Home » , , , , , , , , , » Kita Ni Hidup Bermasyarakat–Ada Anak HFMD Tolong Kuarantin Ya?

Kita Ni Hidup Bermasyarakat–Ada Anak HFMD Tolong Kuarantin Ya?

KITA NI HIDUP BERMASYARAKAT - ANAK ANAK HFMD TOLONG KUARANTIN YA
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Kita Ni Hidup Bermasyarakat - Ada Anak HFMD Tolong Kuarantin Ya
Kredit: Sumber dari SINI

Nampak tak? Nampak tak statistik sehingga 18 Julai 2018 yang dikongsikan melalui pautan di SINI menerusi artikel Kenyataan Akhbar KPK 19 Julai 2018 – Situasi Semasa Kejadian Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di Malaysia. Mula-mula Kak Fa nampak statistik dari seorang kawan blogger yang berkongsi melalui status What’s App beliau. Selepas tu Kak Fa cari statistik ni sampai dapat melalui enjin carian Google yang membawa Kak Fa kepada pautan yang berkenaan. Dah kira-kira macam alert threshold dah ni. Even di school Firash pun dah dua orang kot setakat ni yang dikuarantin disebabkan oleh HFMD. Bukan Kak Fa menaip entri ni dengan tujuan nak mengecam mana-mana ibu bapa atau pihak, tak ada langsung, tapi sebagai salah seorang ibu, Kak Fa pun sama juga dengan ibu bapa lain di luar sana, minta dijauhkan HFMD dari menjangkiti anak sendiri. Bukan senang untuk menjaga anak HFMD dan bahaya kot? Yang sudah melalui sahaja yang mengetahui macam mana kan? Yang tak lalu ni tak boleh cakap lebih-lebih sebab tak tahu keadaan sebenarnnya bagaimana menjaga anak yang dijangkiti HFMD. Cumanya, agak terkilan juga bila dapat tahu, ada segelintir ibu bapa yang mempunyai anak yang dijangkiti HFMD masih tak peka dengan community sense of responsibility. Masih bawa anak-anak yang dijangkiti HFMD keluar dari rumah ke tempat awam. Sad smile. Kak Fa cuma nak minta satu… kita ni hidup bermasyarakat – ada anak HFMD tolong kuarantin ya? Bukan suruh asingkan anak-anak tu selama-lamanya dari masyarakat, cuma buat sementera waktu jer sehingga betul-betul bebas HFMD.

Kita pun tak nak lah jadi penyumbang kepada penularan HFMD di Malaysia kan? Yang kita semua mahukan sebagai ibu bapa dan masyarakat supaya wabak ini cepat hilang. Supaya Malaysia ni bebas HFMD. Bukannya kita biarkan sahaja makin hari makin merebak. Sad smile. Semua orang sayangkan anak-anak. Siapa tak sayang anak oiii… Betul tak? Sedih bila dapat tahu yang masih ada sesetengah mak ayah masih membawa anak-anak yang tidak sihat berjalan-jalan di tempat awam. Ditambah pula dengan kebersihan tempat awam yang tidak terjaga. Walaupun ruam pada anak yang dijangkiti virus HFMD sudah kering, tidak bermakna mak ayah boleh membawa anak keluar rumah untuk berjalan-jalan. Tolonglah faham… Belum lagi! Anak anda masih perlu dikuarantinkan kerana risiko HFMD untuk berjangkit kepada orang lain boleh berlaku.

Menurut perkongsian melalui artikel di SINI penyakit ini bukanlah seperti yang terjadi kepada haiwan. Penyakit ini adalah disebabkan oleh virus. Virus ini disebarkan melalui cecair cecair yang tersebar di udara dan di mana-mana sahaja cecair ini ada. Contoh paling mudah adalah begini:

A menghidap jangkitan (batuk, selsema) yang dijangkiti virus Coxsackie A16.  A batuk-batuk tanpa menutup mulut. Cecair dari hasil batuk A telah tersebar kepada B semasa mereka sedang bermain bersama dan cecair tersebut juga melekat kepada permainan yang mereka main serta lantai yang mereka pijak. Akibatnya, B tersentuh permainan yang mereka main bersama-sama serta terpijak lantai tersebut menyebabkan B juga turut mendapat virus itu secara tidak langsung.

A dan B mula ditumbuhi ruam dengan lepuh (rashes with blisters) dan C datang bermain sekali. Cecair di tangan B terkena kepada C menyebabkan C juga terjangkit sama.

Bahayanya: 1 Pesakit HFMD, Boleh Menjangkiti 5 Bakal Pesakit

  • 1 pesakit HFMD boleh menjangkiti sekurang-kurangnya 5 orang pesakit yang lain.
  • HFMD biasa berlaku kepada kanak-kanak yang berusia 5 tahun ke bawah.
  • Orang dewasa juga boleh mendapat penyakit ini namun jarang berlaku.
  • Jika berlaku kepada wanita mengandung, In Shaa Allah ianya tidak menjangkiti janin di dalam kandungan. Namun, dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.
  • Penyakit ini akan pulih sendiri. Badan manusia akan membentuk antibodi untuk melawan virus ini. Biasanya penyakit ini mengambil masa 7 sehingga 10 hari untuk pulih sepenuhnya.

Yang terjadi di dalam Malaysia ni sekarang, ada segelintir ibu bapa yang masih membawa anak-anak yang tidak sihat ke tempat awam dan tahap kebersihan di beberapa tempat awam serta sekolah atau taska atau rumah pengasuh atau rumah sendiri yang tidak terjaga. Nak beritahu ni – virus ini tidak akan mati hanya dengan sanitizer menggunakan ethanol atau sabun biasa (tak kiralah jenama apa sekalipun). Seelok-eloknya basmi kuman tersebut dengan campuran air suam panas dengan Clorox.

1. Untuk lantai/tandas/permukaan alatan, boleh larutkan 200ml Clorox dengan 20 liter air. Kekuatan campuran adalah 0.05%.
2. Untuk baju/permainan/pinggan mangkuk, larutkan 20 liter air suam panas dengan 40ml Clorox. Kekuatan campuran adalah 0.01%.

Untuk mak-mak minyak macam Kak Fa ni, kawan baik adalah semestinya barisan essential oils sebagai bantuan sokongan tambahan. Memang kena rajin-rajin diffuse Thieves untuk membersihkan udara di dalam rumah dan juga kereta. Untuk musim HFMD ni, Kak Fa terus-terang cakap yang Kak Fa tak berani nak ambil risiko untuk bawa Firash keluar ke mana-mana selain urusan sekolah dan mengaji. Memang Kak Fa terhadkan Firash dari ke pasar raya ke? mana ke? Walaupun dia tak dijangkiti (In Shaa Allah, moga-moga terus dilindungi oleh Allah SWT) tetapi Kak Fa tak nak bagi dia terdedah kepada risiko dijangkiti. Troli pasar raya pun boleh jadi punca ok? Tolong ya mak ayah semua, jangan bawa anak yang tidak sihat keluar dari rumah. Kak Fa pohon sangat-sangat. HFMD boleh dikurangkan penularannya. Cuma apa yang semua dari kita perlukan adalah mak ayah yang bertanggungjawab untuk tidak membawa anak-anak yang tidak sihat ke sekolah/taska/rumah pengasuh atau ke tempat awam (kedai makan, shopping mall, taman permainan, pasar malam).
Terimakasih telah membaca artikel Kita Ni Hidup Bermasyarakat–Ada Anak HFMD Tolong Kuarantin Ya?. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

1 komentar:

  1. Betul tu.. mak ayah kena main peranan. Jangan pentingkan diri sendiri.
    dua orang anak saya baru2 ni kena hfmd. nasib baik tak teruk sgt. tak sampai kena ulser dlm mulut. Alhamdulillah, dlm seminggu dh baik..

    Tips Atasi Masalah Kulit Wajah Breakout Teruk

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.