Memahami Abakus Tahun 1


Ha tulah… masa kecil-kecil arwah Papa suruh belajar guna sempoa, tak nak! Sombong! Sekarang? Baru terkincit-kincit nak belajar memahamkan. Tengah gigih ni memahami abakus Tahun 1. Alaaa…Kita mula dengan yang asas lah dulu. Dah faham asas baru senang nak ajar anak. Takut nanti, tak faham asas ibarat ketam mengajar anak berjalan pula kan? Tapi… Masa mula-mula nampak soalan berkaitan abakus ni, terkebil-kebil juga lah mata Kak Fa nak fikir solution. Ha ha ha…. Jenuh nak cover depan anak. Nasiblah dia tak faham nak baca ekspresi yang Mommy dia tengah nak cover line terkial-kial nak menjawab soalan abakus tu ha. Al-maklumlah masa zaman Mommy sekolah dulu mana ada belajar abakus. Masa kecil-kecil suka main-main sempoa tu sebab warna-warni jer. Arwah Atuk Yash nak ajar tapi Mommy dia jer tak ambil serius. Hurmm… Kalau arwah Atuk ada, confirm-confirm Atuk yang take over bab abakus ni. Arwah Papa Kak Fa memang mahir gunakan abakus, mahir bertutur dalam Mandarin, mahir bertutur dalam Kantonis dan juga Hakka. Tamil pun boleh… Cuma tak menurun dekat Kak Fa jer. Rugi kan? Tak ambil peluang untuk serap segala ilmu tu. Only Allah knows how do I miss him badly lately… Al-Fatihah.

Apa Itu Program Abakus dan Aritmetik Mental?

Penggunaan sistem pengiraan abakus merupakan salah satu model matematik yang membolehkan murid menguasai aritmetik mental. Program abakus dan aritmetik mental Kementerian Pelajaran Malaysia mengandungi tiga komponen. Setiap komponen mempunyai program yang tersendiri.



Sasaran Program Abakus dan Aritmetik Mental KPM

Membolehkan murid sekolah rendah menguasai pengiraan secara mental. Model pengiraan abakus adalah asas kepada perkembangan pengiraan secara mental.

6 Sebab Utama Penggunaan dan Aritmetik Mental Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

Penumpuan

Semua deria utama digunakan apabila mengendalikan abakus. Oleh itu, ia akan meningkatkan penumpuan murid.

Ingatan

Kedua-dua otak kira dan otak kanan aktif apabila menggunakan abakus. Otak kanan mengingati corak dan imej, manakala otak kiri mengira secara mental.

Gambaran dan Inspirasi

Pengiraan secara pantas dan dapat menyelesaikan banyak masalah.

Pemerhatian

Latihan secara pemerhatian dan membuat latihan tanpa kesilapan.

Kepantasan

Membina kebolehan mengira secara pantas dan pada masa yang sama mengelakkan kesilapan.

Membaca dan Mendengar

Kebolehan membaca secara kuat, memahami dan memproseskan maklumat untuk menyelesaikan masalah dengan pantas.

Perkembangan Program Abakus di Malaysia

Abakus pertama kali diperkenalkan di dalam sistem pendidikan Malaysia pada tahun 1994. Pada peringkat awal, abakus jenis 5:2 yang dikenali sebagai sempoa digunakan. Sistem perwakilan nombor pada sempoa jenis 5:2 adalah kurang berkesan dan penggunaan sempoa sebagai alat pengiraan tidak selaras dengan perkembangan terkini. Pada tahun 1996, Kementerian Pelajaran Malaysia bersetuju menggunakan abakus 4:1. Dalam masa yang sama idea Aritmetik Mental juga diintegrasikan dalam program abakus. Dari tahun 1996 sehingga 2010, kurikulum abakus tidak dilaksanakan secara formal di sekolah tetapi program latihan abakus untuk guru dijalankan. Hanya pada tahun 2004, program Abakus dan Aritmetik Mental dilaksanakan di sekolah rendah Malaysia secara formal.

Memandangkan Yash dah mula dah masuk silibus abakus di dalam sesi home learning dengan Mommy (sekolah tak pastilah, dah ke belum…ha ha ha…) gigihlah nak memahami abakus Tahun 1. Sambil-sambil mengenal tu… Kak Fa kongsilah di dalam entri Kak Fa ni. Mana tau kot-kot boleh juga bantu-bantu mak ayah yang dalam keadaan serta situasi yang sama dengan Kak Fa? Kannn?

Bahagian-Bahagian Abakus


Menentukan Nilai Tempat dan Nilai Nombor

Manik mempunyai nilai apabila mendekati palang pemisah.



Video-Video Asas Abakus

Kredit: Sumber dari SINI


Kredit: Sumber dari SINI

Setakat ni oklah, sedikit sebanyak Kak Fa dah mula faham bagaimana nak baca abakus ni dan bagaimana nak buat simple mathematics operation dengan menggunakan abakus. Cuma tugas yang seterusnya adalah untuk Kak Fa  fikir bagaimana cara yang paling mudah untuk deliver knowledge ni pada Yash dan cara paling mudah untuk buatkan Yash faham. Ini yang paling penting. Kalau deliver tapi Yash pening pun pada Kak Fa, no point juga. Errr… tugas pertama dah mula nak kena beli abakus kot? As learning aid….

Kak Fa tak pandai-pandai sendiri untuk semua ni, Kak Fa rujuk dari sumber online dan juga support group yang Kak Fa sertai untuk anak-anak Tahun 1 bersama Teacher Aina. Perkongsian ibu-ibu di dalam support group tu pun banyak sangat membantu. Menurut Teacher Aina, tajuk abakus ni  minor tetapi akan carry sehingga Tahun 6. So walaupun minor, penting juga untuk Yash faham dan mahir. Maybe boleh sumbangkan bonus mark ke kan? Betul tak?

*Tak baik gelakkan Kak Fa tau…Kak Fa memang mengaku bab abakus ni Kak Fa tak belajar pun dulu. Ha ha ha… Tapi tak salah pun Kak Fa belajar sekarang kan?
Terimakasih telah membaca artikel Memahami Abakus Tahun 1. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

3 komentar:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.