Cerita minggu lepas ni sebenarnya nih. Iftar di Holiday Inn KL Glenmarie, Shah Alam bersama-sama dengan pihak P1 dan juga rakan-rakan blogger yang lain. Iftar ini dikenali sebagai P1 OMANite Iftar. Apa itu OMA? OMA adalah bermaksud "online media associates".
"Online media associates" tu bermaksud blogger lah bila merujuk kepada acara ini. Kira-kira macam dalam perniagaan kita sebutkan sebagai rakan niaga gitchewss... Ha ha ha... Sampai macam tu sekali nak menerangkan yer tak? Tapi bukanlah rakan niaga... #ehhh faham ke? Agagagaga...
Acara iftar ini, dihoskan serta dikendalikan sepenuhnya oleh Atilia Haron.
Iftar yang dianjurkan oleh pihak P1 ini bukanlah iftar yang mana Farah sebagai blogger diwajibkan untuk melakukan liputan acara secara formal tetapi lebih kepada santai kerana pihak P1 menganjurkan majlis P1 OMANite Iftar 2015 ini dengan tujuan untuk meraikan anak-anak yatim. Juga bagi para OMA berjumpa serta mengeratkan silaturahim sesama sendiri.
Pihak P1 telah menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim yang telah dijemput khas ke acara tersebut. Comel-comel mereka nih sebenarnya nih. Gembiraaa mereka menerima sumbangan dari pihak P1. Alhamdulillah, rezeki mereka kan?
Iftar tetap iftar... Sambil-sambil menjamu selera tetiba terasa suasana menyambut Syawal ok? Sebabnya... Lagu raya sibuk berkumandang... Ohooo, awal betul semangat raya menjelma.
Selain penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim, ada juga aktiviti yang dianjurkan buat para OMA. Ada kawan kita tu kannn, tahniahhhh sebab telah dipilih sebagai pemenang pakaian terbaik pada malam tersebut. Namanya Rawlins. "Glamour" Rawlins malam tu dengan Baju Melayu merah dan songkok tinggi beliau tau.
Kamera dan blogger, mana boleh dipisahkan. Di mana-mana acara, kamera-lah yang menjadi sahabat baik kepada seorang blogger. Yang banyak membantu di dalam menyiapkan tugasan.
Untuk acara santai dan "light and easy" sebegini, kamera menjadi saksi kami-kami yang pantang nampak lensa. Pasti pandangan terus beralih kepada lensa untuk gambar dirakamkan... Hua hua hua...
Untuk itu, marilah mencuci mata serba sedikit yer apa yang kami rakamkan di acara atau majlis P1 OMANite Iftar 2015 tersebut.
Memang meriah dan "happening" malam itu... Rugi pula rasanya tak bawa Ash...kalau tidak mesti lagi meriah dan "happening". Dan kalau tak mesti Mommy dia main kejar-kejar kannn???
Apa-apa pun terima kasih P1 kerana sudi menjemput diri ini untuk menghadiri majlis atau acara iftar OMA ini pada tahun 2015 ini. Tahniah juga di atas penganjuran yer?
Ok... Sekarang nak sambung kerja-kerja untuk raya... Memandangkan Iman Ash dah tidur tengah hari... Ihikss memang tunggu dia tidur jer baru boleh buat kerja... Kalau jaga tak jadi kerja...
meriah gitu....
ReplyDeletealhamdullilah
ReplyDeleteseronok PC cuci mata ni ha..
ReplyDeleteBest nya! Meriah meraikan anak2 yatim. Seronok kan?
ReplyDeleteMeriahhhhh! Takda rezeki nak jumpa huhu
ReplyDelete