 |
Source Extracted from Google |
Ok nak buka beauty parlour sekejap...ekekeke... nak cerita pasal tips pemakaian blusher atau dalam Bahasa Melayunya pemerah pipi...*_^ Orang perempuan yang suka make up sukalah ni kannn? Orang lelaki kalau pakai blusher tu, alamak... tu tak tau nak cakap apa, speechless jap...Itu dah lain dah tu kecenderungannya tu.. hu hu hu...
Blusher/pemerah pipi merupakan pelengkap penampilan kita sebagai perempuan dan mampu menyerlahkan kecantikan dan keanggunan seseorang. Tapi, kalau salah cara sapuan, pilihan warna akan menyebabkan penampilan kita sedikit pelik....Muahahahaha...kalau merah sangat dah nampak macam clown pula kannn??? *_^
Jenis dan warna kulit merupakan faktor penting yang perlu dilihat sebelum memilih pemerah pipi yang bersesuaian.
- Bagi wanita berkulit putih, penggunaan warna merah jambu atau warna senada akan menjadikan wajah lebih segar.
- Bagi wanita berkulit sawo matang, penggunaan warna seperti coklat muda,oren atau perang, sesuai dengan penampilan tampak lebih eksotik dan menarik.
JENIS PEMERAH PIPI
- Padat: serbuk warna daripada pemerah pipi jenis padat ini akan menghasilkan warna yang lebih menyerlah. Jenis ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak. Padat ni maksudnya compact la....heeee.... ^_*
- Krim: memiliki tekstur lebih basah dan kurang padat. Namun jenis krim ini tidak sesuai digunakan pada kulit berminyak kerana akan menimbulkan kesan lebih berminyak.
- Gel: warna bagi jenis gel ini tidak terlalu menyerlah dan sesuai digunakan setiap masa bagi menampilkan solekan yang lebih natural. Jenis ini sesuai untuk wanita berkulit kering.
- Balls: bentuknya menyerupai bebola kecil dan cara menggunakannya adalah memutarkan berus di atas pemerah pipi jenis berbola ini. Serbuk yang melekat di berus kemudiannya akan disapukan di pipi. Ia sesuai untuk semua jenis kulit.
SOLEKAN MENGIKUT BENTUK WAJAH
BUJUR
Sapukan pemerah pipi pada bahagian tulang pipi dengan gerakan sedikit melengkung atau tambahkan sedikit pemerah pipi di atas tulang hidung bagi menimbulkan kesan yang lebih glamor.
BULAT
Lakukan teknik shading di bahagian rahang dengan menggunakan pemerah pipi sedikit lebih gelap daripada warna kulit agar wajah kelihatan lebih bujur. Kemudian sapukan pewarna pipi dengan warna yang lebih terang pada puncak pipi ke arah telinga dengan gerakan ke atas.
LONJONG
Bagi wanita yang memiliki wajah lonjong, gunakan pemerah pipi tepat pada tulang pipi dengan gerakan mendatar. Gunakan warna yang lebih terang agar perhatian akan tertumpu pada bahagian pipi, ia mampu menutup wajah yang kelihatan memanjang.
PERSEGI
Untuk menyamarkan potongan rahang, sapukan pewarna pipi dengan warna yang lebih gelap dari dagu sehingga telinga.
HATI
Pilih pewarna pipi dengan warna sedikit gelap dan sapukan pada bahagian sekitar dagu dari bawah rahang, untuk kesan lebih cerah, sapukan pewarna sedikit gelap dan sapukan pada bahagian sekitar pewarna pipi warna perang dan tulang pipi ke arah telinga.
RAHSIA PEMERAH PIPI
- Semasa menyapu pemerah pipi atau blusher, tidak boleh dioles terlalu rendah dari bahagian tulang pipi dan penghujung hidung.
- Sapuan blusher yang berlebihan akan menyebabkan wajah kita hilang keasliannya, sapuan hendaklah pada sekitar tulang pipi sahaja dan tidak melebihi atau terlalu dekat dengan bahagian tengah muka atau sudut sisi mata.
- Warna2 pekat adalah sesuai untuk solekan malam, jangan gunakan ketika siang hari. Sebaliknya pilihlah warna2 lembut seperti merah jambu, oren muda untuk ke majlis di siang hari.
- Kita perlu bijak memilih warna2 yang sesuai untuk memberi bayang atau ton warna pada tulang pipi. Seeloknya pilih 2 warna yang berbeza iaitu warna cerah dan gelap untuk membentuknya.
- Blusher yang disapu rata ditulang pipi akan mampu menyerlahkan kecantikan dan keanggunan seseorang.
Saya pula suka pakai blusher dari jenis balls dan suka blusher yang warna dia nampak natural such as orangy sikit ke.... light pink... merah2 sangat tak minatlah uols.... exception kalau attend function or outing at night lah... he he he....
Auuwww I punya muka jenis bujur.. thx for the tips babe..
ReplyDeletemy pleasure babe... ^_*
Deletesejak preggy ni lgsg x tempek blusher hahahaha
ReplyDeletemayb bb boy kut kan ekekeke
kak masa preggy dulu, sama macam akak, bedak pun tak tempek...
Deleteakak x suka pakai blusher...x tau kenapa...kalau mekap memang x guna blusher...rimas...
ReplyDeleteha ha ha, ikut orang jugalah kak... ekekeke...
DeleteHee. Tak pernah pakai sendiri pun. Kecik-kecik dulu ada la acah-acah pakai :p
ReplyDeletenatural beauty giteww IM...
Deleteajar pakai celak la...selalu sgt fail pakai celak!grrr...
ReplyDeleteok dear nanti i buat satu entry khas untuk you ek??? ^_*
DeleteZaza pakai blusher yg dh ada span tuu.. yg elianto tu.. senang sikit kut.. Hihihi.. Tapi teringin gak nak pakai jenis balls tuu..
ReplyDeleteyang elianto tu pun best juga tau zaza... trylah yang jenis balls senang dan simple...
Deletesalam. sy tak pandai makan blusher hehehe
ReplyDeletesalam, he he he... akak pun masa dulu tak reti juga...
Deleteprng guna masa pi function. tapi x tahu betul ke idak cara penggunaannya. saya lebh suka guna eye shadow
ReplyDeletetengok gambar ok jer tifa??? ^_^ pandailah tu...
DeleteSalam, sampai skrg x pandai guna blusher, bersememeh..hehee, kena g grooming klas pasni ;)
ReplyDeletetak payah bazir duit kalau nak dear, tengok dan study kat YouTube pun dah memadai... ^_*
DeleteAssalamualaikum farah. tak reti sheila nak bermake up.. tapi suka tengok entri2 begini. konon2 tambah ilmu padahal satu benda pun tak reti apply. hihii
ReplyDeletewsalam sheila, Farah dulu pun tak reti jugak, main bedal jer... asal tak nampak macam clown oklah... he he he
Deleteso far tak pakai pun...last guna time kahwin dulu...hihi....
ReplyDeletewah akak ni betul2 natural beauty...
Deleteowhh blusherr...kurang sikit...hehe...xpndai..wuu
ReplyDeletebiela practice makes perfect...
Deletebentuk muka kita bulat ehehe
ReplyDeleteakak pun bulat juga asha... he he he
DeleteRos suka pakai blusher :)
ReplyDeletethanx for the tips..
my pleasure ros... ^_^
Deletelama dah tak pakai blusher nie..maleh dah...
ReplyDeletemasa preggy farah malas tapi sekarang dah rajin balik...
Deletehuhu..xreti makeup apa lagi pkai blusher
ReplyDeletelama2 nanti retilah tu ain... ^_*
Deleteina suka pkai blusher..tq for sharing
ReplyDeletemy pleasure ina... ^_^
DeleteX reti pakai.. N pakai sekali je masa khwin dulu...
ReplyDeletetak apa maria, natural beauty... ^_*
Deletesinggah sini dan follow u..nice sharing!
ReplyDeletethanks SQ. Farah dah singgah blog SQ dan follow balik... ^_*
Deletebiasa nye main taram je..
ReplyDeletejanji tak nampak macam clown tak apa mar... ^_*
DeleteTak reti pakai blusher.. huhu
ReplyDeletebelajar pelan2 sally... he he he
DeleteTak dan nak pakai blusher la ni :)
ReplyDeleteyang tu Farah faham kenapa kak... he he he
DeleteLiza pernah try pakai tp nampak mcm clown huhu. Tak reti pakai.
ReplyDeleteye ke? tak kot? atau mungkin kerana terlalu merah liza?
Delete^__________________________________________^
ReplyDeletesenyum jer ye lah abak... abak mana boleh pakai blusher... pelik jadinya nanti... he he he
Deletesuka tgk org pakai blusher. hihi
ReplyDeletemuka sy bulat kot
samalah kita muka bulat... he he he...
DeleteNice sharing akak.. berguna tips nie..=D
ReplyDeletene pn tips bgs jg ne tp xbrapa ska pkai blusher ne.muka mmg merah smulajdi.t bla da kawen bru nk pkai. :)
ReplyDelete