4.1 KG @ 20 Days!!! ^_^


"Tempek lagi gambar Ash, cerita lagi tentang Ash... ^_^... Alamatnya bosanlah "readers" Bubblynotes ni... hik hik hik... Nak buat macam mana??? Inilah permata hati bonda.... Erksss... "best" juga tukar panggilan mummy kepada bonda... "Sounds classy" sikit... Macam "my cousin" anak2 dia panggil dia bonda... ^_^... Tapi tak maulah, cukuplah sekadar "stick" pada "mummy"...diva sikit..ahakssss...tak habis2 nak mendiva walau dah ada anak kan??? Tak insaf2... eh tak salah pun mendiva... dah memang identiti diri...wakakakaka...bukan dibuat2 atau cuba2 nak jadi diva... (bluekkk...sila muntah "rainbow" dan pusingkan bebola mata "uols" tanda meluat...).... 

Masa Ash dah genap 20 hari dalam minggu ni juga, "nurse" dari Klinik Kesihatan datang melawat untuk kali terakhir, diaorang ni memang kerap datang melawat dari hari "report" dah bersalin sampailah ke hari yang ke-20... apa yang diaorang buat sampai kerap sangat datang melawat...biasalah, "check baby", sama ada sihat ke tak, ada jaundis ke tidak lepas tu "check" BP mummy dan juga jahitan "c-sec" mummy ok ke tak??? Itu semua rutin, dan nak dijadikan... siapa2 yang baca tentu tau... dalam entri BUBBLY BABY: IMAN FIRASH BIN HUSAINI  yang mana Ash dilahirkan dengan berat 2.86 kg sahaja... lepas "few days" masa bawa Ash untuk "follow up check up" di UMRA Medical Centre untuk jaundis... Berat Ash jadi 3.0 kg.... Tup tup tup... hari ke-20...dah jadi 4.1 KG "uols"... Alhamdulillah sihat membesar anak mummy....

Tak sempat pula nak capture gambar Ash masa hari ke-20 tapi memang boleh nampak dah keboolatannya (macam aunty AJ dia cakap dengan mama long dia cakap...he he he).... pipi tu gembol jer... mana tidaknya... setiap 2 jam sekali dah minta susu... hik hik hik, cukup makan dan cukup zat...

*Sekejap jer dah 20 hari dan sekejap jer dah nak sebulan umur Ash... ^_^... Huwaaaa, macam sekejap jer lagi mummy nak kena tinggalkan Ash demi mencari rezeki untuk Ash.... (dramatik lah tu, tapi memang hati rasa berat jer nak tinggalkan Ash bila dah bergelumang dengan Ash selama berpantang ni.... setiap ibu pun macam tu ye tak???)...Tapi apa nak buat, kehidupan tetap perlu diteruskan demi sesuap nasi... ^_^... Phewww.... 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel 4.1 KG @ 20 Days!!! ^_^ , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, December 19, 2013.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

18 comments:

  1. wow...cepatnya berat badan Ash naik...good...good....graf pun cantik nanti...

    ReplyDelete
  2. comel... semoga membesar dengan sihat

    ReplyDelete
  3. yeayyyy tahun depan dah boleh berjumba dgn mummys diva hehehe

    ReplyDelete
  4. ye ye mmg bila nak tinggalkan anak g keje, akan rasa berat hati sgt..nnti tgh keje mesti dok ingat2 je kat dia huhuhu...tapi bak kata bubbly kan demi sesuap nasi...kehidupan perlu diteruskan..

    ReplyDelete
  5. tahniah Ash... sedut susu ibu k2ea.. mummy pun blh kurus..ash n cpt bsr dan chat...

    ReplyDelete
  6. @Sukma Haron

    itulah kak nurse tu pun cam tak percaya jer...tapi Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  7. @Asha Lya

    makin besar makin berat lah kakak asha...hik hik hik...

    ReplyDelete
  8. @ZazaMyMoon

    yeeehaaaa nanti kita berjumba dan berjimba yer mummy zaza... *_^...can't wait seriously...

    ReplyDelete
  9. @Kisah Si Dairy

    moga moga terus jadi juaralah hendaknya Kak Eda...In Shaa Allah...

    ReplyDelete
  10. @Love Umi

    sah sah bila habis kerja secepat kilat nak balik rumah dan mesti tak tahan dengan traffic congestion ni nanti...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia