Menurut Nek Ma Ash, yer lah Nek Ma lah kann??? Tak kan Mommy pula??? Sebab Mommy bekerja cari rezeki... Setiap pagi memang Ash akan menonton kartun Kampung Boy oleh LAT ini yang ke udara di saluran CERIA. Huh??? Minat rupanya dia??? Jangankan kata Ash, sebenarnya Mommy dia pun peminat kartun LAT... Dan satu-satunya buku komik LAT yang Farah ada di dalam simpanan sehingga kini adalah MAT SOM!!!
![]() |
Sumber dari Google |
Memang sangat tepat dan bersesuaian Datuk Dr. Mohd Nor Khalid ataupun lebih dikenali sebagai Datuk LAT diangkat sebagai kartunis tersohor dan diberikan anugerah Kartunis Sepanjang Zaman. Untuk artikel selanjutnya boleh rujuk kepada artikel di SINI.
Sedikit cerita biografi mengenai LAT...
![]() |
Sumber dari Google |
Datuk LAT atau nama sebenarnya Datuk Mohamad Noor Khalid telah dilahirkan pada 5 Mac 1951 di Kota Baru, Perak. Perjalanan hidup Datuk Lat sebagai seorang Kartunis Melayu Boleh memang amat membanggakan. Masakan tidak??? Kerana hasil karyanya juga telah diterima oleh masyarakat antarabangsa. Ini telah membuktikan yang Melayu juga boleh berjaya di dalam bidang seni lukis di persada antarabangsa.
Di samping melukis, Datuk LAT juga telah diberikan anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Antropologi dan Sosiologi) sebagai penghargaan kejayaan beliau dalam menghasilkan kartun yang mempunyai nilai komedi intelek.
Untuk cerita mengenai Datuk LAT lagi... boleh juga merujuk kepada sumber di SINI... Memang panjang kisahnya dan memandangkan Farah memang jenis yang suka membaca biografi, apa yang Farah boleh katakan tak bosan membaca sejarah, latar belakang serta perjalanan kartunis tersohor ini. Secara peribadi, apa yang Farah boleh katakan... beliau sememangnya seorang kartunis sepanjang zaman yang mana kartunnya "berisi" dan membawa "scenes of Malaysian's Life" hidup di dalam kartun. Tidak jemu, tidak bosan dan sentiasa segar. Bila baca komik LAT kita akan "tend" jadi melekat, bila menonton kartun LAT, kita akan "tend" untuk melekat juga... Kalau tidak masa-kan Ash boleh minat??? Pasti ada yang mampu menarik perhatian Ash kan??? Walaupun usia Ash baru sahaja 1 tahun 6 bulan, tetapi kartun LAT juga telah berjaya menarik perhatian dan minat Ash, setanding kartun-kartun lain seperti Mickey Mouse Clubhouse, Special Agent OSO, Timmy Time dan lain-lain untuk kanak-kanak seusia Ash.
Sebelum habis membebel untuk entri ini...Agagaga... meh meh meh, Farah belanja satu video pendek dari YouTube iaitu kartun Kampung Boy oleh LAT...
bkn main lagi kaki ash tgk tv.hehehe
ReplyDeleteHamboi.. dekat bebenor tu Asha.. hehehe..
ReplyDeleteAida galakkan anak2 tgk kartun budak kg ni. Cute. Natural. Lawak :-)
ReplyDelete