Home » , , , , , » 9 Sebab Kenapa Palestin Perlu Dipertahankan!!!

9 Sebab Kenapa Palestin Perlu Dipertahankan!!!

Source Extracted & Edited from Google
#prayforgaza #prayforpalestine #palestinewillbefree #worldpeace #muslim #islam #gazaunderattack #supportgaza ... dalam hoo haa and ting tong iolss, hati tak pernah berhenti berdoa dan mengharapkan segalanya berakhir segera... sharing from reading HERE...

1. Kiblat pertama orang Islam.

2. Tanah para ambia. Di antara para anbia yang pernah dilahirkan, dibesarkan dan disemadikan di bumi Palestin ialah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Yaakub, Nabi Syuib, Nabi Musa, Nabi Zakaria, Nabi Yahya, Nabi Isa dan lain2 lagi.

3. Terdapatnya Masjidil Aqsa. 
Sabda Rasululllah SAW: 

"Masjid apakah yang pertama dibangunkan di atas muka bumi ini?" Baginda menjawab "Masjid al-Haram". Selepas itu masjid apa pula? Baginda menjawab "Masjid Al-Aqsa". [HR Bukhari dan Muslim].

4. Masjid ketiga suci umat Islam. Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kamu bersusah payah untuk bermusafir kecuali untuk menuju ketiga buah masjid, Masjid al-Haram, Masjidku ini (Masjid Nabawi) dan Masjid al-Aqsa."

5. Merupakan padang Mahsyar selepas kiamat dan merupakan pusat keamanan sejagat. 

Sabda Rasulullah SAW:
"Ia adalah bumi Mahsyar dan kebangkitan." [HR Imam Ahmad dan Ibn Majah].

6. Orang tinggal di sana kerana Allah diibaratkan orang yang berjihad di jalan Allah dan dikenali sebagai bumj pertahanan jihad. Rasulullah SAW bersabda:

"Ahli Syam akan berterusan dalam jihad dan ribath di jalan Allah." [HR at-Tabrani dan Al-Haitami].

7. Pusat untuk kumpulan2 yang sentiasa teguh menegakkan kebenaran dan hak orang Islam sehingga hari kiamat. Sabda Rasulullah SAW:

“Sekelompok dari umatku akan tetap berada dalam kebenaran yang nyata dan akan mengalahkan musuh-musuh mereka dan mereka tidak akan disakiti oleh musuh-musuh mereka kecuali apabila ditimpa kesusahan dan sehingga datang pertolongan dari Allah dan keadaan mereka akan kembali seperti sedia kala.” Para sahabat bertanya, “Di manakah tempat mereka itu ya Rasulullah?” Baginda menjawab “Di Baitul Maqdis dan di aknaf (bawah lindungan) Baitul Maqdis.” [HR At Tabrani].

8. Tanah yang diberkati Allah. Firman Allah SWT:

“Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. [Al-Israk: 1].

9. Bumi yang akan didirikan ibu negara umat Islam di akhir zaman dan kemajuannya akan membawa kepada tanda-tanda akhir zaman. Rasulullah SAW bersabda:

“Pembangunan Baitul Maqdis membawa kepada kehancuran Madinah (kerana diserang wabak).”

Rujukan:

Hanif Ismail (2006). Baitul Maqdis Kesucian yang Dipertahankan. Petaling Jaya: Hijjaz Records Sdn Bhd.

Maszlee Malik (2006). Al-Aqsa dalam Bahaya. Kuala Lumpur: Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia.

Mohsen Saleh Riyard Mahmoud. Kenangi Palestin Selami Isunya. Bandar Baru Bangi: Aman Palestin Bhd. Mohd.

N. Azran M. & M. Mahadi Isa (2005). Gerakan Freemasonary, Musuh dalam menghancurkan ISLAM. Selangor: La Khauf Resources.

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel 9 Sebab Kenapa Palestin Perlu Dipertahankan!!!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, August 7, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

19 comments:

  1. Ya! Bumi Palestin dan Al-Aqsa memang menjadi tanggungjawab kita untuk dipertahankan!

    ReplyDelete
  2. buton follower ada masaalah kan Farah?

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing
    sungguh kerdil rasa diri kan

    ReplyDelete
  4. Jadi kita kena pertahankan Palestin..insyallah..kalau kita bersatu hati..pasti Palestin dapat diselamatkan..amin

    ReplyDelete
  5. Setuju...... tapi kalau kita kena paksa ke bumi Palestine tu...agaknya mau ke idak? Seram jugak yek..... nipisnya iman ku huhu

    ReplyDelete
  6. Thanks for sharing info mengenai palestin ni... Semoga Allah jaga negara tersebut.. Support GAZA!!!!

    ReplyDelete
  7. kita wajib dan akan sentiasa menyokong pembebasan Palestin.

    #SupportGaza

    ReplyDelete
  8. rupanya banyak lagi info mengenai Palestin & Masjid al Aqsa yang saya tak tahu. thanks .. semoga Palestin dilindungi ... inshaallah...

    ReplyDelete
  9. thanks 4 sharing, ada jg info yg saya tak tahu pasal palestin. Terus mendoakan saudara kita di Gaza. amin

    ReplyDelete
  10. good sharing... sbb tu mmg bermatian kna pertahankan...

    ReplyDelete
  11. salam. semoga semuanya akan berakhir dengan cepat..

    ReplyDelete
  12. nice sharing...moga allah permudahkan...letih dah dengar macam2 spekulasi...

    ReplyDelete
  13. PrayForPalestin.Sama2 kita sokong ..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia