Siapa Yang Bijak Memang Akan Beli Emas Di CHIANG HENG

Farah Waheda Wahid
0


Naluri perempuan bernama Kak Fa - tidak obses dengan emas tetapi tetap sukakan emas. Nama pun dah perempuan kan? Tak banyak sikit, tetap minat dengan emas. Suka pakai tetapi tidak suka pemakaian emas yang berlebihan. Itu menjadikan Kak Fa seseorang yang mempunyai angan-angan nak menyimpan emas mengikut kemampuan. Bila cerita tentang kemampuan membeli emas ni kan? Siapa yang bijak memang akan beli emas di CHIANG HENG. Murah pun murah, kualiti pun kualiti, "trendy" pun "trendy". 


Memang nak cerita tentang CHIANG HENG pun... sebab tu Kak Fa berpusing-pusing bermukadimah tentang naluri perempuan yang sukakan emas. He he he... Pernah dengar tak CHIANG HENG? Tak pernah? Haa... ni Kak Fa nak beritahu. 




Sebenarnya kan, individu-individu yang gemarkan emas mungkin akan kenal dengan Emas Chiang Heng sebab boleh dikatakan Emas Chiang Heng memang terkenal dengan tawaran harga emas terendah di seluruh Malaysia. Kalau tak percaya, boleh cuba tengok-tengok di laman web Emas Chiang Heng.




Percayalah yang dengan melihat koleksi Emas Chiang Heng di laman web sahaja anda akan menjadi rambang mata. Itu baru laman web tau... belum lagi menjejakkan kaki di 19 cawangan Emas Chiang Heng di seluruh Malaysia. Dengan tawaran harga emas terendah di seluruh Malaysia, Emas Chiang Heng bukan sahaja menawarkan barang kemas emas pada harga yang paling menrik, tetapi yang lebih menarik di Emas Chiang Heng terdapat pelabagai tawaran istimewa kepada para pelanggan seperti promosi bulanan di cawangan seluruh Malaysia. Senang cerita, magisnya Emas Chiang Heng - semua orang mampu memiliki emas. 

Kenapa Kak Fa Suka Sangat dengan Emas Chiang Heng? 


Sekali lagi Kak Fa tekankan - Emas Chiang Heng menawarkan harga emas yang terendah disebabkan oleh kos pemasaran yang tidak terlalu tinggi seperti kos sewa di pusat membeli-belah, kos iklan fizikal dan sebagainya. Kos-kos yang dijimatkan oleh Emas Chiang Heng ini diserap ke dalam konsep pulangan terus kepada para pelanggan dengan menawarkan harga emas berpatutan. Bukan itu sahaja, Emas Chiang Heng mengawal sepenuhnya kos pembuatan dari caj harga upah sehingga ke harga emas melalui penghasilan rekaan mereka sendiri. Sebab tu... kesemua emas di Emas Chiang Heng adalah paling murah dan berpatutan. 


Bercerita tentang rekaan kan... Sajalah Kak Fa nak bakar "line" sikit, nak tunjuk kepada anda rekaan-rekaan di Emas Chiang Heng. 





Ok cukup-cukup-cukup, tak boleh tunjuk banyak-banyak sangat... Ha ha ha... Nanti tak tidur malam pula yang menengoknya nanti ni. Kalau nak tengok puas-puas, terus jer "walk-in" ke cawangan Emas Chiang Heng. "Confirm" puas hati! Silap-silap lekat seurat dua kan? 


Tapi seriuslah...tolonglah pergi dan juga anda boleh mendapatkan harga jualan semula emas paling tinggi di Emas Chiang Heng. Kalau anda nak tau, Emas Chiang menawarkan harga jualan yang tertinggi di seluruh Malaysia, dengan proses pemulangan emas yang jelas dan telus tanpa sebarang kos tersembunyi. Paling penting, memang mudah sangat nak jual semula emas di Emas Chiang Heng sebab mereka tak banyak cerita nak itu nak ini. Bila nak menjual emas semula di Emas Chiang Heng mereka terima jer semua perhiasan emas yang tidak mempunyai sijil emas, emas yang karat, pecah, kemek ataupun yang telah terbakar di dalam kebakaran. Memang mudah sangatlah. 


Servis Selepas Pembelian Yang Terbaik!

Menarik sangat bila ini kali pertama Kak Fa jumpa kedai emas yang membolehkan Kak Fa untuk membuat pertukaran di dalam tempoh 7 hari. Betul... Emas Chiang Heng membenarkan pelanggan memulangkan atau menukar saiz perhiasan emas yang dibeli di dalam tempoh 7 hari. Akan tetapi bersyaratlah ok? Dengan syarat tidak ada kerosakan emas. 


Emas Chiang Heng juga menawarkan perkhidmatan membaiki emas dengan percuma dalam tempoh 30 hari dari pembelian, kecuali.... sekiranya barangan emas tersebut memerlukan penambahan emas. Ada penambahan emas kena bayar ya...Bukan percuma jer nak tambah emas tu dan servis membersihkan emas adalah percuma seumur hidup, termasuklah perkhidmatan rekaan emas menggunakan laser. 

Bukan kaleng-kaleng tau Emas Chiang Heng ni, pada yang baru tau tu, sajalah Kak Fa nak beritahu yang Emas Chiang Heng ni, dah 37 tahun dah di pasaran. Memang "player" dan "expert" di dalam industri emas ni. Dah macam-macam anugerah yang diterima oleh Emas Chiang Heng. Pada tahun 2020, Emas Chiang Heng telah mencatatkan rekod yang sangat membanggakan dengan 117 siarang langsung di dalam satu hari, memecahkan rekod The Malaysia Book of Records. Emas ChiangHeng kini telah membuka cawangan ke-19, simbol platform yang mempunyai kredibiliti dan keterjaminan.


Bagi yang mahu memulakan pelaburan emas di Kedai Chiang Heng, ini ada tips untuk para pelabur:  https://vt.tiktok.com/ZSLrhAdPH/


Bagaiman mahu menjual emas di Chiang Heng?: https://vt.tiktok.com/ZSLrhrEwv/

*Tertakluk kepada terma dan syarat.




Platform Jualan Chiang Heng Jewellery:

Laman Web Emas Chiang Heng

Laman TikTok Emas Chiang Heng

Shopee Emas Chiang Heng


Laman Media Sosial Emas Chiang Heng:

Laman Facebook Emas Chiang Heng

Laman Instagram Emas Chiang Heng

Laman YouTube Emas Chiang Heng

TikTok: @emaschiangheng @ChiangHengJewellery


#ChiangHengJewellery #EmasChiangHeng #ChiangHeng #EmasAsli #Emas916 #Emas999 #HargaEmasPalingRendah #TheMalaysiaBookOfRecords #BangKemasEmas #PajakGadaiEmas #pelaburan

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !