Home » , , , , , , , , » Dia Papa Yang Terbaik...

Dia Papa Yang Terbaik...


Selalunya bercerita tentang ibu, ibu dan ibu...Sesekali kita berceritalah pula tentang bapa pula...Lagipun memang jarang bercerita tentang Atuk Ash ni. Bagi sesiapa yang pernah membaca entri Paaaa...Papaaaa..., telahpun melihat Atuk Ash yang jarang-jarang dikeluarkan gambarnya di Bubblynotes.Com...#ehhh, memang tak pernah rasanya...Nek Ma Ash lagilah jarang... Tapi adalah juga sikit-sikit.... 

Sumber dari Google
Walaupun orangnya kelihatan seperti sangat garang, susah nak senyum dan mukanya selalunya menunjukkan wajah masam tetapi sebenarnya dia OK. Bila sudah memulakan komunikasi dengan dia, kenal dia barulah anda tahu bahawa dia boleh diajak berborak dan berkawan. Raut wajah dia memang begitu, tetapi dia orangnya tak adalah senantiasa nak garang, senantiasa nak masam mukanya...Mungkin sememangnya raut wajah dia macam. Lagi satu, Atuk Ash memang kalau bercakap kuat...Ha ha ha...

Farah sayang Atuk Ash sama seperti Farah sayang Nek Ma Ash. Sama rata dan sama bahagi. Sewaktu kecil kalau nak tahu, Nek Ma Ash memang seorang yang garang. Bila marah memang Farah akan takut dan Farah akan menangis. Yang jadi tukang pujuknya adalah Atuk Ash. Papa Farah ni memang jarang marah Farah tetapi kalau sekali dia marah, memang Farah akan demam, selagi dia tak pujuk selagi tulah demam tak kebah. 

Bab kena pukul, memang selalu jer kena pukul dengan Nek Ma Ash sewaktu kecil. Masa kecil-kecil memang lebih "prefer" Atuk Ash dari Nek Ma Ash... Dia manjakan Farah, dia belikan Farah apa yang Farah nak tetapi dengan bersyarat....Kena "perform" dulu dalam pelajaran baru dia belikan dan tidak pernah menghampakan Farah. Dia akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi kehendak dan keinginan Farah.

Sumber dari Google
Perjalanan hidup Papa Farah pula, dia bukannya tidak cemerlang di dalam pelajarannya semasa di waktu sekolah, malahan, banyak dari kerja-kerja rumah yang diberikan oleh cikgu Papa Farah yang tolong tunjukkan dan ajarkan. Cumanya, di atas situasi kehidupan dengan adik beradik ramai dan tidak mengizinkan, Papa Farah tidak dapat untuk meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi selepas Tingkatan 5. Sebenarnya, dia sangat pandai dalam mata pelajaran Fizik, Matematik dan juga dia sangat berminat hendak menjadi seorang veterinar. 

Disebabkan tidak dapat meneruskan pengajian, dia akhirnya bekerja di sebuah kedai gambar di Batu Kikir di Negeri Sembilan untuk seketika untuk menampung kehidupan dan akhirnya dia berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan di Kuala Lumpur. Alhamdulillah, rezeki dia, dapat kerja di Kuala Lumpur sebagai Pembantu Juruteknik yang mana kemudiannya pangkatnya naik dan naik dan naik di samping dia mengambil kelas malam untuk memajukan diri. 

Papa Farah ni, sewaktu sampai ke Kuala Lumpur dulu, pernah tidur di bawah tangga dek kerana tiada duit untuk menyewa rumah ataupun bilik. Tetapi secara perlahan-lahan dia bangkit. Bila mendengar cerita dari dia, sebenarnya dalam sudut hati ni kagum ok? 

Sumber dari Google
Kami bukanlah dari golongan yang ada-ada dan masa sekolah dulu bila tengok orang lain mewah, orang lain ada-ada, bapa bekerja yang boom, ibu bekerja yang boom... Memang Farah ada rasa rendah diri, tetapi Alhamdulillah kawan-kawan yang Farah jumpa semuanya ok. Mereka tidak meninggi diri dan mereka juga tidak memandang kedudukan keluarga seseorang. Terima kasih kawan-kawan. Farah tak kecewa, Farah tak malu dengan pekerjaan Papa dan Farah tak pernah nak sembunyikan apa pekerjaan Papa dari rakan-rakan mahupun guru-guru. Syukur sangat dan terima kasih sangat, walaupun Farah bukan dari golongan yang ada-ada tetapi apa yang Farah nak sentiasa ada. 

Kalau nak barang "branded", Papa akan belikan, akan usahakan. Kalau nak duit, Papa akan adakan jika dia rasa alasan dan sebab adalah munasabah dan boleh diterima. Waktu kecil-kecil tu, mungkin memang tak faham sangat...Tetapi Farah faham lebih awal, seawal Sekolah Rendah. Nak tau sebab apa? 

Setiap kali ada aktiviti ko-kurikulum pagi, dan Farah bersekolah petang, Papa akan susah payah dari Jalan Bukit Nanas datang naik pengangkutan awam ke Jalan Gurney, sekolah Farah semata-mata untuk hantar makan tengah hari Farah dan semata-mata untuk salinkan pakaian Farah dan ikat rambut Farah supaya Farah sentiasa kelihatan kemas. Kemudian dia akan berkejar semula ke tempat kerja. 

Ada masa-masa, dia akan ambil Farah dari sekolah sewaktu selesai aktiviti ko-kurikulum dan Farah akan duduk di pejabat dia sehingga waktu yang sesuai untuk dia hantar Farah ke sekolah semula. Di situ, Farah lihat, di samping kerja hakiki, Papa Farah mengambil upah membasuh kereta "boss-boss" di tempat kerja di dalam bangunan yang sama dengan harga RM5.00 sahaja sebiji kereta. Sehari, Papa akan membasuh 2-3 kereta. Ada waktu-waktunya bila "boss-boss" minta Papa "polish"-kan kereta mereka, Papa cuma mengambil upah RM10.00 sahaja sebiji kereta. 

Errrr... apasal basah pipi nih? Ha ha ha... Apa yang Papa lakukan ni adalah berterusan sehingga Farah ke Sekolah Menengah. Farah bersekolah memang berhampiran dengan tempat kerja Papa. Convent Bukit Nanas. Ada satu ketika, sewaktu di Sekolah Menengah....Papa dapat bayaran upah mencuci kereta dan juga "polish" kereta sebanyak RM15.00. Farah nampak orang tu bayar Papa sebab waktu tu, Nek Ma Ash suruh Farah jumpa Papa Farah untuk minta duit belanja sekolah. Selepas orang tu berlalu, Papa terus keluarkan RM15.00 dan hulurkan pada Farah. Sebak weiiii.... 

Sumber dari Google
Bukan setakat itu sahaja, demi untuk menghidupkan anak isteri, demi keselesaan anak isteri, Papa ada buat kerja sampingan lain juga. Kertas-kertas terpakai, surat khabar lama dari pejabat-pejabat yang menyewa di bangunan Papa Farah bekerja, semua Papa kumpulkan kemudiannya Papa jual. Tak cukup dengan itu, semua wayar-wayar yang orang buang hasil dari kerja-kerja pengubahsuaian pejabat, semuanya papa kumpul dan papa siat wayar tersebut dengan menggunakan sarung tangan dan pisau untuk keluarkan tembaga di dalam wayar itu untuk dijual. Ada satu ketika tu, tangan Papa luka sangat dalammm... sebab terkena pisau dan juga tergaris dengan tembaga yang keras dan tajam itu. :-(.... Sedih rasa hati...

Dia tunjukkan Farah kegigihan dia, kepayahan dia untuk menghidupkan anak isteri. Farah kagum dan setiap kali Farah marah akan sesuatu, Farah tak suka akan sesuatu dari dia, perkara-perkara inilah yang akan Farah ingatkan. Kami bukan keluarga berada, kami bukan keluarga senang, tetapi Farah tidak pernah merasa kekurangan sebab Papa dan Mama sentiasa berusaha untuk mengadakan. 

Dia Papa yang terbaik kerana tanggungjawab dia tidak terhenti sehingga Farah tamat persekolahan. Walaupun setelah bekerja, dia masih lagi meneruskan apa yang dilakukan dan setelah bekerja Farah mula membantu sedikit demi sedikit untuk meringankan beban mereka. Tapi, sehingga kinilah sejujurnya...Papa masih tetap Papa yang sama walaupun dia dah tak lakukan kerja-kerja tu lagi...Walaupun kini dia cuma bekerja sebagai seorang sekuriti setelah bersara dari kerja lama. 

Sumber dari Google
Tanggungjawab seorang bapa itu tidak dilepaskan walaupun setelah Farah berkahwin. Jika susah dia cuba senangkan, jika perlukan dia ada. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Dia mungkin bukan seorang yang berpangkat, dia mungkin bukan seorang yang memegang skroll di tangan kerana tamat pengajian di peringkat tertinggi tetapi dia seorang bapa yang berusaha untuk membahagiakan Farah seadanya. Walaupun tegas tetapi dia tetap menunjukkan kasih sayangnya yang tidak berbelah bagi. Walaupun dilepaskan Farah di bawah tanggungjawab suami dia tidak pernah lepas tangan.

Sehinggakan, jujur Farah akui, walaupun Farah tidak pernah meminta, walaupun Farah tidak pernah mengadu tentang kesusahan atau keperitan Farah menghadapi hari-hari, dia sampai ke tahap belikan susu Ash sekotak, dua kotak, berikan Ash duit...kadang-kadang RM10.00, kadang-kadang RM20.00, kadang-kadang RM50.00 dalam 2-3 kali seminggu yang mana duit itu Farah kumpulkan dan masukkan ke dalam akaun bank Ash untuk kegunaan Ash di masa akan datang ataupun jika Farah di dalam keadaan kesesakkan Farah akan gunakan untuk belikan keperluan Ash. Bukan tidak pernah menolak, tetapi "he insisted".... Bukan habis kasihnya sehingga Farah berkahwin dan ada keluarga sendiri...tetapi kasihnya sehingga ke cucu.... Dia juga sanggup mengeluarkan baki simpanan KWSP yang ada 4 angka untuk membantu Farah di dalam keadaan yang memerlukan tanpa meminta sebarang bayaran semula...Katanya ambillah...Allahu... Syukur Ya Allah Farah dikurniakan seorang bapa yang begini... 

Sumber dari Google
Ada perkara yang mungkin kita tidak tahu tentang seorang bapa...Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari. Tapi tahukah kita, sebenarnya bapa itu yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita? Bapa selalu tanya, "Telefonlah anak kita tu, tanya dia macam mana kerja...". Semasa kecil, ibulah yang lebih sering mendukung kita. Tapi tahukan kita bahawa sebaik sahaja bapa pulang bekerja dengan wajah yang letih, bapalah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian. Saat kita sakit atau demam, bapa sering membentak ... "Kan, papa dah kata jangan main hujan??? Kan papa dah beritahu jangan minum air sejuk???"... Tapi tahukah kita bahawa bapa sangat risau??? 

Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Bapa dengan tegas berkata "tidak boleh!"...Sedarkah kita bahawa bapa hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi bapa, kita adalah sesuatu yang sangat berharga. Saat kita sudah dipercayai, bapa pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya. Maka bapalah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau...Bapa marah kita...Tahukan kita yang bapa tidak mahu apa-apa terjadi kepada kita bila keluar lewat malam? 

Setelah kita dewasa, bapa telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar...Di saat kita memerlukan macam-macam untuk keperluan kuliah kita, bapa hanya mengerutkan dahi. Kadang-kadang diam seribu bahasa. Tanpa menolak, beliau memenuhinya. Saat kita berjaya, bapa adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untuk kita. Bapa akan tersenyum dengan bangga, walaupun kadang-kadang bapa macam buat tidak tahu, tapi tahukah kita sebaik kita pergi, bapa ceritakan kepada ibu kekaguman dia terhadap kita?

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan si dia meminta izin untuk mengambil kita dari bapa kita...Bapa sangat berhati-hati mengizinkannya. Dan akhirnya saat bapa melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita, bapa pun tersenyum bahagia. Apa kita, bahawa bapa sempat pergi ke belakang dan menangis? Bapa menangis kerana bapa sangat bahagia. Dan dia pun berdoa... "Ya Allah, tugasku telah selesai...Bahagiakanlah puteri kecilku yang manis bersama pasangannya..." Setala itu bapa hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucunya yang sesekali menjenguk. Dalam kes Farah, kami tinggal sebumbung.... Heeee....

Dengan rambut yang memutih dan badan yang tidak lagi kuat untuk menjaga kita...Itulah pengorbanan seorang bapa...Apakah kita masih belum sedar? Masih memandang kemarahan seorang bapa itu alasan untuk kita bencikan dia? Percayalah...Dia adalah orang yang paling rindukan kita walaupun kerinduan ibu lebih menyerlah...Tidak dinafikan kerinduan bapa terhadap kita mungkin melebihi kerinduan ibu terhadap kita. Kita cium pipi ibu, bapa hanya tersenyum melihat...Tahukan kita yang kita telah berlaku tidak adil terhadap bapa? Apakah bapa tidak layak mendapat ciuman yang sama kita berikan kepada ibu? Kita lupa masa kita kecil, bapa mendukung kita dan mencium kita? 

Dialah papa yang terbaik dan dialah yang mengajar erti kehidupan dan menguatkan semangat untuk terus berusaha menghidupkan Ash dan untuk diri sendiri. Terima kasih Papa...Adik sayang Papa... Huwaaa... Apasal lah boleh timbul ilham nak menyediakan entri ni.... Habis basah "shwal I is" tau.... Muahahahaha.... Tetapi inilah kata hati yang timbul dan terbit di hari ini.... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Dia Papa Yang Terbaik..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, August 28, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

9 comments:

  1. Cucu kesayangan atuk la ash ni yer? Hehehe. Hebat la penulisan. Panjang dan padat!

    ReplyDelete
  2. Abah Nani pun jarang2 senyum. Hehehe :D Rinduu nya dekat abah

    ReplyDelete
  3. Sama la..arwah ayah akak pun..kalau org tak biasa sure igt dia garang padahal dia sgt penyayang lebih2 lagi dgn cucu...cuma muka je nampak serius..hati baik & tak suka marah anak2..

    ReplyDelete
  4. love my dad...xpnh pukul saya...

    ReplyDelete
  5. Ayah wawa garang dengan anak-anak. Tapi dengan kawan2 anak sume baik2.. Dioerang siap puji ayah wawa baik..")

    ReplyDelete
  6. tu dia gigih nad baca..hehe..yup ayah muka je garang tapi penyayang..

    ReplyDelete
  7. Betul..setuju sangat..ibu mudah mempamer rasa hati...tapi ayah lebih suka menyembunyi..jauh disudut hati dia lebih mengharapkan hadirnya kita.. ;-(

    ReplyDelete
  8. hmmm abah utk fara and atuk utk ash yg terbaik...
    sayu membaca entry ni :) penuh jiwa!

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY