Source Extracted from Google |
Yummylicious warna kemerahan itu nampaknya... ^_^.. Tapi bukan pasal kesedapan tembikai yang ai nak share dengan uols... Jalan2 di petang hari dan terjumpa sesuatu yang menarik yang mungkin boleh dikongsikan bersama uols...
Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah2lah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?". Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.
Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata2nya: "Ada pun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang baik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buat tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya". Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan ia pun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Jadi apakah kita faham mengenai kisah ini? Allah SWT tidak pernah menzalimi kita tapi yang menzalimi manusia itu adalah manusia kerana sikap tidak bersyukur dengan pemberian Allah SWT. Mereka hanya tahu mencaci dan mencela sesuatu keburukan padahal mereka tidak pernah bersyukur apa yang Allah SWT telah berikan kepada mereka... Mereka menyalahkan Allah SWT tanpa sedar... Jadilah manusia yang bersyukur apa yang Allah SWT berikan bukan seseorang yang hanya tahu mencari keburukan tanpa kita sedar kita terlupa setiap kebaikan seseorang itu yang lebih banyak dari keburukan...
"JANGAN JADI MANUSIA YANG MENZALIMI ORANG LAIN HANYA KERANA MEMIKIRKAN KEBURUKAN ORANG ITU TAPI JADILAH MANUSIA YANG BERSYUKUR DENGAN KEBAIKAN YANG TELAH DIBERIKAN. SESUNGGUHNYA ALLAH SWT PASTI MEMBALAS MEREKA YANG MENZALIMI ORANG LAIN DAN TIDAK BERSYUKUR DENGAN APA YANG DIBERIKAN."
*Jangan salahkan Allah SWT bila sesuatu perkara itu terjadi kerana Allah SWT sentiasa membei pada kita tapi kita sendiri yang menghina pemberian Allah SWT itu.. Ingatlah semua manusia yang hidup di dunia ini jahil kecuali Rasulullah SAW...
Credit: HERE
betul~! ingat-ingat balik., bersyukurlah apa yang ada ., Allah sudah bagi yang terbaik untuk kita., :) In Shaa Allah.
ReplyDeletehusna pernah baca cerita nih..tp biasa la, nama pon manusia..dpt x elok je mula nk sentap..>.<
ReplyDeletebersyukur dan ucapkan alhamdulillah... terima seadanya... nice sharing.. ;)
ReplyDeletesetiap yang baik datang dariNYa yang buruk dari kita insan biasa ....
ReplyDeletecewah cik akak datang komen nie..hihi...betol tu jangan pernah menzalimi orang lain kerana Allah maha mengetahui apa yang kita lakukan..
ReplyDeletepenuh makna dan mendalam kan
ReplyDeletesemoga ia menjadi renungan kita bersama ..
dik !
TQ ... ;)
betul sgt tu farah! tq share
ReplyDeleteGood sharing adik diva manis...syukur atas apa yg ada..allah maha kuasa kan...ikhlas la dgn segala aturannya...kalau ikhlas insyaallah tenang...x elok mendoakan untuk keruntuhan..sebaliknya doakan untuk kebahagiaan....
ReplyDeletemuja harap muja dalam kalangan hambaNya yang bersyukur,, amiin
ReplyDeletebetul tu jgn ambek kesempatan atas kekurangan org lain....
ReplyDeletethanks sharing farah :)
ReplyDeletebuah tembikai tu..kalo mkn time pnas2..perghh lg2 buah tu sejuk sedap ya amat ^_^
betul tu, sama2 kita muhasabah diri...
ReplyDeletefarah, bunda tak suka melon merah tu..kalu yg kuning tu suka lah..tak banyak air...hehe..
ain sangat suka kan tembikai, tapi sejak bersalin nih, tak boleh makan dah...mak cakap, kena pantang setahun...huh...
ReplyDeletepernah jugak dalam situasi ini rasanya, betapa alpa nya kita.. huu tsk tsk
ReplyDeleteerm.. betul jgk kan..kalau tembikai tu rosak, xtak nak salahkn pnjual,, dah tntu dia pun xtahu isi dlmnya.. maka semua ni kuasa Allah.. xkan nak mara Allah secara penciptanya..
ReplyDeletekita anggap itu takde rezeki......
ReplyDeletebsk lusa kita beli lagi.... mungkin lebih baik.....
Walaupun buruk mana pun tetap ada hikmah disebaliknya....hanya Dia yg maha mengetahui
ReplyDeleteNice sharing kak Farah.. moga iha sentiasa ingat entri ni.. syg akak ketat2! :)
ReplyDelete