Ingat mata pelajaran Sejarah SPM, ingat Sir Francis Light. Masuk ke kawasan Fort Cornwallis ni kannn... Farah tak tau kenapa, ada satu perasaan yang lain macam sikit bila jejakkan kaki ke kawasan bersejarah ni. Lebih-lebih lagi bila melihat kawasan kurungan atau penjara dan juga bilik menyimpan serbuk bahan api meriam dulu-dulu. Lama juga kami menghabiskan masa di sini. Tiba-tiba terasa diri ibarat macam cerita di dalam "Back To The Future" dan membayangkan diri dalam suasana pada waktu dan ketika itu.
Farah ni memang peminat mata pelajaran Sejarah sewaktu sekolah dulu. Makanya, perasaan tu memang lain sedikit bila berada di tempat bersejarah ni. Kalau boleh nak tau lebih lagi. Ha ha ha...
Pinang Peranakan Mansion
Perghhh... Bagi Farah inilah tempat yang paling Farah berpuas hati dan "super duper awesome"... Di sini, segala genap segi kehidupan serta kebudayaan masyarakat Baba Nyonya dapat kami selusuri. Barang-barang lama dan antik yang terdapat di dalamnya memang menguja jiwa dan ada di antara perabot antik tu Farah tertarik sangat. Ini kalau dijual ni pasti berjuta-juta harganya ni. Ya ampunnn, seronoknya... Sekali lagi imaginasi "Back To The Future" itu menjelma di fikiran...Wakakaka.... Memang sangat-sangat menarik. Wallahhh!!!
Masjid Kapitan Keling
Masjid lama dan bersejarah. Kami singgah di sini sebentar dan kemudiannya makan lagi!!!
Pekena Nasi Kandar dan minum-minum serta berehat seketika untuk melepaskan lelah... Kalori dah banyak terbakar oiii... Ha ha ha... Jalan jauh tau... Jalan sana, jalan sini. Kaki pun dah mula digigit kasut baru. Ekekekeke... Jadi rehatlah dulu seketika. Semasa menikmati Nasi Kandar ni lah kami berbual dan beramah mesra di antara satu sama lain tentang pelbagai perkara.
Selepas itu??? Jeng jeng jeng... Paling seronoklah kannn??? Pergi ke stesen membasahkan tekak dengan sesuatu yang manis dan sejukkk...
Rojak buah, cendol dan ABC... Abang Ben yang cadangkan tempat ni. Memang betul menarik dan sedap. Kenalah percaya dan akui cadangan orang kampung kan??? Dah kampung Abang Ben, dia taulah apa yang menarik, apa yang sedap. Nyum nyum....
Clan Jetty
Lokasi terakhir kami kerana agak kesuntukkan masa sebelum bergerak menuju ke Lapangan Terbang Pulau Pinang. Dapatlah merasa angin tepi jeti seketika dan di sini jugalah Farah sempat membeli sedikit buah tangan untuk anakanda permata hati tercinta. Walau jauh di mata tetapi selalu dekat di hati tau! Ingatan pada anak mana mungkin pernah pudar dan lupa yer tak?
Selesailah sudah lawatan sehari kami di Pulau Pinang seadanya. Gembira, seronok, puas dan teruja. Sesekali bercuti kan? Walaupun singkat tetapi sangat bermakna serta berharga. Walaupun masih ada lagi tempat yang belum dilawati... Tak apa... In Shaa Allah, "there's always next time"... Mungkin selepas ni Farah bercuti dengan Ash pula???
Terima kasih Malaysia Airlines Berhad di atas pengalaman yang sangat berharga ini. Perkhidmatan penerbangan yang meyakinkan serta memuaskan hati. :-)
wah,,seronoknya farah dapat melawat pulau pinang..
ReplyDeletesinggah pagi farah,
ReplyDeletewow ! bestnya dapat jalan2..zaza xpernah sampai lagi penang hahaha..
amboi seronoknya... bestkan kalau sesekali dapat reward mcm ni... tahniah Ben Ashaari and team ;)
ReplyDeleteSeronoknya...tak pernah lagi sampai ke sana
ReplyDeletewah..bestnya..:)
ReplyDeletebestnyer!!! lama dah x pergi Pulau Pinang. mcamlah jauh sangat. Hahahaha
ReplyDeletepenang best!
ReplyDeleteWah bestnya ... wlu sehari tp byk tpt juga farah dpt singgah :)
ReplyDeleteBestnyaa jalan jalan Penang. Dah lama kot tak pergi sana. Rojak buah tu menggoda :D
ReplyDeletenext trip boleh bawa ash ni mummy..
ReplyDeletebestnya! robot transformers to mmg permanent kat situ ke farah?
ReplyDeleteSalam singgah sini farah....bestnya dapat jalan2 kat penang..makanana dan tempat yang farah kunjungi semua menarik...
ReplyDeletebest..dh lama tak g sana
ReplyDeleteLama dah tak jenjalan kat penang...
ReplyDeleteterbaik la entry ni farah.
ReplyDeletecuti skola ni aida ke sana.
bleh rujuk sini :)