Home » , , , , , , » Menghilangkan Lingkaran Gelap Di Bawah Mata...

Menghilangkan Lingkaran Gelap Di Bawah Mata...

Source Extracted from Google
Ini bukanlah nak cerita tentang Kung Fu Panda semua bagai... gambar hiasan jer tu, memandangkan lingkaran gelap di bawah mata ni sangat sinonim dengan panggilan "Panda Eyes" kannn??? *_^... Tapi sebenarnya "Panda Eyes" itu adalah merujuk kepada gambar di bawah ini...

Source Extracted from Google
Entri ni terhasil dari entri adik sayang saya yang seorang ni di SINI. Dia tanya macam mana nak hilangkan eyebag... samalah tu... "Panda Eyes" dan dalam bahasa panjangnya lingkaran gelap di bawah mata... he he he...

Pertama sekali kita cerita pasal sebab2 terjadinya eyebag ini. Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan kemunculan lingkaran hitam bawah mata ni. Antaranya ialah:
  1. Uolss ada alahan.
  2. Ciri2 kulit wajah uols sendiri.
  3. Mengalami keletihan setelah bekerja seharian...contohnya akak ni ha...ekekeke...
  4. Kekurangan nutrisi pada tubuh uolss.
  5. Faktor genetik.
  6. Pengaliran darah yang tidak stabil.
  7. Uols menghadapi takanan dan tak dapat mengawalnya dengan baik.
  8. Terdedah kepada cahaya matahari (bukan matahari pagi yer)
  9. Penurunan berat badan yang agak mendadak.
  10. Ada masalah pinggang dan juga penat.
  11. Tisu lemak dan cecair.
  12. Masalah sinus.
  13. Uolss memang ada masalah kesihatan
  14. Uols seorang perokok.
PETUA MENGHILANGKAN LINGKARAN GELAP BAWAH MATA

1. Gunakan Sama Ada Timun, Ubi Kentang ataupun Tomato
Hiris salah satu bahan di atas mengikut tebal yang bersesuaian. Pastikan tak terlalu tebal atau nipis. Kemudiannya , lekapkan hirisan tu kat mata uolss. Biarkan lebih kurang 20-30 minit. 

Kebaikannya: mampu mengurangkan keletihan mata dan seterusnya melancarkan aliran darah kat bahagian mata.

atau cara alternatifnya;

Kisar timun dan balut ekstrak timun tu dengan sehelai kain nipis. Pastikan kain tu betul2 bersih yer. Lepas tu, tekap balutan ekstrak timun tadi kat bahagian lingkaran hitam untuk beberapa minit.

Selepas tu, bersihkan bahagian mata yang telah ditekap dengan air bersih. Gunakan krim pelembap mata.

2. Uncang Teh
Rendam 2 uncang dalam secawan air sejuk selama beberapa minit. Kemudian, keluarkan air yang berlebihan dalam uncang teh. Tekap uncang teh tadi kat mata sekurang2nya 10 minit yer.

Sebaik2nya gunakan teh camomile kerana ia bagus untuk kulit. Ataupun boleh gunakan esktrak pudina segara sebagai alternatif.

3. Minyak Almond
Untuk pengetahuan uolss, minyak almond juga baik untuk melembutkan kulit wajah, bebas minyak dan mengurangkan liang2 pri daripada tersumbat.

Caranya: Sapukan minyak almond pada bahagian lingkaran hitam di bawah mata setiap pagi dan malam. Urutnya dengan lembut yer.

Uols juga boleh campurkan minyak almond dengan krim susu kalau mahu. ^_^

4. Zat Besi, Vitamin C dan Asid Folik
Makanan yang mengandungi 3 elemen di atas juga boleh membantu. Pada masa yang sama kurangkan pengambilan makanan bergaram, elakkan minuman berkafein, gula dan minuman beralkohol (haipp yang ni haram, jangan sekali2, don't ever2 uolss).

Penting juga, kurangkan merokok (bagi perokoklah ek) dan kalau mampu uols belajarlah berhenti merokok mulai saat ini. Lebih bagus berhenti merokok ok???

Tak lupa juga, minumlah air kosong sekurang2nya 8 gelas sehari.

5. Biji Buah Berangan
Biji buah berangan merupakan herba yang baik untuk kesihatan dan sudah tentunya membantu melancarkan perjalanan darah di bahagian mata. Uols boleh gunakan biji buah berangan sama ada dalam bentuk serbuk, pil mahupun cecai bagi mengurangkan masalah ini.

Selamat mencuba uolss!!! Kredit: SINI 

Tambah sikit dan iklan sikit boleh??? Ahaksss... minumlah Ephyra... *_^ macam iolsss... info boleh dapat di SINI dan juga SINI   

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Menghilangkan Lingkaran Gelap Di Bawah Mata..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, February 6, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

39 comments:

  1. waahhh I really need this. mata dah sebijik mcm panda tuh

    okey..tak la sebijik cam tu hikhikk

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi hi hi, kita dalam situasi yang serupa kot... tapi taklah teruk... babe memula i ingatkan siapa... bila i tenung2 gambar profile tu... hi hi hi... kawan i rupanya... you dah buka blog balik??? start blogging again??? ^_*

      Delete
  2. tips yg bagus ni farah. guna uncang teh mmg berkesan but kena buat byk kali dah diamalkan lah hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa perkara sat ni ke kak KA kita kena konsisten amalkan kan???

      Delete
  3. balik nanti boleh try...thanks farah...akak pun dah minum ephyra nie..so tak payah la nak guna teh kan...hehehe..thanks sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay welcome to the ephyra club kak... thumbs up!!!

      Delete
  4. alhamdulilah iols xde ada lingkaran hitam atau eyebag so far
    w/pun x cukup tido tp mata tetap cantik kahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh kbai

    ReplyDelete
  5. ain pun ada mata panda sebab resdung. selalu bersin pagi2 tp mlas betul nak amal petua2 ni.hehe..tepek uncang the xsmpai 5 minit nk cabut dah.

    ReplyDelete
  6. thanks share =) mmg mcm panda pun ni

    ReplyDelete
  7. hahaha...okay...mata titew pun dah sama mcm panda

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sally ni sah sebab berjaga malam... he he he

      Delete
  8. kalau tak cukup tidur mata memang macam panda....

    ReplyDelete
  9. akak jarang ada lingkaran gelap bawah mata...maybe sebab akak jenis dapat tido yang cukup..pas tu akak suka letak putih telur kat muka....nak lagi best..putih telur campur honey...sapu kat muka dalam 30 minit...then biilas dengan air suam...insyaallah ok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak kalau bab tidur memang perfect adik tau, sebab akak selalu tidur awal... adik ni jadi burung hantu... he he he ...

      Delete
  10. 1 dan 2 kadang-kadang buat. Yang lain tak pernah cuba lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak suka letak timun dan uncang teh ajo...

      Delete
  11. ada juga, tapi tak ketara sangatlah.. selalu buat yang guna timun tu :)

    ReplyDelete
  12. kenit memang ada panda eyes ni, tapi everyday think positif ... panda kan comei so kenit might look comei too kan hehehehe. Anyway, poin2 kat atas tu memang banyak yang kena kat kenit pun hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. come to think of it memang betul pun panda cute... he he he

      Delete
  13. ina ada eyebag..nk cuba tips ni..

    ReplyDelete
  14. Uncang teh ek.. Blh try ni... Sbb dh ada ciri2 nk jadi mata pnda dh ni.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mata panda tak apa maria... jangan zombie hik hik hik... maklumlah kita ni kan beranak kecik... ^_*

      Delete
  15. akak, kita pun ada panda eyes..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama kes dengan sally ni, sebab berjaga malam...

      Delete
  16. Alhamdulillah tak pernah kena mata panda lagi setakat nie..hehehe.. tp kalau terjadi nnti boleh cuba tips akak nie..=D

    ReplyDelete
  17. mata saya terok laa skrg .. hmm sedih n malu bila jumpa kawan2 lama

    ReplyDelete
  18. Kalau tk yh guna kain boleh tk? timun atas. besar la eye bag aku

    ReplyDelete
  19. kalau tak cukup tido mesti eye bag ni timbui kan,,,so far kul 10-11 tido dah..tak sempat nak jadik mata panda...hihihiii...

    ReplyDelete
  20. salam .. haii ..saya nakmengadu ni ..lebam bawah mata saya sudah kritikal ni..mata saya dah mcm pontianak dah ni ..cara yg bagaimana paling perkesan ye ?

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia