 |
Source Extracted from Google |
Sejuk dan nyamannya udara "aircond" memang nikmat kan "uols"...Macamlah Ash tu, kalau tidur nak ber-"air-cond" jer... hu hu hu...jenuhlah mummy nak bayau bil letrik lepas ni...wakakakakaka...tak mengeluh tapi sebab diri sendiri tau yang "aircond" ni tak berapa bagus untuk kesihatan tubuh "uols"... "Aircond" memang sejuk dan nyaman tapi kesan jangka panjang kepada kesihatan tubuh tu yang tak berapa nak seronok tu.... Ash ni pun tengah nak dibiasakan dengan kipas secara "slowly" ni, tak nak diturutkan sangat...
Ini adalah kesan penggunaan "aircond" atau penghawa dingin yang berlebihan bagi kesihatan tubuh badan...
PENYEBAR KUMAN DAN DEBU HALUS
Pada lingkungan sejuk dingin dituntutan sebagai media yang cepat menyebarkan kuman, dengan mengalirkan udara yang sama yang terus beredar di tempat bekerja. Jadi "uols" disyorkan untuk menutup mulut menggunakan "masker" ketika sedang diserang selesema, batuk dan bersin. (memanglah pun kan??? kalau dalam "office" tu sorang tak sihat, kadang2 boleh menjangkit kepada orang lain).
Bukan setakat tu saja, "aircond" juga penyebab penyebaran kotoran/debu halus (jika tidak sering dibersihkan), yang boleh meningkatkan masalah pernafasan seperti rhinitis alergi, peradangan pada hidung, bahkan lebih lagi.
Ramai orang yang sudah berumur juga mengeluh sakit otot jika terkena "aircond" untuk jangka masa yang lama. Penyelesaian untuk masalah ini adalah pakai selimut tebal atau pakai pakaian tebal. Hal ini untuk mengelakkan debu dan juga cukup untuk mengawal kelajuan udara sejuk.
SARANG BAKTERIA
Tempat titisan air sejuk perlu sering dibersihkan sehingga organisma mikro seperti bakteria tidak dapat berkembang biak. Selain itu, saluran pengudaraan perlu sering diperiksa. Umumnya keadaan itu sesuai menjadi tempat tinggal tikus dan kuman lain.
SEBABKAN OBESITI
"Aircond" bahkan dikatakan mengurangkan kadar metabolisme sehingga menyebabkan kenaikan berat badan pada manusia.
KESAN SINDROM
Ada satu sindrom baru yang disebut sindrom bangunan sakit ("sick building syndrome") yang kebanyakannya berlaku ketika "aircond" keadaannya tidak baik dan mengakibatkan pelbagai bahaya bagi kesihatan seperti sakit kepala, kerengsaan pada mata, hidung atau tekak, kulit kering atau gatal dan pening kepala.
Sebaiknya, bukalah tingkap sekurang2nya untuk pengaliran udara, minum air lebih banyak boleh membantu menyelesaikan masalah ini.
MENIMBULKAN PENYAKIT
Keluhan yang umumnya muncul dari orang2 yang bekerja di dalam "aircond" seperti masuk angin, sakit kepala dan migrain. Beberapa doktor bahkan menyatakan bahawa "aircond' setakat ini lebih baik daripada udara semulajadi yang sudah tercemar kerana ia sudah ditapis berkali2.
*Ash kalau ditutup "aircond" memang tidur resah...hu hu hu, habis acaner tu??? Walau macam mana pun tak boleh ikut rentak dia sangat ye tak??? Mummy nakal, bila Ash dah lena, mummy tutup "aircond", agak2 pipi dah merah macam epal baru mummy buka balik "aircond" untuk Ash...Kesian anak mummy... hik hik hik...
adui, anak-anak kita termasuk maknye ni pun, takde econ tak boleh tidur....
ReplyDeletealamak kita kat opis nie guna aircond 8 jam sehari..
ReplyDeleteakak guna kipas jer....bil letrik dah naik....huhu
ReplyDeletewahh baru tahu nie ^_^ thanks kak sharing infomasi ini
ReplyDeletebaby kakak pon dlu mse kecik mmg xd aircond mragam je tp skank da besa ok je dia.
ReplyDeletetp biasa2kan lah gne kipas biasa je sbb dh tau kn keburkan die
tp syg anak plak sian tgk die xslesa kan? hihi :)
amboih...bukan main lagi demand kan...mommy dah update ckp keburukkan ekon..tp anak nya duk berekon bagai...pakai kipas x leh?hahahahha....tahun depan taarif elektrik naik..masak la nak byr...
ReplyDeletefuyooo.... boleh naikkan berat bdn... x mau2 .. selamat guna kipas ja :D
ReplyDeleteAkk x kisah kalau x tido dlm ekon. TP hubby gelisah rrsah kalau x de ekon. Sll klw akk msk bilik x on ekon pun.
ReplyDeleteTapi dua tiga menjak ni mmg over panas la kak. Baru tadi ada baca artikel fasal kepanasan melampau boleh membunuh. Mcm mana tu... Huhu
ReplyDeleteAssalammualaikum..farah,
ReplyDeletetapi tulah nak buat macam mana kalu keje dok dalam aircond aje...kan!!
mselim3
sy mmg x r aircond tpi kipas kna g je lah sbb faiqah r kecik smp bsr ku berpeluh... mmg bdk bf kot kuat peluh...
ReplyDeleteerr..yang sebabkan obesiti tu boleh jadi betul kut..sampai laa ni susah bebenor nak turun berat badan..huhuhu
ReplyDelete@Norhasniza Khalid
ReplyDeletetidur dalam aircond tu memang nikmat yer...he he he...
@Asha Lya
ReplyDeletekalau kat office tu memang tak boleh nak elak lah asha...akak pun sama...
@Sukma Haron
ReplyDeletebetul tu kak bil letrik dah nak naik...hu hu hu...
@Aku Penghibur
ReplyDeletemy pleasure acik... he he he...
@MG schmidt
ReplyDeletekadang-kadang serba salah jadinya... he he he...
@Amanda Suria
ReplyDeletemintak mama long sponsor boleh??? muahahahaha.... gurau2 jer...
@Anis Najwa
ReplyDeleteha begitulah dikatakan salah satu kesannya...
@Ibu Lala
ReplyDeletebila hubby nak ber-aircond terpaksalah kan kak?
@Engku Muzahadin
ReplyDeletewah ye ke, sekarang ni kepanasan melampau memang betul ozon dah semakin menipis...
@Mohd Selim Zainal
ReplyDeletekalau dah kerja dalam aircond terpaksalah... hu hu hu...
@Maria Firdz
ReplyDeleteoh memang macam tu yer maria...ok...he he he...
@memmetlenggeng
ReplyDeleteboleh kak nak turun berat badan tu pasti ada caranya...hik hik hik...
mmmm, patutnya mmg x digalakkan sgt kn. tp kalai dah ttup aircond sampai merah merah pipi sian pulak kat ash kan..
ReplyDelete@QasehnyaRania
ReplyDeleteitulah CikSu, sampai macam epal merahnya rasa cam tak sanggup jer... hu hu hu...
Saya teringat cerita ttg ramai pekerja ofis di korea pd satu masa dahulu jatuh sakit akibat duduk dalam air cobd sepanjang hari dan penyakit ini kalau tak silap dipanggil 'Korean Syndrome'....
ReplyDelete