Jangan Sesekali Mengajar Anak Untuk Bermusuh...

Sumber dari Google

Oklah, jujurlah ek jujur...andai kata kita mempunyai musuh, tak kisahlah musuh dalam senyap ke? musuh terang-terangan ke? musuh dalam selimut ke? Tapi kita memang tahu yang diri kita ini mempunyai musuh... Kemudiannya, musuh kita itu juga mempunyai anak seperti kita, yang mana kebarangkalian untuk mereka berjumpa di mana-mana aktiviti, ataupun di mana-mana sekolah ataupun di mana-mana pusat tuisyen ataupun di mana-mana sahajalah... Adakah kita mengajar anak kita juga untuk bermusuh dengan anak musuh kita itu? Atapun kita tak kisah punnn, kita biarkan sahaja mereka berkenalan dan berkawan... Lama kelamaan hubungan mereka semakin rapat... 

Sebagai ibu ataupun bapa adakah kita bersikap professional dengan berfikiran... "Yang bermusuhnya adalah orang dewasa bukannya kanak-kanak yang tidak mengerti dan tidak tahu apa-apa, biarlah mereka berkawan, tak ada salahnya punnn..." ataupun sebaliknya??? Kita cuba menghasut anak kita supaya bermusuh juga dengan anak musuh kita. Ha ha ha, berbelit-belit ayat tapi boleh faham kannn??? 

Terbaca satu nota motivasi oleh Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man di SINI. Sebagai ibu bapa, kita sememangnya harus rasa bimbang jika anak kita tidak menjadi anak yang soleh, menjadi nakal dan jahat, bergaul dengan orang yang dipertikai perangainya, terpesong akidah dan pelbagai lagi. Dalam kes ibu bapa bermusuh pula, mungkin kita boleh kaitkan pada diri kitalah, diri kita, jika ibu atau bapanya berperangai sekian-sekian-sekian, pasti tidak sedikit sebanyak anaknya akan mengikut juga ~ pada fikiran kitaaaa.... haippp jangan nafikan, memang wujud pemikiran yang sebegini di kalangan masyarakat kita... Hurmm... ketika anak kita masih bayi, kita takut dia digigit nyamuk, maka kita pasangkan kelambu. Bukan bermusuh dengan nyamuk dan sentiasa mencarinya untuk dibunuh yer tak??? Kita elakkan, cari cara atau langkah pencegahan agar kita dapat mengelakkan anak kita dari digigit nyamuk. Begitulah diibaratkan.... 

Bagi Farah pula, apa saja pertelingkahan yang berlaku di antara kita yang dewasa ini, janganlah pula kita sampai membabitkan atau melibatkan anak-anak kecil yang tidak tahu apa-apa... Yang tidak faham pun apa sebenarnya masalah yang berlaku antara kita yang dewasa ini. Jika mereka hendak berkawan, biarkan mereka berkawan dengan sesiapa sahaja yang mereka mahu. Dan sebagai ibu bapa, janganlah pula kita cuba menghasut anak-anak kita supaya jangan berkawan ataupun menganggap anak musuh kita itu sebagai musuh mereka juga. Yang menjadi musuhnya adalah ibu bapa bukannya anak-anak. Jangan mengajarkan sesuatu yang pada kita tak nampak apa dan semata-mata nak memuaskan hati kita pada anak-anak kita tetapi kesannya adalah pada jangka masa panjang ok??? Contohlah contoh... "Jangan kawan dengan si polan dan si polan tu ok? Mommy tak suka... sebab nak tau kenapa... Mommy dia tu jahattttt... Mommy dia tu...bla bla bla..."...Haippp!!! Ni apa ni? Ajar anak jadi apa ni??? Sedar tak??? Kalaulah tak betul "statement" yang keluar tu dah jadi fitnah dan sedar tak dalam diam tak diam kita ajar anak kita jadi berburuk sangka kepada orang lain. Bila dah terbiasa, lama kelamaan anak-anak kita akan menanam sifat-sifat negatif ini di dalam diri mereka.

Ok ok ok, memang tak boleh sangattttt, memang tak boleh sangat-sangat dengan musuh kita, memang tak dapat nak terimalah musuh kita ataupun sekalipun membayangkan kita ni berkawan dengan musuh kita semula ataupun ikut hak mana punn...Apa orang kata "allergy"...Muahahaha... Dan memang ikutkan hati kalau boleh tak nak langsung anak kita kenal siapa musuh kita dan juga siapa anak musuh kita...Kalau anak-anak terjumpa secara kebetulan di sekolah atau di mana-mana, tang tu tak boleh nak buat apalah kannnn??? Bagaimana nak lakukan...Senang jerrrr... Tak payahlah kita tambah dosa yang sedia ada, dan tak payahlah kita nak menggalakkan atau menarik anak-anak kita pun ke lembah dosa.... Jawapannya sangat mudahhh.... JANGAN SESEKALI MENGAJAR ANAK BERMUSUH... Elakkan anak kita kenal siapa musuh kita, elakkan memberitahu siapakah musuh kita kepada anak kita, elakkan anak kita dari bertemu dengan musuh kita ataupun anak mereka...Buat hal sendiri dan hidup sendiri... Ha gitchewsss... Hati kita pun tak sakit, kita pun tak ajar anak kita dengan mengatakan yang bukan-bukan yer tak??? 

"No no no no no", janganlah sesekali ajarkan perkara-perkara yang negatif pada anak kita seboleh-bolehnya... #selfreminder #notetoself... Inilah setiap hari yang Farah ingatkan diri Farah...Nak kata bagus, tidak juga, nak kata sempurna tidak juga, tetapi Farah suka ingatkan diri Farah begini...Sebab Farah orangnya positif, tak suka nak negatif-negatif ni kalau boleh...Kerana??? Kerana kuingin hidup dalam kegembiraan dan keceriaan sepanjang masa... Aura-aura negatif memang Farah akan abaikan "most of the time"...Lantak pi lah kat situ nak jadi apa pun... Lantak bukan bermakna Farah tidak tahu, Farah tahu, tetapi Farah lebih suka mengambil sikap diamkan dan perhatikan sahaja.... Sebab bagi Farah...banyak lagi perkara yang lebih penting yang Farah perlu fokus dan selesaikan... 

Bermusuh ni pun sebenarnya tak sihat, tetapi dalam hidup ni kadang-kadang kita tak ada pilihan bila orang memilih untuk bermusuh dengan kita walaupun kita tak nak pun bermusuh.... Makanya, biarlah dia anggap kita sebagai musuh tetapi kita tetap seperti biasa dan tak ada apa-apa, sebab kita nak hidup dalam ketenangan bukannya dalam keserabutan... Di dalam keadaan ini, kitalah yang mencorakkan anak-anak kita sama ada untuk turut sama bermusuh dengan musuh kita ataupun menghormati musuh kita yang sebaya lebih kurang dengan kita... Kita yang menentukan sama ada dari permusuhan kita anak-anak kita belajar untuk bermusuh ataupun tidak...Peranan itu kita sebagai ibu bapa yang corakkan... 

Rasa-rasanya, jika anda mempunyai musuh...adakah anda akan mendorong anak anda untuk turut sama memusuhi musuh anda itu termasuk ahli keluarganya yang lain??? Tepuk dada tanya selera...Kita adalah apa yang kita corakkan, dan kita adalah apa yang kita corakkan anak-anak kita... *_^ 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Jangan Sesekali Mengajar Anak Untuk Bermusuh... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, June 5, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

7 comments:

  1. betul tu farah.. jangan lah ajar anak bermusuh.. kadang2 mak bapak ni yg hoverr hasut anak jgn berkawan dengan certain person kan

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... mama sha tak pernah ajar kami adik beradik bermusuh... tak kisah laaa orang buat macam mana pun... cuma sha tak mampu nak follow.... insyaAllah kalau ada anak, sha akan bagi aura positif dari awal... insyaAllah :)

    ReplyDelete
  3. Salam blogwalking farah... Salam perkenalan... Lebih baik elakkan diri drpd bermusuh :).. Jika ada yg berminat nak bermusuh kita cuba utk batalkan boleh gitu?? Farah, jemput singgah blog eija dan sudi2 lah follow hihihu :)

    ReplyDelete
  4. Betul tu kak..usah ajar anak perkara negatif..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY