Paaaa...Papaaaa...


Paaa...Papaaa.....Macam tulah Ash bila panggil Atuk dia... Manja Atuk dan BFF sangat dengan Atuk. Tukang bergurau dengan Atuk, tukang teman tengok bola Atuk, tukang paksa Atuk jalan-jalan ambil angin malam...Nilah dia orangnya. Bukan tak latih dipanggil Atuk, dah berbuih dah mulut nih latih dia panggil Atuk... Sampai tak larat dah nak suruh... Tetap Papa juga yang dia panggil. 

Ini semua gara-gara dengar Mommy dia selalu panggil Atuk dia Papa-lah nih... Sampaikan dia pun terikut-ikut... Kadang-kadang rasa nak gelak pun ada... 

Bila ditanya..."Where's your Atuk? Show Mommy where's your Atuk?"... Pandai pula tu tunjuk Atuk dia...Ok, dia tau itu Atuk dia, tapi dia senang dan selesa agaknya panggil Papa... Senang nak sebut kannn??? 

Inilah Atuk kesayangan jiwa raga Ash dan Atuk yang manjakan dia sangattt... Rajin bagi duit tabung pada dia...Rajin bawa balik makanan untuk dia...Rajin belikan pakaian untuk dia, rajin layan... 

Mommy "jelly" pula...Ahaksss...Tiba-tiba dah ada persaingan pula...Ha ha ha...Tak adalah gurau-gurau... Tak kisah pun sebenarnya... Anak sendiri bukannya orang lain... 

Cuma, kadang-kadang tu terfikir juga, sampai bilalah Ash ni nak panggil Atuk dengan gelaran Papa... Jangan nanti Ash dengar Abah dia panggil Atuk Gombak dia dengan gelaran Abah, dia pun nak panggil Abah juga...Pengsannn... Kalau dengarlah... He he he... 

Pertama kali juga mereka berdua bercucu bergambar sebabnya Atuk Ash memang kurang gemar bergambar. Suka main kamera, suka rakam gambar, tetapi tak suka gambarnya dirakamkan...ini pun curi ayam ni...kandid di kedai gunting rambut malam semalam... Kalau tak memang susah nak ambil gambar Atuk Ash... 

Mommy dia pun tak ada gambar berdua manja-manja dengan Atuk dia tau... Heee...Tak apalah kandid pun kandid lah kan? Janji ada kenangan...

Dah besar nanti dah ubahlah kot panggil Atuk...mungkin sekarang ni jer sebab mudah kan nak sebut Papa tu? 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Paaaa...Papaaaa..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Sunday, July 5, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

6 comments:

  1. Hehehe...ash..ash...anak mudah mengikut apa yang didengar dan apa yang dilihat..papa tok..kihkihkih..

    ReplyDelete
  2. Selalunya dgr cucu panggil nenek sbg ´mak'.. Jarang plak dgr kes yg macam ni.. Hihi

    ReplyDelete
  3. terikut² lah tu kan..nanti dah besar mesti panggil atuk tu :)

    ReplyDelete
  4. Hehe.. Memula mmg terikut.. Dah besar nnati ok... Asalkan kita ajar.

    ReplyDelete
  5. ha ha ha cute.
    memang anak2 suka ikut apa yg kita ckp, kan?
    so clever :)

    abah aida suka amik gambo dgn cucu.
    pastu dia suruh simpan.
    "nanti da cucu da besar, atok da takde, korang tunjuk gambar abah kat diorang!"
    pesan abah. sedih plak hati kita :(

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY