Home » , , , , , , , , , » Salah Satu Nikmat Yang Telah Ditarik Selepas Pembedahan Bersalin...

Salah Satu Nikmat Yang Telah Ditarik Selepas Pembedahan Bersalin...


Ini adalah gambar dari entri lama Farah sebelum beralih ke "domain dot com" yang bertajuk "Omelette With Minced Beef, Long Beans & Mushrooms..."... Perghhh kalau dulu memang macam Pizza jer gayanya Farah makan... Memang sedap baq hang... Kegemaran yang paling utama... Farah tak makan telur kuning tetapi Farah makan telur kuning jikalau ianya adalah telur dadar.., Muahahaha, pelik tak? 

Dulunya tengah-tengah malam pun sanggup pukul telur dan goreng... Sama ada makan begitu sahaja ataupun ratah bulat-bulat macam tu... Sangattt syiok ooo!!! Masa hamilkan Ash lagilah... berhantu... hampir setiap malam pukul telur dan campurkan daging kisar dan kacang panjang selepas itu goreng... Selepas itu, makan panas-panas dengan penuh kenikmatan ooo... "Awesomeness!"... Ha ha ha kesian Ash makan telur hari-hari masa dalam perut Mummy... Oklah tu kan? Makan telur dan bukan makan nangka... Kalau makan nangka jadi macam cerita apa tu... Raja Bersiong ek? Errr ke salah? Ingat-ingat lupa pulak Farah... Hua hua hua... Masa mengandung kan "I is" alergik nasi atau tak boleh makan nasi... "Western" sahaja selalunya tak pun ratah lauk sahaja... Nasi memang sangat pantang pada waktu dan ketika itu... 

Rupa-rupanya Allah bagi nikmat itu sepuas-puasnya sewaktu hamilkan Ash dan tarik dari Farah selepas melahirkan Ash secara pembedahan. Iyaaaa betullll Farah cakap perkara yang benar... tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka...Hua hua hua... Dah lama dah perkara ni berlaku tetapi baru hari ni teringat nak bercerita... 

Lepas bersalin secara pembedahan tu mana pernah sentuh telur atau makan telur langsung "uolss"... Pantang kan? Lagipun takut luka dalam tu merenyam gatal ke apa ke kan? Bersalin secara pembedahan ni kan kena "extra care"... Luka luar tu memanglah cepat keringnya... Luka di dalam yang tak nampak tu setahun pun belum tentu betul-betul pulih yer tak? Makanya memang jaga makan jugaklah... Sayang diri kaedahnya... Sebelum apa-apa sayang diri dulu yer tak? Dan segalanya kena bermula dari peringkat awal... Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna... ha lebih kurang macam tulah peribahasanya... 

Baru baru ni, baru tak baru jugalah... akhir Disember 2014... memang dah tak tahan dah "craving" telur dadar yang dipukul sebati dengan daging kisar, kacang panjang serta cendawan itu. Farah pun buatlah... lagipun dah setahun kan? Konon-kononnya nak menikmati keenakkannya dengan penuh keasyikkan... Dah siap-siap goreng semua bagai, dengan penuh berselera... tiup tiup, suapkan anak teruna "I is" dulu... Wahhh, suka dia... iyalah, dari dalam perut dah makan telur dadar setiap hari kan? Ha ha ha...

Bila tiba giliran Farah, mula-mula tu ok, tapi di pertengahan... aduyaiii, terasa semacam kembang tekak ni. Teruskan juga. Bila dah sudah makan semua. Ash pun dah kenyang. Dan secara tiba-tiba terasa tekak sangat kembang dan loya... akhirnya habis terkeluar semua... Euwwwww...bunyinya sangat "gross" kann? Tapi itulah ceritanya yang Farah nak membayangkan. Semenjak pada itu, kelibat telur dadar pun terasa-rasa kembang tekak... Kalau buat pun bagi orang lain makan ajerlah... Hik hik hik... Abah Ash yang tak biasa dengan keadaan itu pada mulanya ingatkan kot kot dah ada lagi... Ooopsss... tentu tentu tidak buat masa sekarang yer... Dalam diari tak ada tulis lagi nak menambah...Cukuplah Ash dulu... Dan sekali lagi ulang-ulang benda yang sama...kesan komplikasi kehamilan Farah pun perlu dipertimbangkan...Sayangi diri...Ahaksss... Ok jer...Ash seorang pun ok... Bersyukur seadanya... Dan kata-kata positif untuk Farah... Ibu bapa boleh jaga anak segudang sekalipun, tetapi anak segudang belum tentu satu pun boleh jaga ibu bapa... #deep.... Sebagai anak memang selalu ingat kata-kata ni supaya diri ini tidak menjadi lupa daratan kaedahnya...In Shaa Allah...Mudah-mudahan...Amin...

Tapi tulah, suka sangat dengan telur dadar... tapiiii sekarang dah tak boleh nikmati lagi...Diri sendiri tak pasti sama ada ianya adalah alahan setelah bersalin secara pembedahan ataupun perubahan hormon... Nantilah bila senang-senang nak buat lawatan kepada doktor peribadi Farah dan bertanyakan apakah sebab musababnya... Terbayang rasa yang "awesome" dan dalam masa yang sama terbayang rasa mual, loya tu semua. Ha ha ha, macam mana tu? 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Salah Satu Nikmat Yang Telah Ditarik Selepas Pembedahan Bersalin..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, February 12, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

20 comments:

  1. as'salam..

    alahai..sbr ye..biasaalah tu..even kalau xpntng,bdn luka pon xleh mkn telo..nti mudarat lagi..huhu xpe..ikan bnyk ^o^

    ReplyDelete
  2. Yang makan nangka kena belah perut tu filem sultan Mahmud mangkat di julang kalau tak silap.. Yelah kan. saya pun ada benda yang saya suka dulu, sekarang dah macam tak boleh terima. Bab menambah tu even anak daya dah 3++ pun takde niat nak menambah lagi. Rasa kesian kat anak yang sorang tu + memang tak ready lagi untuk 2nd. Rasa nak spent time dengan yang sorang tu sampai dia faham apa tu berkongsi kasih... kekekeke

    ReplyDelete
  3. alahai...padahal nikmatnya menikmati telur tu kan farah..emm..xpelah..telur je ..yang penting lain boleh makan..hehehe

    ReplyDelete
  4. kalau dah lama tak makan kekadang memang jadi macam tu kak farah. tekak tak boleh terima :)

    ReplyDelete
  5. biasa lah tu sis...masa preggy mmg suka tp lps dh bsalin trs x rsa pon nak mkn benda tu..benda biasa je tu hehe...

    ReplyDelete
  6. adehh terliur bebeno bila tengok gambar tuu hehee

    kak farah ditag disinii http://memburucintamu.blogspot.com/2015/02/giveaway-shawl-by-izzara-exclusive.html :)

    ReplyDelete
  7. selalu tengok orang lepas bersalin pantang macam2 :)

    ReplyDelete
  8. hihihi zaza pulak ambik kuning yg putih bagi adik sb dia suka putih muahaha..

    ReplyDelete
  9. Cik akak memang payah nak makan telur parah..lama dah tak.makan...tak boleh cium bau dia...tekak cepat kembang n loya..

    ReplyDelete
  10. Mmg betul ditarik tu... takpe.. byk nikmat lain Allah anugerahkan... syukur seadanya...

    ReplyDelete
  11. Akk dlm pantang mkn telor ayam kg jer..

    ReplyDelete
  12. Sedapnya telur.. tu feveret adik maria. hehe pape pun tetap bersyukur la sis kesihatan masih elok :)

    ReplyDelete
  13. Kadang-kadang memang macam tu, time mengandung suka sangat lepas bersalin dah tak makan dah :)

    ReplyDelete
  14. sy pun craving telur.sedapppppppppppppp.

    ReplyDelete
  15. Sedapnya nampak..Menarik nih...Kena try masak..huhu

    ReplyDelete
  16. wahhh smpi mcm tu sekali? mcm x percaya

    ReplyDelete
  17. telur dadar juga feveret saya kak...ckupla ada telur dan nasi dah buat betul-betul berselera..harap nikmat ni tak ditarik..huhu..tapi siapalah kita nak lawan takdir Allah ye tak, :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY