Home » , , , , » Cara Membuat Telur Masin Sendiri...

Cara Membuat Telur Masin Sendiri...

Sumber dari Google
Tiba-tiba teringat, dah lama dah tak makan telur masin ataupun lebih dikenali di kalangan keluarga Farah dengan panggilan telur asin... Tapinya, Farah makan yang putih jer lah, sebab memang Farah tak makan telur kuning dari kecil... Kalau telur dadar tu, itu kegemaran cumanya  memang Farah selepas melahirkan Ash telah ditarik satu nikmat... makan telur dadar kegemaran diri ini kerana bila makan akan automatik muntah... Hu hu hu... Dah cerita dah dulu dalam entri Salah Satu Nikmat Yang Telah Ditarik Selepas Pembedahan Bersalin...  ... Walaupun nikmat itu telah ditarik, telur rebus dan telur asin masih mampu lagi telan, jadi Farah cuma "enjoy" nikmat yang ini jerlah, itupun dah kira bersyukur kannn??? 

Dalam teringat-teringat tu, terbaca pula satu artikel di SINI tentang cara 
untuk membuat telur masin sendiri... bila dah terbaca tu kannn??? Teringin pula nak kongsi dengan anda semua...hik hik hik, manalah tau kot kot sesiapa yang mudah nak dapatkan telur itik dari itik peliharaan sendiri ataupun daripada kampung ke apa ke, bolehlah buat sendiri...jimat kos, tak payah kena GST... #ehhh...ha ha ha... zaman sekarang ni, dah macam zaman macam dalam cerita P.Ramlee dulu dah... "Berapa harga selendang ni???"... "RM 3.00"... Ho ho ho... RM 3.00 tu pun ibarat dah mahal dah pada kita...Errr, ke Farah jer yang rasa yang lain-lain sebab kaya-raya tak terasa dan dalam hati terdetik apalah sangat RM 3.00 tu kann??? Bagi Farahlah kann, besar tu RM 3.00 tu... Boleh buat bayar tol pergi kerja ok??? Ok gurau...Maaf jikalau ada yang tidak senang dengan kenyataan Farah... Habis sini tak perlu simpan dalam hati yer...sebab nanti jadi Sakitnya Tuh Di Sini... 

Ok-ok...macam mana nak membuat telur masin ni... jom baca sama-sama... 

Bahan-Bahannya:
  • 10 biji telur itik
  • 2 liter air
  • 500 gram garam
Cara Membuatnya:

Pilih telur
Mesti menggunakan telur yang baru dan segar. Saiz bukanlah masalah utama cuma telur jangan terlalu nipis kerana takut-takut nanti terlalu mudah pecah. Jangan terlalu besar kerana telur akan saling berlaga di dalam bekas penyimpanannya jadi risiko pecah perlu diminimumkan. Pilih warna telur yang kehijauan. Telur mestilah sempurna, tidak boleh rosak ataupun pecah walau sedikit pun. Lubang halus pun tidak boleh kerana melalui lubang itu air boleh masuk dan merosakkan proses pemasinan telur.

Basuh telur sehingga bersih dan keringkan 

Masak air dan garam dengan api perlahan sehingga garam larut dan likat. Biar sehingga sejuk atau semalaman.

Tapis air garam bagi mendapatkan air garam yang betul-betul bersih tanpa kekotoran sampingan.

Masukkan telur ke dalam air garam tadi. Pastikan air garam cukup penuh untuk menenggelamkan semua telur sekaligus. Tutup bekas kemas-kemas.

Tulis tarikh di luar bekas penyimpanan supaya senang ingat tarikh pembuatannya.

Selepas 2 minggu, terlu sudah boleh direbus. Kemasinan telur bergantung pada air garam tadi dan sekiranya terlalu masin, boleh rendam di dalam air biasa sehari dua bagi mengurangkan masin sebelum direbus.

Tapi tulah, mampu dan boleh jer buat kann??? Kalau telur itik ada...tapi memang tak boleh makan serta mertalah...Ha tu jer bezanya...Kalau di kedai yang dah siap tu, balik boleh terus bersihkan dan rebus jer, lepas tu makan...ekekekeke... Macam tu kalau nak buat sendiri kena rancanglah bila agak-agak nak masukkan dalam menu lauk pauk telur masin, selepas itu sediakan awal-awal... Tak pun, buat banyak-banyak dan simpan jer stok dalam peti ais, bila nak makan telur masin, stok dah ada... Ngeee... 

Jap terfikir kenapa telur masin disalut dengan arang ek bila kita beli dari pasar raya??? Ha ha ha, boleh tak sebenarnya terfikir perkara ni dari zaman-zaman kecil dahulu, tetapi baru sekarang nak cari jawapan...dan akhirnya bertemu jawapan dari artikel di SINI

Telur yang dibiarkan begitu sahaja akan menjalani proses perubahan seperti penurunan berat, kenaikan "volume" atau isi telur, perubahan warna kulit, tumbuh cendawan dan pembentukan ketulan darah dalam isi telur. Punca utama penurunan kesegaran telur berpunca dari keluarnya kandungan air dari dalam telur melalui rongga-rngga ("pores") yang terdapat pada kulit telur. Bagi mengelakkan berlakunya proses ini maka rongga-rongga pada kulit telur perlu ditutup menggunakan bahan pengawet sepert GARAM atau KAPUR. Telur tersebut dibungkus dengan adunan dari campuran Tanah Liat, Sekam Padi atau Serbuk Arang atau Batuan. 

Ooo macam tu...ok ok "noted"... 

*Kalau masak lemak cili api, balas dengan telur masin... memang "kick" lah bagi selera Farah... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Cara Membuat Telur Masin Sendiri... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, April 9, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

11 comments:

  1. kalau kat kampung akak kat melaka,memang telur masin buat sendiri..rendam ngan air gram je..Lagi lama kita simpan,makin masin lah telur tu farah...business telur masin aka telur itik ni msyuk jugak...rasa nak duduk melaka pulak..hehehe

    ReplyDelete
  2. telur masin ni memang feveret time takda selera makan. hehehe. for sure lepas tu, berselera yg amat ^_^

    ReplyDelete
  3. Kalau Farah nak tahu buat telur masin ini ada dalam syllibus anak kakak belajar di tahun 5 sekolah rendah. Bila dah jadi siap bawa balik. Mereka buat telur masinlah, buat jeruk mangga muda dan papaya. Kakak belajar dari anak kakaklah..

    ReplyDelete
  4. telur asin, sedap nye
    penambah selera makan :)
    blh buat sendiri la lepas nie (^_~)

    ReplyDelete
  5. Telur masin ni feveret mkn time bukak puasa..sedap sgt2..

    ReplyDelete
  6. bes, dulu mak buat sendiri telur masin 2 versi, rendam air garam dan balut dgn tanah berarang.
    Sekranag, saya nak makan main beli, tapi sejak telur jadi mahal, nampaknya, kena buat la balik ya

    ReplyDelete
  7. Wah Farah, ini sudah bagus. Akak sekarang kan dah bela itik. Boleh buat sendiri.lah ni. Akk pula, telur masin ni buat penambah selera utk sahur dlm bulan ramadhan.

    ReplyDelete
  8. Makanan zaman student dulu cukup ada nasi putih, kuah sikit dgn telur masin sebiji...fuh nikmat tu.

    ReplyDelete
  9. Farah,
    Tq for info. Baru tau cara buat telur asin sendiri. Telur asin azie makan yang putih aje. Kuning pas kat husband. Hehe.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY