![]() |
Source Extracted from Google |
Alangkah uniknya hidup ini. Senangnya ujian, apalagi susahnya. Sukanya adalah cubaan, apalagi dukanya. Bahagianya fitnah, apalagi sengsaranya, lebih fitnah.
Untuk sederet ujian di atas, dan juga ujian2 lainnya, setiap manusia punya lompong2 pertahanan dalam jiwanya. Bila ujian2 itu, benar2 hanya ujian kemanusiaan, mereka dalam batas2 tertentu punya instinct dan kekuatan kemanusiaan untuk bertahan.
Sebab Allah telah memberi setiap makhlukNya kekuatan untuk bertahan.
Sebab Allah tidak akan membebani manusia kecuali sebatas kemampuannya. Meskipun besar dan kecilnya, kuat dan lemahnya daya tahan seseorang, menghadapi ujian itu sendiri dipengaruhi oleh banyak perkara.
Tetapi...sederet ujian di atas, sungguh akan terasa berat...bila sampai mengganggu sisi kemusliman seseorang, menggoncang keyakinan, mengotori moral ketundukan kita kepada Allah... Lalu menjuntai dari dalam hati prasangka buruk kepada Allah...mengalir gumpalan2 kekecewaan akan takdir Allah bahawa Allah serasa tidak adil...
Lebih berat dari semuanya, adalah ketika ujian kemanusiaan telah merosak paradigma kemusliman kita. Ketika seorang muslim mulai tidak yakin dengan keyakinannya. Bangunan akidah yang menyakini bahawa Allah Maha Kuasa atas seluruh makhluk di langit dan di bumi mulai terlihat condong. Keraguan mulai merambat perlahan pada relung hatinya. Lalu dengan setengah takut mulai muncul pertanyaan. Di manakah Allah dalam keadaan ini???
Sebuah ujian adalah Takdir...
Takdir, kerana manusia dicipta untuk diuji. Manusia ada dalam kuasa Allah. Allah menciptakan manusia, lalu sesudah itu Allah memberi mereka ujian demi ujian, cubaan demi cubaan, fitnah demi fitnah.
"Maha suci Allah yang ditanganNya lah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa dia antara kamu yang lebih baik amalnya." (QS. Al-Mulk:1-2)
Ujian dalam bentuk sesuatu yang menyedihkan -- seperti kata Sayyid Qutb -- sangat mudah dijelaskan. Bahawa ia berfungsi mengenali sejauh mana daya tahan seseorang, kesabarannya atas kesusahan, kepercayaannya kepada Rabbnya, pengharapannya atas RahmatNya.
Adapun ujian, cubaan dan fitnah dalam bentuk kesenangan, justeru itu yang perlu penjelasan. Bahawa ujian dan cubaan dalam bentuk kebaikan jauh lebih mencengkam.
Betapa banyak manusia tegar menghadapi ujian yang menyedihkan, tetapi alangkah sedikit yang tetap kuat menghadapi ujian pada hal2 yang baik dan menyenangkan.
Betapa banyak yang sabar menahan sakit dan kepayahan, tetapi alangkah sedikitnya yang kuat dan sabar menghadapi ujian kesihatan dan kemampuan fizikal.
Alangkah terbatasnya yang mampu menahan beban2 ujian yang menyenangkan itu. Ujian adalah Harga.
Semakin berharga benda, semakin mahal harganya.
Sebab, seperti kata Sayyid Qutb, "Iman bukan kata2 yang di umbar. Tetapi ia adalah hakikat yang punya beban. Amanah yang punya cubaan. Perjuangan yang memerlukan kesabaran. Kesungguhan yang memerlukan rasa penanggungan. Tak cukup orang kata aku beriman. Tanpa ia menunjukkan bukti2nya...
Hingga ia mengalami ujian lalu ia tegar dan keluar dari dalamnya dengan bersih.. dan jernih hatinya. Seperti api yang membakar emas, untuk memilih bijih murninya dari karat besinya.
Credit: HERE
ujian ALLAH itu bersebab.. dan ada hikmahnye ..percaya pada ALLAH
ReplyDeleteujian Allah.. suatu kasih syg yg tdk terhingga.. menguji manusia ttg keimanan seseorg.. :)
ReplyDeleteujian itu adalah satu anugerah..
ReplyDeleteujian itu membuat kita lebih kuat..
ReplyDeleteX semua kita perfect..nobody perfect accept allah swt...kan..adik...boring la x leh bw...ada netbook lebih x? Lol..
ReplyDeleteujian itu mengajar kita erti kesyukuran
ReplyDeletekita seharusnya tabah menghadapi ujian yang tiba...tawakal...
ReplyDeleteAllah tak memberi ujian melebihi kekuatan hambanya.... InsyaAllah
ReplyDeleteSetiap kedukaan dan kemanisan itu dari Dia yang Maha Empunya ...siapalah kita nak menolak hanya yg mampu berdoa moga kita dijauhkan dengan dugaan yg berat....moga kasih sayangNya sentiasa bersama kita
ReplyDeleteSuka entri ni, sentiasa bersyukur ketika ditimpa musibah.. bersyukur tanda kita redha dan yakin bahawa Allah SWT akan menjanjikan sesuatu yang terbaik buat kita kelak.. *nasihat utk diri iha sendiri benonye :D
ReplyDeletemuhasabah diri... deqla pun mmg sedang melalui 1 ujian.. ujian dlm penantian yg penuh kesabaran...huhu... msh menanti cahaya mata... tp deqla cuba utk trs bersabar.. krn deqla tahu rezeki Allah itu ada.. dan ada hikmah atas ujian ini.. ;)
ReplyDelete