- Sekiranya anda berbelanja RM200 atau di bawah RM200, anda layak mendapatkan 3 X mata ClubCard (ahli sedia ada).
- Sekiranya anda berbelanja RM 201 sehingga RM 500, anda layak mendapatkan 6 X mata ClubCard (ahli sedia ada).
Home »
current
,
events
,
happenings
,
lifestyle
,
shopping
,
shopping events
,
shopping info
,
surroundings
» Hangat Di TESCO Clubcard Member’s Week Dari 25 Feb Hingga 2 Mac 2016!!!
Hangat Di TESCO Clubcard Member’s Week Dari 25 Feb Hingga 2 Mac 2016!!!
Berita yang menguntungkan serta
memanfaatkan semua pihak buat apa nak simpan-simpan sendiri yer tak? Haruslah
dikongsi bersama, barulah seronok! J.
Maka dengan itu, meh sini kakak nak khabarkan kepada anda semua yang membaca
Bubblynotes.Com. TESCO sekarang ini, bermula dari Khamis, 25 Februari 2016 sehingga 2 Mac 2016 sedang melangsungkan TESCO ClubCard Member’s Week! Siapa
yang sememangnya ahli TESCO tu dan mempunyai TESCO ClubCard, baik duduk
diam-diam dan baca entri ini sehingga habis. Dan sesiapa yang masih belum
mendaftar serta memiliki TESCO ClubCard tu, anda juga disarankan untuk duduk
diam-diam dan baca entri ini sehingga habis supaya anda tahu apa yang anda
telah terlepas dan bagaimana anda boleh mendapatkan segala tawaran hebat serta
menarik dari TESCO ni.
Ingat tarikh TESCO ClubCard Member’s Week ni betul-betul yer? Dari 25 Februari 2016 sehingga 2 Mac 2016. Apa
yang menarik sangat? Apa yang hebat sangat? Apa yang hangat sangat tu?
Sabarlah, ni kakak nak ceritalah ni… Satu persatu supaya senang hadam… Ha ha
ha…
Nampak tak? Jelas tak? Secara
ringkasnya, TESCO ClubCard Member’s Week
ni menawarkan tawaran-tawaran ekslusif seperti bila anda berbelanja di
TESCO anda boleh mendapat mata ClubCard sehingga 6 kali ganda, bila anda makan
di Medan Selera TESCO anda akan perolehi lagi 2 kali ganda mata ClubCard. Akan
tetapi secara lebih terperincinya adalah:
Yang belum lagi mempunyai kad TESCO ClubCard tu, yang menarik untuk
anda adalah, PENDAFTARAN ADALAH PERCUMA
sekiranya anda berbelanja minima sebanyak RM150.00 ataupun ke atas. Percuma
sahaja untuk anda dan tak perlu nak bayar yuran pendaftaran segala bagai. Jadi
kenapa nak lepaskan peluang ni kan?
Yang menjadi bonanza besar adalah
apabila bila mana, setiap pemegang TESCO
ClubCard sebenarnya berpeluang untuk memenangi iPad Mini melalui peraduan “e-draw” apabila anda melawat laman web TESCO ClubCard dan mengisi maklumat anda!
Jaringannya adalah di SINI . iPad Mini oooo, siapa tak nak kannn??? Mana tau jika ianya
adalah tuah dan rezeki anda?
Ada lagiiii…He he he…Yang ini
pasti akan membuatkan anak-anak melompat-lompat keriangan…
Nahhh, peluang untuk memiliki TIKET KANAK-KANAK SUNWAY LAGOON secara
PERCUMA jer dari tarikh 25 Februari 2016 sehingga 2 Mac 2016. Tentu seronok
anak-anak bila dapat beriadah di taman tema air terkenal ni kan? Jujurnya Farah
nak beritahu, yang dalam banyak-banyak taman tema air sebenarnya Farah suka
kiranya dapat membawa Ash berendam ke Sunway Lagoon. Jadi bila ada peluang
mendapatkan tiket percuma untuk Ash, kenapa nak lepaskan kan? Rugilah…
Berlangsungnya TESCO ClubCard Member’s Week ni,
berlangsungnya juga seminggu harga penjimatan yang kaw-kaw sebenarnya. Farah
jadi bersinar-sinar mata melihat harga-harga yang sangat menambat hati untuk
menjimatkan poket. Hua hua hua…Minggu gaji bukan bermaksud minggu untuk
menghabiskan semua gaji kan? #ehhh bagi yang dah bergaji lah…Ha ha ha…Kakak
belum lagi! Masih menanti dan menunggu…Tak apa, sabar-sabar…
Yang lebih meruntun jiwa?
Denggg…. Ada “baby fair” lah! Bom bom kebabom pula “sale” yer? Cemburunya… Tak
percaya cuba lihat antara tawaran yang menarik yang ditawarkan dengan harga
yang menarik…
Memanglah rugi kalau tak
berbelanja dalam seminggu promosi yang berganda-ganda ni kan? Sangat-sangat
rugi. Hai lahhh gaji, silalah cepat anda menjelma…Ahaksss… Banyak sebenarnya
tawaran lain, tak larat kakak nak ambil semua gambar dan kongsi dengan anda.
Akan tetapi jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut, SILA DAPATKAN KATALOG PRODUK YANG ASLI DARI
MANA-MANA TESCO YANG BERHAMPIRAN DENGAN ANDA DAN POTONG BAUCAR YANG DIBERIKAN
DI DALAM KATALOG TERSEBUT UNTUK MENDAPATKAN LEBIH DISKAUN. PERHATIAN!!! :
SEBARANG BAUCAR YANG DICETAK / DIFOTOSTAT ATAUPUN DIPAPARKAN DARIPADA TELEFON
BIMBIT ADALAH TIDAK SAH OK? HANYA YANG ASLI. J.
Nanti jangan tanya kenapa dan jangan cakap kakak tak payung informasi pula bila
dah paparkan baucar dan jurutunai di kaunter bayaran kata baucar anda tidak
sah!
Banyak sebenarnya keistimewaan
mendaftar sebagai ahli TESCO ClubCard ni…
Bagaimana cara ingin mendaftar?
Tunggu apa lagi kan?
Jangan lupa singgah ke mana-mana
cawangan TESCO yang berhampiran anda dari 25
Februari 2016 sehingga 2 Mac 2016, untuk mendaftar sebagai ahli TESCO ClubCard dan juga nikmati segala
tawaran-tawaran menarik yang sedang menanti tu. Seminggu jer, seminggu, tak
lama…makanya, sila singgah. Sebab Farah rasa TESCO ClubCard Member’s Week ni sangat berbaloi, sebab tu Farah
kongsi.
Selamat membeli-belah dan
menikmati lebih lagi ganjaran “uolsss”!!! J
Label:
current,
events,
happenings,
lifestyle,
shopping,
shopping events,
shopping info,
surroundings
Terimakasih telah membaca artikel Hangat Di TESCO Clubcard Member’s Week Dari 25 Feb Hingga 2 Mac 2016!!!. Jangan lupa share ya
Share
1 komentar:
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
Lamanya PC tak ke tesco mommy...
ReplyDelete