TIPS Buat Anak Lekat Di Car Seat!

TIPS BUAT ANAK LEKAT DI CAR SEAT!
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Hampir keseluruhan orang-orang di sekeliling Kak Fa memuji Firash yang mahu duduk diam di dalam car seat bila mana kami travel. Hampir keseluruhan juga membandingkan Firash dengan anak-anak mereka yang tidak mahu langsung atau tidak mahu berlama-lama duduk di dalam car seat masing-masing sehinggakan mak-mak yang travel seorang diri bersama anak-anak kecil masing-masing having such a hard time to get their kids to stay in the car seat. Punch line? Tak lahhh… Kak Fa bukan nak buat satu punch line semata-mata demi nak menyatakan yang anak Kak Fa bagus, nak duduk diam dalam car seat dan Kak Fa tak pernah ada masalah untuk buatkan dia lekat di car seat. Takkkk… Bukan tu. Jangan cepat sangat nak menilai please? Kak Fa cuma nak berkongsi TIPS buat anak lekat di car seat! Sebab selama kini dah ramai yang bertanya pada Kak Fa. Cumanya Kak Fa ni ha, yang tak menyempat-nyempat nak menaip dan memuatnaik entri ni. Kebetulan, ada sedikit ruang ni, Kak Fa cubalah berkongsi apa yang mungkin boleh digunapakai oleh mak ayah di luar sana yang menghadapi masalah anak yang tak nak lekat di car seat tu. Mana tahu ada sesuatu yang berguna kan?

Berikan Yang Terbaik

Berikan yang terbaik ni, bukan bermaksud mesti-mesti nak sediakan car seat berjenama yang mencecah ribuan ringgit segala bagai tu. Kita ni semua datang dari pelbagai latar-belakang dan status ekonomi. Jadi it’s not fair kalau Kak Fa katakan, semua mak ayah kena beli car seat yang berharga ribuan ringgit just because it is proven terbaik! Sediakan anak dengan car seat yang paling sesuai dan selesa. Sedangkan kita yang dewasa ni pun nak duduk di atas kerusi yang empuk dan sedap untuk perjalanan kita, samalah dengan anak-anak kecil. Kalau beli car seat yang bersesuaian dengan poket kita disebabkan halangan kemampuan, mungkin tak rasa cukup empuk. Therefore, letaklah kusyen atau pelapik lain supaya anak menjadi lebih selesa. Kalau ada kemampuan, tak ada masalah, belilah harga tinggi mana sekalipun. Tak ada siapa nak larang kan?  Winking smile. Untuk car seat yang ada 3 point harness ok, tapi kalau booster seat jangan lapik sebarangan. Paling penting beli yang sesuai dengan umur anak.

Mulakan Dari Kecil

Yes indeed ini sememangnya sangat-sangat betul. Kak Fa biasakan Firash dengan car seat sejak dari lahir lagi. Melentur buluh biar dari rebung. Faham yang sesetengah ibu terasa anak masih terlalu kecil untuk diletakkan di dalam car seat sejak lahir but this is what I did. Provided car seat tu sememangnya untuk new born. If possible jangan didukung atau diriba di tempat duduk hadapan. Lagi awal didedahkan dengan car seat maka kerja kita sebagai mak ayah akan jadi lebih mudah. Setiap kali tiba masa menyusukan, berhenti dan susukan bayi. Dah selesai letakkan balik dalam car seat dan sambung perjalanan.

Biasakan

Kemudian biasakan mereka dengan car seat tersebut. Biar ada sense of ownership. Nak biasakan tu adalah dengan keep on putting them in the car seat setiap kali travel. Biar anak betul-betul rasa selesa dan seronok di dalamnya. Biar dia faham yang car seat tu dia yang punya. It is meant for him/her. If naik kereta itulah tempat mereka sepatutnya. Tak boleh tempat lain. Adakan rules and KPI. Nak ikut Mommy jalan kena duduk dalam car seat! Kejam tak? Muahahaha… Rolling on the floor laughing If not tinggal!

Kelengkapan

Sediakan kelengkapan di dalam kereta. Sediakan barangan permainan atau bahan bacaan atau apa-apa sahaja termasuklah makanan untuk melekakan mereka. Bukan makanan yang boleh buatkan anak-anak tercekik ok? Common sense. Gajet pun item yang boleh melekakan mereka tapi kalau boleh elakkanlah… Kalau dah tak ada benda lain, nak tak nak bolehlah bagi gajet tu. Dah terpaksa sangat kan? – On the other part, I admit that I’ve used gadget mostly when I travel with my son. Huuuu…. Tak naklah hipokrit kan? Nyah-Nyah

Pastikan Anak Kenyang

Ini penting weiii! Pastikan anak-anak di dalam keadaan kenyang terutamanya yang masih menyusu kan?  Anak yang dah besar boleh pastikan sudah breakfast atau makan terlebih dahulu. Gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Senang kerja kita mak-mak ni ha… Bila perut anak kenyang memang lebih mudah nak handle.

Periksa Lampin Pakai Buang

Sebelum memulakan perjalanan, pastikan lampin pakai buang baru sahaja disalin atau dipakaikan. Kering itu selesa. Basah itu macam-macam yang boleh jadi. Kalau perjalanan dekat-dekat, boleh periksa lampin pakai buang anak setelah sampai ke destinasi dan sebelum memulakan perjalanan kembali. Kalau perlu disalinkan, kita salin. Kalau destinasi tu jauh, faham-faham sendirilah…kena ada pit stop. Beranak kecil ni, kalau travel memang banyak pit stop. Jadi yang tak beranak kecil, sila faham kalau-kalau kadang-kadang ibu ayah tak dapat nak tepati masa perjalanan yang dijanjikan. Huuuu….

Konsisten

Kena tegas-lah walaupun anak-anak masih bayi, masih kecil. Tak boleh hari ni duduk di car seat, esok tidak, lusa tidak, minggu depan baru pakai balik dan sebagainya. Even, pergi kedai dekat sejengkal pun, letakkan anak di dalam car seat. Maksudnya, setiap kali masuk kereta WAJIB duduk dalam car seat.

The basic thing is adalah RUTIN. MESTI dilakukan tak ada alasan. Jangan sekejap letakkan anak dalam car seat sekejap tidak. The message that we convey to them adalah we are not serious and car seat tu kalau tak duduk dalam tu pun tak apa. They will think that they have the power to negotiate with us untuk tidak menggunakan dengan melepaskan tantrum. Sorry, Kak Fa memang tak layan kalau Firash cuba threaten Kak Fa dengan tantrum dia. Duduklah dalam tu. Lama-lama dia berhenti juga menangis. Kita lebih kenal kan tangisan anak-anak kita semua? Nama pun ibu ayah.

Bila dah berjaya latih anak-anak yang mereka WAJIB duduk dalam car seat, trust me, sangat-sangat lega dan senang hati memandu ke sana ke mari tanpa gangguan. Tak payah nak ber-kung fu dengan anak weiiii…. It’s not all about getting them to sit in their car seat semata kerana nak memudahkan kerja kita tetapi yang paling penting, sebagai ibu bapa, kita telah menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab dengan memberikan keselesaan dan perlindungan yang sebaiknya untuk anak-anak masing. Kita telah mencuba dengan sebaiknya.

Take note ya? Terkini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menerusi laporan Bernama berkata kerajaan akan mewajibkan peraturan pemasangan kerusi keselamatan bayi di dalam setiap kereta persendirian pada tahun 2020. 

Rujukan Sampingan: SINI
Terimakasih telah membaca artikel TIPS Buat Anak Lekat Di Car Seat!. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

0 komentar:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.