Ulang tayang gambar yang sama dari entri INI, semata2 nak tayang bantal papam Ash... Ahakss... Jangan harus hilang bantal papam tu... Mengamuk dia memang semacam... Semua jadinya serba tak kena... Itu salah ini salah... Ibarat nyawa dia bantal papam dia tu dan itulah bantal pertama Ash sewaktu lahir... Memang patut pun dia sayang... Sentimental value tu pada dia...Ahakss... Adoiiiii... Tapi Mummy pun sama uolss... Bantal papam hasil duit Nuffnang giteww namanya... Wakakaka... Itu pun nak mention... Perlu ke???
So why kanak2 sukalah sangat dengan bantal busuk ni??? Tabiat kanak2 tidak mahu renggang dengan bantal buduk dipanggil "clinging behavior" atau tingkah laku yang bergantung kepada sesuatu benda dan tidak mahu berenggang dengannya. Ia tidak terhad kepada bantal atau anak patung sahaja. Sesetengah kanak2 menjadikan kain selimut tertentu, sapu tangan dan seumpamanya sebagai objek selesa mereka.
Tingkah laku pautan (clinging behaviour) adalah sikap biasa yang sering terjadi kepada bayi dan kanak2 di peringkat awal. Biasanya tabiat ini bermula di rumah dan berlaku kepada kanak2 yang kurang stimulasi dan mahukan sesuatu untuk peneman untuk menenangkan diri mereka. Erks...Ash kurang stimulation ke??? Hu hu hu... hari2 Mummy interact and stimulate his thinking....Apakah??? Kurang lain ni agaknya... Ok... Mummy tau apa... tapi tak perlu cerita kat orang...Shhhh... kita dua jer tau apa kan Ash??? Ekekeke...
Kanak2 yang begini akan memegang bantal, kain atau anak patung sebelum tidur kerana rasa ingin ada seseorang bersama mereka... Dush dush tetiap malam Mummy dok peluk kot... Tapi tengah2 tu mesti ada bantal papam dia... Perlakuan menggentel bantal atau kain ini seakan memberi keselesaan sehingga menjadikan mereka asyik. Dek keasyikan menggentel bantal, membuatkan mata mereka mudah terlelap dan perkara ini berulang2 sehinggalah ia menjadi satu tabiat yang sukar dikikis.
Ada juga sesetengah kanak2 berbual dengan bantal atau anak patung kesayangan mereka. Ini meupakan satu cara untuk mereka berkomunikasi dan ia dipanggil teman imaginasi (imaginary friends). Sebenarnya mereka mahukan seseorang untuk meluahkan perasaan, namun disebabkan kesibukan ibu bapa atau pengasuh, luahan itu terpaksa disalurkan kepada teman imaginasinya itu. Phew... harap2 anak Mummy taklah sampai peringkat imaginary friends ni ek??? Nak luah apa2 Ash luah jer kat Mummy ni ha... You've been given and gifted to a very open minded and non-orthodox Mummy... In Shaa Allah, I'll be able to follow your flow but that doesn't mean I agree to everything you think and do yer my baby son??? Yang salah tetap salah, yang betul tetap betul... dicipline is a must!!!
Satu lagi punca tingkah laku yang bergantung kepada sesuatu ini juga disebabkan oleh rasa ingin selamat (sense of secure). Kanak2 kecil belum memahamj konsep kehilangan sementara katanya. Mereka tidak faham bahawa sesuatu benda yang hilang itu akan muncul kembali dan kerana itu mereka mahukan ada sesuatu yang menjadi peneman mereka. Dengan melakukan perlakuan sedemikian seperti menggentel bantal, kain dan sebagainya membuatkan mereka rasa selamat dan tidak ditinggalkan keseorangan.
Dalam hal begini, ibu bapa tidak perlu terlalu risau dengan tabiat menggendong bantal atau anak patung ini kerana ia bersifat sementara. Ibu bapa perlu memainkan peranan untuk mengelakkan tabiat ini daripada berterusan dengan cuba memisahkan anak dengan rakan karib mereka ini secara perlahan2. Masa yang terbaik untuk memisahkan kanak2 ini adalah ketika umur mereka mencecah 3 tahun. Ha ha ha... Ash you still have time at least another 2 years??? Sebaliknya jika dibiarkan, perlakuan ini mungkin akan berterusan sehingga mereka dewasa.
Namun, terdapat juga kanak2 yang boleh berpisah dengan teman akrab mereka ini dengan sendirinya selepas memasukk taska kerana malu kepada rakan2 yang lain. Aktiviti seharian di taska mudah mengurangkan kebergantungan kanak2 tadi terhadap bantal atau anak patung mereka.
Menurut pakar psikologi, memiliki abantal busuk hingga dewasa bukan perkara yang mustahil. Memang tidak ada kesan sampingan, tetapi tabiat ini boleh berlarutan hingga dewasa dan sukar dikikis jika tidak dikawal. Sesetengah individu sukar berpisah dengan tabiat ini disebabkan ibu bapa terlalu mengikut kehendak anak yang mahukan bantal busuk sentiasa ada bersama. Dalam hal ini, peranan ibu bapa dan pengasuh perlu ada untuk mengelakkan tabiat ini berterusan.
Kredit: SINI
Oh Ashhh... janganlah sampai nak masuk school sok2 sibuk berentakan bagai nak bawak bantal papam tu yer??? Ihiksss... entahkan bantal papam dia wujud lagi ke tidak pada waktu dan ketika itu... hu hu hu... Hopefully mudahlah nak rengangkan Ash dengan bantal papam dia, one fine day nanti....
Salam Ramadhan & Salam Perkenalan..
ReplyDeleteNanti jemput join GA saya ye :)
http://ummudd80.blogspot.com/2014/07/ihya-ramadhan-giveaway-by-ummudd80.html
adik sedara ayu x nak bantal. tapi kain batik mak dia. sampai skrg umur 9 years. dgn kain batik mama dia.
ReplyDeleteooo..itu sebabnya ke rupanya. dulu saya pun asyik pegang bantal je. sampai menangis tak nak tidur bila bantal tu tak dapat jumpa. (mak cerita).
ReplyDeletealolo rindu plak bantal busuk kita..hahah
ReplyDeleteAnak sedara CP pun sama. Tak boleh berenggang dengan bantal busuk. Sampai gi tadika pun letak dalam beg. hehe.
ReplyDeleteHahaha jangan kan berbudak je dear...cik akak pun sampai sekarang ada bantal busuk hihi
ReplyDeleteMcm damia lah tu Farah ... suka menggentel bantal busuknya ... hehe
ReplyDeleteooo baru tahu knp budak suka bantal busuk...info yg bagus..tp kalo org tua bangka suka bantal busuk sebab apa plak ye
ReplyDeletesebenarnya...saya ....hehehe :P
ReplyDeletekak farah kite dah umur 22. Still attach dgn bantal busuk lg. haha. taktau la knape :P
ReplyDeleteTime nak tido jer kot dia cari Farah....kalau sekolah sok dia nak cari bahaya jugak tu hehe
ReplyDeletetak sah kalau takde batal busuk kan..kalau basuh pun mesti die tak suka..nak jugak bau kepam bantal tu..hihi
ReplyDeleteHahahaha. Rindu plak nak bergolek sakan dengan bantal busuk kita. Ekekeke. :P
ReplyDeletebantal bucuk...anak saya takde bantal bucuk..tapi sejak dah besar ni suka peluk anak patong merah dia tu..
ReplyDeletesetgh org tak suka bantal busuk diorang di basuh, lpas tu baunya nauzubillah..-..-
ReplyDeleteselamat la Irfan tak terjebak dengan bantal busuk ni, kalau tak jenuh ler nk membasuh..baunyer ! huhuhu
ReplyDeleteRimas betul dengan bantal busuk nih..
ReplyDeleteAnak akak pun ada bantal besok...siap akak sorok time dia dah besar...hihi
ReplyDelete