Sumber dari Google |
"Tanggal 31, bulan 8, 57, Merdeka, Merdeka, Tetaplah Merdeka, Ia Pasti Menjadi Sejarah...
Tanggal 31, bulan 8, 57, Hari Yang Mulia, Hari Bahagia, Sambut Dengan Jiwa Yang Merdeka..."
Lagu popular yang sering berkumandang setiap tahun bila menjelang tarikh 31 Ogos... Siapa yang tak kenal dengan lagu ini kan? Siapa yang tidak tahu maksud bait-bait lirik lagu ini kan? Tapi anak-anak kita? Sudahkan mereka mengenal Malaysia?
Memanglah sambutan kemerdekaan ini adalah sambutan kemerdekaan negara kita dari penjajah. Kita pun akan terangkan perkara yang sama kepada anak-anak kita mengikut tingkat pemahaman dan juga pengetahuan kita masing-masing. Ini bagi ibu-ibu dan bapa-bapa yang anak-anak kecil masing-masing yang baru nak "up" ni ha...Macam Farah... Agagagaga....
Bagaimana yer agaknya nak memupuk perasaan cintakan tanah air kepada anak-anak? Nak perkenalkan mereka tentang Malaysia?
Memperkenalkan Merah, Putih, Biru, Kuning
Sumber dari Google |
Perkenalkan anak-anak kecil dengan bendera Malaysia itu sendiri. Mungkin boleh lakukan aktiviti mewarnakan bendera? ataupun aktiviti kreativiti seperti membuat bendera Malaysia mini bersama anak-anak?
Melalui Lagu Kebangsaan dan Lagu Patriotik
Sebagaimana kita mendidik anak untuk mengenal abjad, nombor dan Al-Quran, sebegitu juga kita lakukan untuk mendidik anak untuk mengenal lagu kebangsaaan dan juga beberapa lagu patriotik lain yang ada. Biasa-biasakan halwa telinga mereka untuk mendengar dan turut sama mendendangkan bait-bait lirik dari lagu-lagu patriotik yang ada.
Lawatan
Sumber dari Google |
Jika ada kelapangan, sesekali kita ubah arah pengisian masa bersama keluarga kita ke tempat-tempat bersejarah dan bercorak pendidikan Sejarah seperti Muzium Negara, Tugu Negara ataupun ke tempat-tempat bersejarah yang lainnya. Okkk...memang akan ada yang berbunyi "boringggg..."... Bosan bagi kita kerana kita pernah menjejakkan kaki ke situ ataupun kita tahu tempat itu, tetapi bagi anak-anak kita pula? Mereka baru nak mengenal...Ini juga salah satu proses pembelajaran...
Melalui Penceritaan
Sumber dari Google |
Sesekali "besides" asyik bercerita tentang cerita-cerita yang dikisahkan dari buku cerita kanak-kanak, mungkin kita boleh mula bercerita kepada anak-anak dengan cara kita yang tersendiri dan dengan ayat kita yang tersendiri supaya penceritaan sampai dan anak faham dengan cerita-cerita Sejarah Malaysia itu sendiri. Kalau ada yang tak pasti tu, jangan tukar fakta ok? Rujuk dulu buku-buku Sejarah yang ada sebelum bercerita kepada anak...He he he... Bukanlah kita nak bertukar menjadi pakar Sejarah, tetapi sebenarnya penting juga kita bercerita kepada anak-anak kita. Takkanlah nak tunggu moyang, atuk, nenek sahaja bercerita kepada mereka?
Melalui Tontonan Filem Berunsurkan Sejarah
Jika anak-anak mudah mengikut sesuatu yang ditonton atau dilihat melalui kaca televisyen dan juga melalui gajet, mengapa tidak kita cuba dedahkan anak-anak bersesuaian dengan peringkat umur mereka tentang sejarah Malaysia sebelum ini? Mungkin ini akan memberikan kesan atau impak dan juga dari situ kita boleh memerhatikan maklum balas serta reaksi anak-anak. Perlu diingatkan sekali lagi, seharusnya bersesuaian dengan peringkat umur, janganlah sehingga menjejaskan emosi dan psikologi mereka.
Lahir di Malaysia, tinggal di Malaysia, membesar di Malaysia...anak-anak kecil kita perlu kenal Malaysia dan sejarahnya... :-)
Sumber dari Google |
Selamat Hari Merdeka 2015!!!
saya rasa melalui tengok movie...direct terus
ReplyDeleteanak ena nak pergi ke tugu negara
ReplyDeletenak sambut merdeka kat sana =)
selamat menyambut kemerdekaan!
ReplyDeleteaida suka bwk anak-anak gi tempat bersejarah.
ReplyDeletetak henti la mulut ni bercerita :)
nak anak2 tu tahu asal usul...
boleh diorang relate kan dgn keje skola later.