Source Extracted from Google |
Since personal trainer iolss dah mula berbunyi semalam uolss... ha ha ha...tiba2 fefeeling craving nak ber-sauna pulak hari ni... Ho ho ho... melampau tau craving... Ihikss...
Sauna ni best uolss... best kan? best kan? siapa2 yang dah biasa dan selalu ber-sauna tu mesti setuju apa yang iolss taip ni..taip lah...bukan kata...kalau kata uolss kena dengar iolss bercakap ye tak???
Menurut seorang US certified personal trainer dan pakar nutrisi yang mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun, iaitu Kevin Zahri di dalam artikel beliau di SINI, antara manfaat amalan ber-sauna kepada kesihatan diri adalah...
Mengurangkan Tekanan
Tekanan boleh menyebabkan kesihatan fizikal merosot. Malah ada banyak penyakit yang bersangkut-paut dengan tekanan. Haba dari sauna mengurangkan ketegangan otot dan merangsang penghasilan endorfin, satu kimia semulajadi yang dihasilkan dalam otak yang bertindak sebagai penahan sakit. Endorfin ini akan menjadikan seseorang itu merasa lega dan tenang.
Melegakan Otot
Penghasilan endorfin semasa sauna dapat melegakan kesakitan yang dialami oleh penghidap artritis serta mereka yang mengalami ketegangan otot selepas bersenam. Kenaikan suhu badan dalam sauna menyebabkan saluran darah mengembang. Hasilnya, peredaran darah akan meningkat dan ini akan membantu proses penyembuhan semulajadi badan.
Kulit Yang Sihat dan Berseri
Sewaktu melakukan sauna, aliran darah ke kulit akan meningkat dan ini akan menyediakan lebih banyak nutrien di bawah kulit dan permukaan tisu. Hasilnya, kualiti kulit akan bertambah baik secara beransur2.
Detoksifikasi
Haba yang dijana oleh badan sewaktu bersauna dapat menyingkirkan toksik yang berada di bawah kulit melalui peluh. Setiap hari kita terdedah kepada toksin sama ada dalam makanan atau persekitaran kita. Sauna dapat membantu badan kita mengdetoksifikasikan toksin tersebut.
Hipertermia
Apabila badan terdedah kepada haba yang tinggi, badan akan berada dalam keadaan seakan2 sedang demam. Keadaan "demam" ini akan merangsang proses penyembuhan semulajadi badan. Hasilnya, sistem imunisasi badan akan menghasilkan lebih banyak sel darah putih yang berfungsi melawan penyakit dan antibodi untuk menghapuskan virus dan patogen2 lain.
Membakar Kalori
Proses berpeluh menggunakan banyak tenaga. Tenaga ini diperolehi daripada penukaran lemak dan karbohidrat sewaktu proses pembakaran kalori. Penyelidikan perubatan mendapati seseorang itu boleh dengan mudahnya berpeluh sebanyak 500 gram dalam satu sesi sauna, membakar hampir 300 sehingga 400 kalori.
Tapiii, sauna2 jugak uolss... jangan disebabkan nak bakar banyak kalori sangat dan sungguh2 nak diva sangat...muahahahaha...sampai abaikan langkah2 keselamatan ketika bersauna... Sauna pun ada safety tips ok??? Ala...biasalah... in life... we are not advise to over-do something... bersederhana seperti konsep wasatiyah yang dianjurkan Islam... ye tak??? Antara langkah2 keselamatan ketika ber-sauna adalah...
- Jangan duduk dalam bilik sauna lebih daripada 45 minit.
- Selepas meninggalkan sauna, pastikan weolls mendapat rehat yang secukupnya.
- Minum air yang mencukupi untuk menggantikan cecair dan mineral yang hilang semasa ber-sauna.
- Tanggalkan kanta lekap (contact lense) sebelum memasuki sauna.
- Wanita hamil tidak boleh sama sekali bersauna.
Ingat ek pesanan2 langkah2 keselamatan ni uolss... untuk kebaikan bersama...Ermm...siapa nak bersauna??? Jom kita pergi sama2 nak??? Ekekekeke...
huhuhu takpernah pulak nak bersauna ni kak...
ReplyDeletetak pandai lgsung bab2 cmni
x pernah lagi jejak kaki ke sauna.
ReplyDeletedalam kapla ni dah set masuk sauna untuk bakar kalori jer.
xtau pulak kulit pun bleh cantik dgn sauna nie.
alahaiii lama gile kot tak bersauna berspa nie..huhuuu..
ReplyDeleteFarah kak sofu nak tambah dr pengalaman sendiri
ReplyDelete- Low blood pressure juga tidak boleh duduk lama di bilik sauna
- Pastikan ambil makanan yg berat sebelum memulakan sauna
(pernah breakfast susu dan tweegie abis sauna pening depa bagi mkn gula2)
kalau sauna yang kepala je kluar tu camne leh pakai lens tak?
ReplyDeleteBestnye kalo dpt bersauna
ReplyDeletek.el nah bersauna ms pas beranak anak sulung..kunun2 nak g treatmentlah kan..nak slim blik badan yg bombomkebabom tu kan hahaha
ReplyDeletebila 1st time bersauna tu kan..mula2 oklah..bila dah 15min makkk oii kau panas oiiii..siap bukak tutup bukak tutup pintu sauna tu nasib sorg satu sauna hahahaha..pas2 bila budak sauna tu dtg..tya..dah abis ke time ni...hahaha
tp mmg betul sauna ni mmg dpt bakar kalori..ritu buat 1/2 jam dpt turun 0.5kg ok :)
skrg xleh nak bersauna dah kut
sauna kat umah ngan anak2 haha
bagus sauna ni.. :)
ReplyDeleteWahh bestnyerrr....kena pergi ni..
ReplyDeleteElok juga aktiviti bersauna kan sis?
ReplyDeleteizin menyimak mba hehehe
ReplyDeletebila bersauna, wajib ambik cuti satu hari khas utk belai dan manjakan diri sendiri:)
ReplyDeletesauna memg best gilaa panasssssss n hangat hihi...
ReplyDeletenak ikut!
ReplyDeletePegi sauna aritu tak bukak pon contact lens!! Haha..
ReplyDeletememang bagus..tapi tulah tak pernah bersauna..sauna bila musim panas kat rumah je la..hihi
ReplyDeletetak dapatlah merasa sauna sebab dalam tangan ni ada bateri, sensitif... sobsob... macam besttt je.....
ReplyDeleteMmg nk pergi pun... Tgh plan tarikh...
ReplyDelete