![]() |
Sumber dari FB |
Amboiii gelora-lah sangatttt!!! Ha ha ha, tak ada, dah lama tak jenguk-jenguk Butik ZAWARA semenjak dari pembelian terakhir iaitu "dress" Alicia Bold Raspberry... Jenguk-jenguk tadi dah tak ada dah dress tu dijual di Butik ZAWARA ni... Owhhh, baguslah, hik hik hik, makanya kebarangkalian untuk terlalu ramai pakai "dress" yang sama tu tipis lah sedikit yer tak? Agagagaga.... Terutama yang kita tak nak orang tu sama dengan kita langsung... "at all".... Bukan tuju pada sesiapa tetapi "statement" secara umum... Heee.... Jangan tersalah faham pula...
Bukan apa, sekarang ni tengah cuci-cuci mata untuk Aidilfitri atau dalam bahasa mudahnya Raya.... Anak teruna tu Baju Melayu beliau telahpun siap sedia, tinggal nak "alter" sikit jer.... Nak pendekkan kaki tu sedikit dan lengan tu sedikit... Dan sekarang ni tugas Mommy pula lah nak "magging-magging" nak "matching-matching" dengan dia... Ngeee.... Haruslah Mommy nak "match" dengan anak kannn??? Tahun lepas pun kami "matching-matching" juga... Ini WAJIB!!! Rutin setiap tahun... In Shaa Allah...
Makanya, tercucilah mata di ZAWARA tadi... Antara yang menarik perhatian adalah...
![]() |
Sumber dari SINI |
Sumber dari SINI |
Sumber dari SINI |
Sumber dari SINI |
Warna apa tu warna tema kami tahun ini??? Jeng jeng jeng... kemain jeng jeng jeng kannn??? Buat masa ini warnanya belum dapat didedahkan lagi... Rahsialah...Kalau tak rahsia jadinya tak "surpriseeeee".... Eleh nak "surprise" kan siapa punnn.... Tak ada sesiapa pun... Seperti yang Farah katakan, cuci-cuci mata jer ni... Masih lagi pilihan lain yang menarik... Tetapi tak dinafikan terpikatlah... Lepas ni nak cuci mata kat koleksi Raya Jovian Mandagie pula... ha ha ha... nampak nau "excited" nak raya yer tak??? Taklah "excited" punnn, cuma "survey" ok "survey".... Tengah tunggu kot kot ada yang lagi boom ke untuk baju raya 2015 ni??? Farah pasti lepas ni bila Ramadhan tiba, makin banyak "design" lain yang keluar ni.... Nak membeli kena bersabar dan tak boleh terburu-buru yer tak...
Cumanya Raya 2015 ni rasanya...Rasanyalah...Fikiran mungkin boleh berubah... Rasanya macam nak pakai "dress"...nak "fefeeling" ala "Princess" kaedahnya...Muahahaha.... "Princess" ke? Dah "Queen" dah... La la la la.... Al-maklumlah orang cerewet ni memang suka tengok dari awal, supaya boleh buat penilaian dan pilihan... Hik hik hik....
*Puasa pun belum...haihhh..."over" tau.... Ha ha ha...
alahai..tergoda cik akak....memang tengah mencari dress dan jubah nie farah :)
ReplyDeleteNak dapat yang terbaik kena ambil masa..insyaAllah nanti ada design design baru yang lebih wow..hehe..
ReplyDeletememang sekarang time cuci mata heheheheheee
ReplyDeleteselamat menyambut Ramadhan al-mubarak ;)
Farah pun baru grab sepasang dress kt zawara baru nie akak.. Nnti nk cari utk raya pulak.. Dok tunggu design floral tue.. Bila nak release tah...hehehe
ReplyDeleteOk la semua design tu.
ReplyDeletecantik!
aida da tempah baju raya.
kain sama dgn anak2 dara ~ boria!