Home » , , , , , , » Ash "Cheeky", Ash Ceria...Tapiiii Ash Penakut???

Ash "Cheeky", Ash Ceria...Tapiiii Ash Penakut???


Bila tengok gambar si pipi labuh mata boolat ni, apa yang "uolss" tafsirkan tentang bagaimana reaksi dia bila di majlis-majlis atau berada di sekitar orang ramai? Bila "selfie" sokmo bukan main lagi gaya dan aksi dia kan??? Macam sangat mudah mesra dengan orang dan boleh "in" dengan sesiapa sahaja. Errr...ye ke tak??? Tapi, hakikatnya yang sebenarnya hanya mereka-mereka dari kalangan keluarga Farah, keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari dan kenalan terdekat jer yang tau kenyataan sebenarnya bahawasanya Ash adalah jinak-jinak merpati dan kalau tak biasa dengan seseorang tu memang susahlah dia nak serta bersedialah mendengar dia menangis. Siapa yang dapat dukung dia tu kira memang bertuahlah badan...Bha ha ha... Sebab anak teruna "iolss is" jual mahal sikit bahagian ni "uolss"... Pengsannn... Kalau ke mana-mana sebenarnya ramai jer yang nak jaga dia atau bermain-main dengan dia dan Mummy dia boleh jer kalau nak bersenang lenang makan atau buat apa-apa seketika... Malangnyaaaa...dia sendiri yang tak nak... Apa boleh buat... Ha ha ha... 

Kalau bercerita tentang takut pada anak-anak ni, Farah pernah kongsikan 2 kali kot di dalam entri-entri yang terdahulu pada tahun sebelum ni... Antaranya...


Yang takut gelap tu dah tentu-tentulah kita kena atasi kan...dan sememangnya Ash tak takut gelap punnnn sekarang...Lagi kita tutup lampu suruh dia tidur, bergelap satu bilik, dia boleh duduk main pulak...Ha ha ha...Tapi sekejap jer lah...tak lama pun... 

Bahagian yang eloklah takut dan memilih orang tu, bermaksud pada "strangers"...orang-orang yang tidak dikenali...disebabkan oleh kes-kes culik budak, budak hilang yang dah berleluasa sangat dah sekarang ni. Makin hari makin banyak pulak kes budak hilang. Seriau hakak tauuu... Dush dush dush...Mohon dijauhkan dari anak-anak kita semua...Pengalaman sendiri yang rasa sangat-sangat seriau boleh dibaca di dalam entri "A Mummy Traumatic Experience: Nasi Lemak & A Stranger..."

Tapi bercerita tentang takut ni kan??? Dush dush dush...Takkanlah nak takut sentiasa yer tak? Maksudnya, baiklah, takut dengan orang tu ada baiknya, tapi bagi yang dia dah biasa lihat memang dia tak takutlah...antara nak diambil dengan tak nak diambil jer... cumanya...dia takut bila naik lif yang sesak dengan orang, takut bila orang ramai di satu-satu majlis keraian... kadang-kadang tu ok, Farah perhatikan kalau tempat tu agak luas lapang walaupun ramai orang dia ok...tapi kalau tempat tu sesak... aduh mak aiii... memang menangis sampai tersedu-sedu...yang hairannya "shopping complexes" bukan main lagi ceria dan becok mulut dia...ramai orang jugak tu... pening pening Mummy...ha ha ha... sebenarnya Ash takut ke tak takut ni nak? Ke saja-saja berlakon tarik perhatian? Muahahaha.... Dahsyat berlakon sampai tersedu-sedu menangis... 

Menurut sumber di SINI, kenapa perasaan takut itu muncul? Takut ialah sebahagian daripada perkembangan anak yang normal. Ianya terjadi apabila komponen minda, emosi, fizikal dan spiritualnya berkembang dan berhubung dengan pengalaman-pengalaman baru yang muncul dalam kehidupannya lalu membangkitkan rasa takut.

Anak-anak yang rasa takut ni rasa macam seolah-olah keadaan atau sesuatu tu adalah ancaman pada mereka... Makanya, untuk beranikan Ash... Ash lelaki! Nak jaga Mummy! Kenalah berani! Tak mau takut-takut aihhh... Apa barang takut itu, takut ini... Ha ha ha... Konon-konon bagi kata-kata semangat kat anak lettew... konon sangattt!!! Apa yang Farah rancang dan Farah dah lakukan untuk hilangkan rasa takut yang tak bertempat dan tak sepatutnya tu? 

1. Berikan Masa
Berikan masa untuk Ash bertenang, perlahan-lahan pujuk dia supaya dia tenang dan rasa selesa. Bukan masa tu takut, masa tu nangis, masa tu pujuk, masa tu berani yer... Adatlah tu, nak masak pun makan masa "uolss", takkan nak hilangkan rasa takut pada anak sekelip mata jer...Logik tak perumpamaan tu? 

2. Memperbanyakkan Aktiviti-Aktiviti Yang Melibatkan Orang Lain
Maksudnya selain dari Abah Ash, Mummy, Nek Ma dan Atuk Ash. Macam kawan-kawan Mummy ke, anak-anak kawan-kawan Mummy ke (yang ni dia tak ada masalah sebab dia suka berkawan...ramah macam emaknya barangkali...ihiksss)...contoh paling senanglah...pergi kenduri kahwin, pergi "event blogger"... pergi bersosial di pusat aktiviti untuk bayi dan kanak-kanak. Lama-lama bila dah biasa, hilanglah takut tu kan? Ha ha ha... 

3. Jangan Ketawakan Anak Bila Mereka Takut
Kot yer kalau rasa kelakar pun...rasa tercuit hati pun, tak payahlah ketawakan anak-anak depan mereka...Haippp..babab karang...Walaupun mereka tu kecil lagi dan mungkin pada mata kasar kita dan fikiran kita mereka tak faham...Harap maklum yer, sebenarnya mereka faham...Percayalah... Ha ha ha...Pernah uji Ash sekali... Beria Mummy guling-guling kat atas permaidani gelakkan dia sebab geli hati...makin cembeng lagi adalah... 

Alhamdulillah-lah, ada kesan positif pada Ash sekarang ni, tapi jinak-jinak merpati tu tetap ada, cuma ada sesetengah orang dia tak kisah pun kalau orang tu dukung...Contohnya...akak-akak stesyen Petronas rumah Farah tu...masing-masing semua kalau nampak Ash datang... berlari berkerumun kejar Ash...semua menjerit... Firash, Firash... hamboi hamboi, yang anak teruna ni pulak bukan main lagi buat Petronas tu macam dia yang punya... sekali pergi dapat satu kotak air susu Dutch Lady Kids, sekali pergi dapat "waffle"...walaupun Mummy nak bayar, tapi akak-akak Petronas dia kata, tak apa, kakak belanja... Alahaiii anak... nasib diaorang tak mintak "autograph"...bha ha ha... Errr...ada yang kurang yakin dengan kenyataan ni ke? Jomlah ikut Farah ke stesyen Petronas di rumah Farah tu dan saksikan sendiri sebagai bukti...nak tak? Ha ha ha... Daripada "uolss" berebut-rebut peluk cium artis lelaki KPop tu lebih baiklah peluk cium Ash... #ehhh... 

Cumanya, apa yang boleh dilakukan bila Ash dah meningkat usia nanti kepada 2 tahun ke atas, sekiranya dia dah fasih bertutur, dah faham...bolehlah Farah ada "small discussion" dengan Ash untuk Ash jelaskan apa yang dia takut, kenapa dia rasa takut dan Farah pula jelaskan kenapa dia tidak perlu takut, dan macam mana nak atasi rasa takut dia tu... Moga-moga dapatlah Farah sebagai Mummy membantu dia... Rasanya ok kot anak teruna Mummy ni... tak adalah takut sangat sebenarnya...bha ha ha...manja jer terlebih... 

Anak lelaki mana boleh takut... kena berani yer tak? Kalau anak lelaki takut, habislah anak-anak gadis cari lelaki KPop... #ehhh lagiii? ha ha ha...

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Ash "Cheeky", Ash Ceria...Tapiiii Ash Penakut??? , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, January 13, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

12 comments:

  1. bagus jugak ada rasa takut pada stranger. ye lah tak semua orang niat baikkan. tapi selamanya takut pun tak boleh jugak :D

    ReplyDelete
  2. kadang2 geram jer bila tutup lampu konon nak takutkan mikhail tapi sebaliknya.. hahhah..

    Kalau bab sengih dan senyum tu tak tau ikot sape.. memanjang goda anak dara kbba hihihi

    ReplyDelete
  3. antara tmpt sesak cam lift dan tempat sesak cam shopping mall tu kan lain farah, lift tu sempit, ramai orgg himpit2, tu yg ash takut, shopping mall tu ramai org tapi luas, banyak benda yg menarik perhatian dia, tentulah dia seronok.

    ReplyDelete
  4. ank sy plak jenis mesra jugak tp kalo baru jupa dia mcm malu2 kucen..dh 2,3jam jupa baru lah blh masuk hehe

    ReplyDelete
  5. pada akak bukan penakut...Ash ni jenis yang hati2..elok mcm ni..kalau terlalu mudah didekati takut ada yang ambil kesempatan..hehe

    ReplyDelete
  6. tpe..awal lagi..jgn risauuu....biarkan anak teroka dunianya sndri :)

    ReplyDelete
  7. anak saudara pun dengan orang tertentu ja dia ngam..kalau tak kenal,dia buat tak taw ja..

    ReplyDelete
  8. tengok budak jugak..kadang takut kadang tak..hahaa..ash berani ni nanti dah besar..hehe

    ReplyDelete
  9. Biasala tu kekdg ada budak yg x takut org. Ada yg takut dgn org, nnt pndai berubah juga tu

    ReplyDelete
  10. Nice sharing adik....nasib baik dania xde masalah takut gelap

    ReplyDelete
  11. Ank pertama sy x takut org. Ank kedua ni mmg memilih sikit..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia