TIPS Tangani Kena PAU Atau TAG Dengan Anak Untuk Elakkan Pembaziran

Farah Waheda Wahid
0
TIPS TANGANI KENA PAU ATAU TAG DENGAN ANAK UNTUK ELAK PEMBAZIRAN
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Bila dengan mak-mak, kebarangkalian untuk anak-anak tunjuk perangai, membuli dan mengada-ngada tu memang tinggi. Kak Fa tak kata semua sebab ada juga mak-mak yang tak makan dengan pujuk rayu anak-anak, tetapi dalam 10, sekurang-kurangnya 8 dari anak-anak memang tak takut dengan mak-mak atau berani untuk berkelakuan sebegini dengan mak-mak. Bila di kedai atau pergi ke kedai, selalunya memang ada jerlah jajan ataupun apa-apa lah yang anak-anak pau atau tag mak-mak. Ahaksss… Nyah-Nyah Dengan ayah-ayah, kebiasaannya anak-anak ni tak berapa nak berani sangat nak minta itu nak minta ini. Tapi… Bila dengan mak-mak… Kadang-kadang tu selagi tak dapat selagi tu lah anak-anak akan ulang dan ulang dan ulang untuk minta dibelikan sehingga dapat. Tu kira ok… Kalau dia berdiri tegak jer depan display rack tak nak bergerak-gerak selagi tak dibelikan? Memang boleh blank dekat situ juga. Yang itu pattern Firash lah tu. Huuu… Crying face. Syukurlah sekurang-kurangnya dia bukan jenis yang berguling-guling di atas lantai ataupun menangis sambil menghentak-hentak display rack. If not… Alahaiii anak…. Tak tentu juga kan? We will never know jenis retaliation anak-anak ni… Unexpected and unpredictable. Pening tak kepala? Pening kan bila jadi macam ni? Ha ha ha… Open-mouthed smile Meh sini meh… Nak kongsi sikit TIPS Tangani Kena PAU Atau TAG Dengan Anak Untuk Elakkan Pembaziran.

Kadang-kadang orang kata – janganlah kedekut dengan anak tu. Anak tu yang bawa rezeki. Kerja penat-penat siang malam untuk siapa? Untuk anak kan? Ya… Ya… Ya… Kami mak-mak tahu tu. Tapi kalau dah jatuh tahap pembaziran? Takkan nak di iya kan sahaja ya tak? Tau tak apa perasaan mak-mak ni bila anak-anak minta sesuatu di kedai yang akhirnya membawa kepada pembaziran? Daripada membazir membeli barang-barang yang tak berfaedah ataupun tak digunakan pun kemudiannya, eloklah duit tu digunakan untuk beli ikan ke? sayur ke? ayam ke? daging ke? Dapat juga semua orang makan. Elok jugalah kalau duit tu digunakan untuk mengisi petrol kenderaan ke. Haaa… Macam tu tau tak yang mak-mak rasa. Errr… Ya ke? Tapi tulah yang Kak Fa rasa. Setiap kali bila Firash nak spend untuk barang-barang yang membawa kepada pembaziran.

TIPS TANGANI KENA PAU ATAU TAG DENGAN ANAK UNTUK ELAK PEMBAZIRAN

Contoh? Barang-barang yang membawa kepada pembaziran? Toys yang terdapat di kedai-kedai runcit, kedai-kedai serbaneka, pasar raya, shopping mall. Kadang-kadang barang-barang permainan tu dah ada dah pun di rumah. Berlambak-lambak dah pun. Nanti kalau beli juga, mainnya sekejap, sepahnya lebih, sudahnya terbiar macam tu jer. Tak ke kira pembaziran? Eeee… Kadang-kadang geram jer tau tak? Ha ha ha… Open-mouthed smile Rasa nak gigit-gigit jer pipi Firash tu. Bila dikumpul-kumpul memang lebih dari 3 kotak besar. Just imagine? Tapi, tak semualah yang Kak Fa beli. Ada tu hasil pemberian dari blog. Kak Fa ni seorang yang sangat jarang nak belikan Firash permainan kecuali kalau Kak Fa rasa Kak Fa nak reward dia ataupun Kak Fa rasa Kak Fa nak belikan. Other than that memang payah. Susahlah Kak Fa ni nak belikan Firash permainan. Cuma tulah, mungkin rezeki dia bila kerap dapat hasil pemberian dari aktiviti blog Kak Fa. Syukur Alhamdulillah. Cuma kadang-kadang tu, Kak Fa rasa Kak Fa nak jual preloved jer semua-semua tu. Uhuksss… Cuma tak boleh lagi… Sebab kadang-kadang dia akan cari balik semua permainan-permainan tu. Yang ada duplicate, yes, Kak Fa dah selamat jual dah pun dekat Shopee. Ha ha ha… Nyah-Nyah. Tanpa disedari. Kalau sedar tu, memang berantakan lah…

Contoh? Barang-barang yang unhealthy. Telur yang tidak pernah menetas yang berharga dari RM 4.00 sehingga RM 5.00 tu ataupun gula-gula yang berbentuk Marshmallow yang dijual dalam paket-paket kecil yang sudahnya dibuat main bukan dimakan. Huuuu… Stress Mommy! Crying face. Korang kalau rasa coklat yang ada di dalam telur tu… Manis sangat-sangat ok? Tak bagus untuk kesihatan anak-anak. Boleh rosakkan gigi, boleh akibatkan sugar rush. Kak Fa tak suka tau. Kalau boleh elak, Kak Fa elakkan. Jadi membazirnya… Bila dia nak beli juga, Kak Fa akan elakkan sebaik mungkin dari dia makan coklat tu. I is sangat menjaga kesihatan gigi anak I dan juga I is sangat particular about sugar rush. Because only me knows how active my son is. Aduhaiii…. Kena sugar rush… Bertambah-tambah lagilah dia punya aktif tu.

So? Macam mana nak elak dari kena pau atau tag dengan anak-anak yang sibuk nak spend jer bila ke kedai ni? Ni Kak Fa senaraikan satu-satu apa yang Kak Fa buat untuk mengawal keadaan. Mungkin tidak sebagus atau tidak seperti cara anda mengawal tetapi inilah yang Kak Fa lakukan:

Pergi Ke Kedai Tanpa Anak

This has always been my first choice. Kak Fa akan curi masa untuk ke kedai tanpa Firash. Contohnya lah kan? Sewaktu hari cuti ataupun sewaktu hujung minggu, Kak Fa akan pergi ke kedai ketika Firash masih lagi tidur. Hari bekerja, Kak Fa akan ke kedai ketika dia berada di tadika ataupun ketika Kak Fa balik dari pejabat. Kena, tak boleh tidak. Smile Senyum sendiri bila memikirkan sedikit sebanyak cara ni sebenarnya dapat membantu ke arah penjimatan duit poket. Tahan lama sikit duit poket Mommy Firash ni. Ha ha ha… Open-mouthed smile Kalau tak, berpeluh-peluh dinginlah memikirkan macam mana nak memusingkan expenses tu ha. Sebab dah kena pau atau tag. If teringat muka kesian anak yang mengharap sesuatu dibelikan, Kak Fa belikanlah sedikit barang-barang makanan yang dia suka makan. It’s better like that rather than sekali masuk kedai dia bantai ambil dua Hot Wheels Car that cost nearly to RM 20.00. Pengsan Mommy tau tak?

Beri Alasan Dan Cuba Berkompromi

Bila dah semakin membesar, memang anak-anak ni semakin panjang akal. Kalau tak boleh A, dia minta B, kalau tak boleh B dia akan pusing C. That is my son. Huuu… Pandai dah pusing-pusing cakap sampailah Mommy agree. Contohnya… “Moms… Yash nak pergi 7-Eleven”… Mak dia pula jawab nanti… Dia jawab balik… “Pergi school dulu, nanti pergi 7-Eleven”. Tau tak? Kak Fa ni ya kan ajer sebab tak nak dia buat perangai sewaktu nak ke sekolah. Kena pula sekolah betul-betul atas 7-Eleven. Ha ha ha… Open-mouthed smile. Balik school Mommy dah selamat dah… Sebab balik naik school transportation. Jadi dengan harapan dia akan lupa. Perkara ni akan berulang-ulang setiap pagi. Tapi hati kena kering dan telinga kena tahan. Kena pandai main peranan juga untuk ambil hati si anak. Ha ha ha… Silap langkah, silap cakap kalu… Memang ribut jadinya. Tak boleh silap sedikit ya… Hati-hati. Anak-anak zaman sekarang ni bijak ya ampun. Kadang-kadang akalnya tu melebih kita.

If ever happen, so called one day Kak Fa yang ambil dia dari school ataupun dari additional classes dia… Sewaktu dalam perjalanan balik dia akan request sama ada nak singgah 7-Eleven, Mydin ataupun Speedmart… Kak Fa beri alasan yang duit tertinggal di rumah. Kena ambil duit dari rumah dulu. Yaaaa… Kira menipu anak, tapi menipu sunat lah… Mak ni nak didik anak. Jangan suka-suka nak kecam please. Ha ha ha… Nyah-Nyah. Nak didik anak yang tak semua yang dia nak dia boleh dapat. Tak semua yang dia request akan dipenuhi. Siapa nak anak jadi tuan… Ikutlah sangat kehendak anak. Kak Fa tak nak… Payah bila anak menjadi tuan ni kawan-kawan oiii… Susahnya nanti kita yang seksa. Seksa perasaan, seksa poket. Kita tak nak kan benda-benda macam ni berlaku? Kadang-kadang taktik ni berjaya… Kadang-kadang taktik ni mengundang… Mengundang pada disaster… Contohnya… Boleh tengok paparan video yang pernah Kak Fa muat naik di Laman Instagram Kak Fa di bawah ni ha… Huuuu…. Nak tak nak you have to deal with it lah…




Macam tulah yang Kak Fa lakukan at this moment of point of time. Sebenarnya secara perlahan-lahan Kak Fa sedang inject pada Firash. If you request all those sorts of things… Memang Kak Fa susah nak layan dan tak berapa nak layan. I want him to understand that fact. Tapi! Pointing up Kalau dia request buku? Yes… Tanpa soal jawab yang banyak, Mommy akan belikan. Tak ada duit pun Mommy akan usaha untuk belikan. As he is now moving to another phase of life… Kalau ikut tahun, tahun 2019 dah 6 years dah. Jadi cara hidup pun dah mula kena berubah sikit-sikit dari sekarang. Kak Fa tak nak dia terkejut dengan perubahan mendadak. Slowly I’m pulling the strings… Slowly Kak Fa cuba biasakan dia.

Cara kita didik anak ni, ikut masing-masing. Tak semestinya cara Kak Fa ni sama dengan cara ibu bapa lain. Tak semestinya cara ibu bapa lain sama dengan Kak Fa. There is no right or wrong in parenting. Kita mold anak-anak mengikut acuan kita sendiri bukannya acuan orang lain ya tak? Sebab hanya kita yang faham dan kita yang tahu sifat dan sikap anak-anak kita masing-masing. Hanya kita yang tahu kebolehan serta kelemahan anak-anak kita masing-masing selain dari guru-guru di sekolah mereka. Ada perkara yang guru-guru faham kita tak faham. Ada perkara yang kita faham, guru-guru tak faham. As I said, there really is no right or wrong in parenting, unless you are looking through judgemental eyes of someone who prefers to do things differently. Winking smile

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !