Source Extracted & Edited from Google |
#prayforgaza #prayforpalestine #palestinewillbefree #worldpeace #muslim #islam #gazaunderattack #supportgaza ... dalam hoo haa and ting tong iolss, hati tak pernah berhenti berdoa dan mengharapkan segalanya berakhir segera... sharing from reading HERE...
1. Kiblat pertama orang Islam.
2. Tanah para ambia. Di antara para anbia yang pernah dilahirkan, dibesarkan dan disemadikan di bumi Palestin ialah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Yaakub, Nabi Syuib, Nabi Musa, Nabi Zakaria, Nabi Yahya, Nabi Isa dan lain2 lagi.
3. Terdapatnya Masjidil Aqsa.
Sabda Rasululllah SAW:
"Masjid apakah yang pertama dibangunkan di atas muka bumi ini?" Baginda menjawab "Masjid al-Haram". Selepas itu masjid apa pula? Baginda menjawab "Masjid Al-Aqsa". [HR Bukhari dan Muslim].
4. Masjid ketiga suci umat Islam. Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kamu bersusah payah untuk bermusafir kecuali untuk menuju ketiga buah masjid, Masjid al-Haram, Masjidku ini (Masjid Nabawi) dan Masjid al-Aqsa."
5. Merupakan padang Mahsyar selepas kiamat dan merupakan pusat keamanan sejagat.
Sabda Rasulullah SAW:
"Ia adalah bumi Mahsyar dan kebangkitan." [HR Imam Ahmad dan Ibn Majah].
6. Orang tinggal di sana kerana Allah diibaratkan orang yang berjihad di jalan Allah dan dikenali sebagai bumj pertahanan jihad. Rasulullah SAW bersabda:
"Ahli Syam akan berterusan dalam jihad dan ribath di jalan Allah." [HR at-Tabrani dan Al-Haitami].
7. Pusat untuk kumpulan2 yang sentiasa teguh menegakkan kebenaran dan hak orang Islam sehingga hari kiamat. Sabda Rasulullah SAW:
6. Orang tinggal di sana kerana Allah diibaratkan orang yang berjihad di jalan Allah dan dikenali sebagai bumj pertahanan jihad. Rasulullah SAW bersabda:
"Ahli Syam akan berterusan dalam jihad dan ribath di jalan Allah." [HR at-Tabrani dan Al-Haitami].
7. Pusat untuk kumpulan2 yang sentiasa teguh menegakkan kebenaran dan hak orang Islam sehingga hari kiamat. Sabda Rasulullah SAW:
“Sekelompok dari umatku akan tetap berada dalam kebenaran yang nyata dan akan mengalahkan musuh-musuh mereka dan mereka tidak akan disakiti oleh musuh-musuh mereka kecuali apabila ditimpa kesusahan dan sehingga datang pertolongan dari Allah dan keadaan mereka akan kembali seperti sedia kala.” Para sahabat bertanya, “Di manakah tempat mereka itu ya Rasulullah?” Baginda menjawab “Di Baitul Maqdis dan di aknaf (bawah lindungan) Baitul Maqdis.” [HR At Tabrani].
8. Tanah yang diberkati Allah. Firman Allah SWT:
“Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. [Al-Israk: 1].
9. Bumi yang akan didirikan ibu negara umat Islam di akhir zaman dan kemajuannya akan membawa kepada tanda-tanda akhir zaman. Rasulullah SAW bersabda:
“Pembangunan Baitul Maqdis membawa kepada kehancuran Madinah (kerana diserang wabak).”
Rujukan:
Hanif Ismail (2006). Baitul Maqdis Kesucian yang Dipertahankan. Petaling Jaya: Hijjaz Records Sdn Bhd.
Maszlee Malik (2006). Al-Aqsa dalam Bahaya. Kuala Lumpur: Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia.
Mohsen Saleh Riyard Mahmoud. Kenangi Palestin Selami Isunya. Bandar Baru Bangi: Aman Palestin Bhd. Mohd.
N. Azran M. & M. Mahadi Isa (2005). Gerakan Freemasonary, Musuh dalam menghancurkan ISLAM. Selangor: La Khauf Resources.
Ya! Bumi Palestin dan Al-Aqsa memang menjadi tanggungjawab kita untuk dipertahankan!
ReplyDeletebuton follower ada masaalah kan Farah?
ReplyDeletemoga segalanya dipermudahkan.
ReplyDeletethanks for sharing
ReplyDeletesungguh kerdil rasa diri kan
Jadi kita kena pertahankan Palestin..insyallah..kalau kita bersatu hati..pasti Palestin dapat diselamatkan..amin
ReplyDeleteSetuju...... tapi kalau kita kena paksa ke bumi Palestine tu...agaknya mau ke idak? Seram jugak yek..... nipisnya iman ku huhu
ReplyDeleteILMU..untuk pengetahuan tq
ReplyDeleteThanks for sharing info mengenai palestin ni... Semoga Allah jaga negara tersebut.. Support GAZA!!!!
ReplyDeletekita wajib dan akan sentiasa menyokong pembebasan Palestin.
ReplyDelete#SupportGaza
rupanya banyak lagi info mengenai Palestin & Masjid al Aqsa yang saya tak tahu. thanks .. semoga Palestin dilindungi ... inshaallah...
ReplyDeletekena pertahankan palestin :D
ReplyDeletethanks 4 sharing, ada jg info yg saya tak tahu pasal palestin. Terus mendoakan saudara kita di Gaza. amin
ReplyDeletegood sharing... sbb tu mmg bermatian kna pertahankan...
ReplyDeletesalam. semoga semuanya akan berakhir dengan cepat..
ReplyDelete#prayforpalestin #prayforgaza
ReplyDeletenice sharing kak fara :)
ReplyDeletenice sharing...moga allah permudahkan...letih dah dengar macam2 spekulasi...
ReplyDeletePrayForPalestin.Sama2 kita sokong ..
ReplyDeleteThanks for info kak
ReplyDelete