang nak simpan duit...nak kumpul sebab Ash semakin membesar...nak sekolahkan dia dulu...)... 

Solusinya? Tukar "Aircond Fan Motor" yang baru...Selesai masalah... Dan jumlah kos untuk membaiki masalah ini adalah... 


Semuanya berjumlah RM 230.00 sahaja....Errr...lega sikit sebenarnya...Ha ha ha... Kalau ribu riban... Adehhh... Rabak juga rasanya poket...Haippp!!! Tak baik mengeluh...Adatlah bila dah pakai kereta yer tak? Kena bersedia dengan wang ringgit di masa-masa kecemasan... Duit kecemasan kena ada... Hu hu hu... Sama juga dengan ada anak...Begitulah gayanya... Alhamdulillah, masalah pun dah selesai dan kini penghawa dingin telahpun kembali sejuk seperti biasa semula... :-)....  

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. nasib ratusan je.. riban.. pitam... huhuh

    ReplyDelete
  2. hee baru tahu.. lumrah la, ladies mmg tahu drive jer :d

    ReplyDelete
  3. mengenangkan jasanya pada kita..dia sakit rawatlah..hehe..takut merajuk berpanjangan..risau nanti kita..

    ReplyDelete
  4. hihiihi... normal...kdg pikir sndri..nape x sejuk nih??..
    yes..saving kecemasan kena ada... pulak2 skg ni zaman ekonomi gini kan...

    ceria2 ke blog elly.. ;)
    GET CLEAN HOMECARE SHAKLEE

    ReplyDelete
  5. bila ada own car ne kena jaga betul2 ibarat jaga our own baby kan ^^

    ReplyDelete
  6. Kereta kami dah tujuh tahun tak servis air cond lagi... Tahan lagi alhamdulillah..

    ReplyDelete
  7. Standat hga tu..

    Sy beli moto kipas n psg sndr je..(jimat)

    Heheee

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !