Kesan Apabila Terlalu TEGAS Dengan Anak

KESAN APABILA TERLALU TEGAS DENGAN ANAK
Kredit: Sumber diubahsuai dari Google

In educating and bringing up Firash, Kak Fa believe dengan perkataan “firm”. Secara zahir, ramai orang tersalah sangka akan Kak Fa disebabkan Kak Fa nampak seperti terlalu memanjakan Firash. Well, what I can confess and admit, you people are totally wrong about it. Winking smile. I do admit yang Kak Fa ni sayangkan Firash to the moon to the sky and all that because he is my only one, but then, Kak Fa selalu ingatkan diri Kak Fa, kalau nak anak jadi “orang”, Kak Fa kena didik Firash dengan cara yang tegas disulami dengan kasih sayang. Kalau tak percaya… muahahaha… Rolling on the floor laughing please do ask my son teachers… They know what kind of mother I am. Kak Fa tegas tetapi Kak Fa sulam dengan kasih-sayang. Sebab Kak Fa walaupun tidak berpengalaman menjadi ibu sebelum-sebelum ini, Kak Fa tahu kesan apabila terlalu TEGAS dengan anak. Anak zaman milenia berbeza dengan anak zaman sebelumnya. Aturan asuhan dan didikannya agak berbeza sedikit. Smile.

According to Prof Dr. Muhaya on one of her posting in Facebook here, jika bapa mendidik anak dengan tegas dan ibu pula mendidik anak dengan lembut, untuk mengelakkan anak-anak naik kepala dengan ibu atau keliru dan memandang serong terhadap bapa, sesuatu perlu dilakukan. Bapa mesti memberitahu kepada anak, bukan tidak sayang anak sehingga memarahi anak, tetapi bapa cuma marahkan perangai anak. Ibu pula juga mesti menyatakan pendirian yang sama macam bapa, setuju dengan tindakan bapa, bukan mempertahankan anak dan menyalahkan suami (bapa) di hadapan anak. Setiap kali ibu atau bapa bertegas kepada anak, niatkan untuk mendidik mereka, bukan melepaskan kemarahan dan memberikan tekanan perasaan kepada anak-anak. Katakan juga kepada anak, kita ibu bapa, berniat untuk mendidik dan menegur kerana sayang akan mereka, bukan menghukum mereka. Yes, Kak Fa thinks that actually this is what we need to instill in our children self.

Kalau ibu bapa hendak memanjakan anak, dengan memberikan apa-apa sahaja permintaan anak, beritahu anak mereka berhak mendapat imbuhan itu, sebagai penghargaan kerana sikap baiknya yang menjaga hubungan dengan sesama manusia dan Allah. Maknanya anak-anak tahu dengan sebab mereka baik serta menjaga akidah, ibadah dan akhlak, mereka mendapat balasan yang baik daripada ibu bapanya. Ajar selalu kepada anak konsep hidup yang diberkati Allah SWT iaitu, “Fokus kepada akhirat, dunia datang dengan sendiri. Tetapi, jika kita mengejar duniawi, akhirat akan tercicir”. Iaitu didik anak mendahului urusan dengan Allah, supaya mendapat jaminan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Intipatinya, jika salah seorang di antara ibu atau bapa yang tegas, salah seorang lagi perlu berlembut. What’s in the case of single mother? Apa yang Kak Fa boleh katakan, single mother is super powerful sebabnya they has to be firm at one time and they has to be lots of love at certain point of time. Single mother is playing both roles dan disebabkan itu Kak Fa quote-kan yang single mother is super powerful. Winking smile. Never underestimate the power of single mother ya? Tak boleh kedua-duanya tegas. Tidak boleh terlalu tegas sebabnya bagi Kak Fa, terlalu tegas meninggalkan kesan kepada perkembangan semasa anak-anak. Such as? Such as what I’ve listed below:

Anak Terlalu Banyak Berbohong

Of course, when we as parent found out that our children is lying, kita akan rasa marah. But then again, tanya kepada diri kita sendiri seberapa kerapkah anak-anak berbohong? Seberapa kerapkah kita dapat menangkap mereka berbohong? Jika ianya kerap, then I recommended that you should rethink about the root cause of this issue. Adakah kita sebagai ibu bapa terlalu tegas sehinggakan secara tidak sengaja anak-anak berbohong untuk mengelakkan diri mereka dari dihukum?

Anda Sebagai Ibu Bapa Tidak Bertolak Ansur Dengan Kelemahan Anak

Sebagai ibu bapa, anda mungkin berasa bimbang bagaimana individu lain melihat atau menilai anak anda ketika mereka melakukan satu tindakan yang sia-sia atau menceritakan jenaka yang tidak masuk akal. Well, as long as anak-anak tidak bersikap kasar atau menyebabkan sebarang kesan yang merugikan serta mendatangkan impak yang buruk, penting untuk ibu bapa sentiasa mengingati bahawasanya mereka adalah masih kanak-kanak dan sangat penting untuk mereka menikmati detik-detik kehidupan mereka sebagai kanak-kanak. Remember, shutting them down could in turn, lead to them shutting you out. Winking smile

Melampaui Batas Di Dalam Mengugut Anak

Jika anda sentiasa menggunakan ugutan seperti “Mommy akan shut you down from everything”, “Mommy akan beri semua permainan Firash pada orang lain” dan “Mommy doesn’t love you anymore. Pergi sana (or pergi sini)”. It’s not only, anda sebagai parent cuba menanamkan rasa takut dan cemas pada anak-anak tetapi jika anda memujuk mereka kembali dengan pelukan dan kata kasih-sayang, ini sebenarnya mendidik anak-anak bahawa it is actually no harm pun, jika mereka berkelakuan tidak baik pun tidak akan ada kesan sebenar. Itu semua sekadar ugutan jer. Got it? Winking smile

Anak Anda Tidak Pernah Membawa Rakan Mereka Pulang Ke Rumah

Are you the type of parent yang selalu mengingatkan anak-anak tentang senarai peraturan yang anda miliki di rumah? Adakah anda senantiasa mengkritik anak-anak anda (mungkin tanpa sengaja) di hadapan rakan-rakan mereka?  Kalau anak-anak anda cuba berahsia dengan anda dan tidak membenarkan anda berjumpa dengan rakan-rakan mereka, well then, maybe anda perlu memikirkan semula sikap dan kaedah anda di dalam mendidik anak secara tegas.

Semua Perkara Perlu Dilakukan Dengan Cara Anda

Yang ini, Kak Fa panggil sebagai bossy and dominant. Semua perkara mesti dilakukan mengikut cara anda, tak boleh cara lain. By hook or by crook, mesti mengikut cara anda. Persoalannya? Tanya pada diri sendirilah ok? Adakah anda nak perkara tersebut dilakukan ataupun anda mahukan perkara tersebut dilakukan dengan cara anda sahaja? Sebagai contoh, jika anak anda mengambil inisiatif untuk mengemas katil mereka atau melipat pakaian mereka, tetapi anda menegur mereka kerana tidak melakukannya sepertimana anda lakukan – this will eventually melemahkan semangat mereka dan mengecewakan mereka. You know how does they feel? They have tried their best but still feel that they are being unappreciated. Ha macam tulah… parenting is not all about us and what we want or think the best of our children. It’s beyond that.

There’s no right or wrong in parenting. Semua orang ada cara masing-masing. Smile Setiap ibu bapa tidak berhak untuk judge ibu bapa yang lain. Cuma, this is what I believe… tegas tapi sayang. Bagi Kak Fa, ini yang perlu dilakukan demi kebaikan masa depan anak-anak. Sebagai orang yang paling rapat dengan anak-anak, ibu bapa perlu menjadi tegas tetapi di dalam masa yang sama bersifat penyayang terhadap anak-anak. Pengaruh ibu bapa terutamanya ibu sangat rapat dengan anak, pengaruh ibu sangat kuat di dalam mendidik anak-anak generasi milenia supaya mereka lebih berdisiplin, tahu menghormati orang yang lebih berusia, bertanggungjawab dan patuh kepada perintah ibu bapa. Nak nak lagi mendidik anak di dalam era ledakan pengaruh media sosial ni kan. Tak salah menjadi tegas, tetapi jangan terlalu tegas sehingga lain yang disasarkan, lain pula yang terjadi.
Terimakasih telah membaca artikel Kesan Apabila Terlalu TEGAS Dengan Anak. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

1 komentar:

  1. Well said Kak Fa, LZ ada juga terapkan cara-cara begitu pada anak dan memang diakui ada perangai yang LZ tak expect berlaku.. Nampaknya LZ kena tengok dari root cause seperti Kak Fa nyatakan..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.