Home » , , , , , , , » Bercita-cita Tinggi Untuk Kebijaksanaan Bersama DUTCH LADY

Bercita-cita Tinggi Untuk Kebijaksanaan Bersama DUTCH LADY

Bercita-cita Tinggi Untuk Kebijaksanaan Bersama DUTCH LADY (4)

Nak kepoh sikit… Winking smile Khusus untuk mak-mak dan ayah-ayah yang memilih DUTCH LADY sebagai susu tepung rumusan untuk anak-anak dan juga buat mak-mak dan ayah-ayah yang tengah look see look see DUTCH LADY as an option untuk rutin susu harian anak-anak masing-masing. Tak perlu fikir sekali, tak perlu fikir dua kali, tak perlu fikir berkali-kali. Mak ayah pilihlah Dutch Lady sebagai susu tepung rumusan untuk anak-anak kecil anda. Bercita-cita tinggi untuk kebijaksanaan bersama DUTCH LADY. Ecewahh dah macam berkempen untuk pilihan raya pula dah Kak Fa kan? Tapi serius ni. Ada sebab Kak Fa sarankan mak ayah di luar sana tu pilih DUTCH LADY ya? Bukan Kak Fa rekomendasi atas sebab-sebab tersembunyi or what so not ok? Sebab kalau anda tanya Kak Fa, nak pilih susu tepung rumusan yang mana untuk anak-anak anda pun, pilihan yang Kak Fa akan sarankan secara peribadi sememangnya DUTCH LADY (read: tertakluk kepada kondisi semasa anak ok? sebab ada di antara kanak-kanak di bawah konsumsi susu tepung rumusan tertentu untuk kondisi tertentu, itu Kak Fa faham dan semua orang patut faham. Contohnya macam Lactose Intolerant ke? alahan ke?).

Dengan harga mampu milik dan berpatutan, DUTCH LADY adalah merupakan jenama susu tepung rumusan kanak-kanak No.11 di Malaysia yang menawarkan rumusan DHA tertinggi2 bagi menyokong perkembangan kanak-kanak, di mana ianya memberikan tahap nutrisi yang lebih tinggi untuk kanak-kanak. Pembaharuan? Dutch Lady Malaysia kini menawarkan tahap DHA (asid docosahexaenoic) tertinggi2 di dalam susu tepung rumusan kanak-kanak yang berumur di antara 1 sehingga 3 tahun di dalam pek baru. Baru jer pun diperkenalkan dalam few weeks back di Menara Kuala Lumpur.

Yang Kak Fa observe dari dulu sampai sekarang, Dutch Lady memang konsisten di dalam membuat penambahbaikan terhadap produk mereka. Ini juga diakui oleh Encik Tarang Gupta, Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia di mana beliau berkata:

Bercita-cita Tinggi Untuk Kebijaksanaan Bersama DUTCH LADY (2)
Syarikat ini sentiasa membuat penambahbaikan terhadap produk dan bertanggungjawab membentuk kategori pasaran susu tepung rumusan untuk kanak-kanak di Malaysia.

Sejak diasaskan di Malaysia lebih 55 tahun yang lalu, syarikat kami berkomited untuk membekalkan nutrisi menerusi produk tenusu yang dipercayai. Seiring itu, kami telah berjaya membawakan beberapa kemajuan di dalam kategori nutrisi kanak-kanak. Malah, kami yang mula-mula memperkenalkan susu tepung rumusan kanak-kanak kepada para ibu di Malaysia pada 1988. Kami juga merupakan yang pertama di dalam memperkenalkan rumusan 0% sukrosa atau kurang sukrosa di dalam produk kami pada 2012 bagi menangani kebimbangan terhadap penyakit tidak berjangkit (non-communicable diseases; iaitu NCD) di Malaysia.

Hari ini, kami amat bangga kerana mengecapi pencapaian baru dalam kategori susu tepung rumusan untuk kanak-kanak dengan kandungan DHA tertinggi di dalam setiap gelas susu Dutch Lady 123. Kami menyedari bahawa tahun-tahun awal kanak-kanak merupakan tempoh perkembangan kognitif, emosi dan sosial yang penting; dan ramai ibu bapa memahami kepentingan asid docosahexaenoic atau DHA sebagai nutrien yang menyokong perkembangan kanak-kanak. Dutch Lady 123 juga mengandungi kandungan nutrien yang lebih tinggi3 untuk protein, vitamin D3, vitamin C (dan lebih lagi) yang penting buat kanak-kanak yang sedang membesar.

Ashlee Ng, Pengarah Pemasaran Dutch Lady Malaysia menjelaskan kepentingan untuk mempunyai kandungan DHA yang tinggi di dalam susu kanak-kanak:

Bercita-cita Tinggi Untuk Kebijaksanaan Bersama DUTCH LADY (1)

60% daripada otak kanak-kanak terdiri daripada lemak dan salah satu jenis lemak paling penting adalah DHA atau asid docosahexaenoic4 yang membantu perkembangan otak kanak-kanak. DHA adalah seperti blok bangunan untuk otak dan kepentingannya lebih jelas untuk kanak-kanak, kerana otak mereka berkembang dengan pesat.

Bagi kanak-kanak yang berumur satu hingga lima tahun5, otak mereka berkembang pesat sehingga 90%. Kajian menunjukkan bahawa peningkatan pengambilan DHA memberi manfaat kepada keupayaan kognitif atau proses pemikiran, tingkah laku6 dan tahap fokus7 kanak-kanak. Oleh itu adalah penting bagi ibu bapa untuk menyediakan DHA dalam diet harian kanak-kanak untuk menyokong perkembangan otak mereka.

Walaupun DHA banyak dalam ikan berlemak, ia mungkin tidak mudah didapati atau ditambah dalam diet anak anda setiap hari untuk memastikan DHA diserap dalam sistem kanak-kanak dengan sepenuhnya. Namun, ini bukan masalah bagi susu rumusan yang biasanya diminum setiap hari oleh kanak-kanak Malaysia, terutamanya yang berumur antara 1 hingga 3 tahun.

Susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady juga mengandungi protein dan 20 jenis vitamin dan pelbagai mineral. Selain itu, rumusan ini mempunyai ‘0% sukrosa atau kurang sukrosa’, bagi membantu mengekalkan berat badan yang sihat.

Dengan setiap ringgit yang dibelanjakan oleh para ibu Malaysia untuk mendapatkan Dutch Lady 123, bukan sahaja mereka mendapat tahap DHA tertinggi2, tetapi juga nilai nutrien yang lebih tinggi3 - contohnya, lebih kurang 44% lebih protein, 70% lebih vitamin D3, 150% lebih vitamin C dan lebih banyak lagi berbanding produk jenama lain dalam lingkungan harga yang sama. Kami berharap dapat memberikan nilai terbaik kepada para pengguna Dutch Lady

Bersetuju bahawa DHA membantu membina asas perkembangan otak seseorang kanak-kanak berumur satu hingga lima, Dr. Yong Junina, dijemput sebagai tetamu khas untuk berkongsi kepada ibu bapa cara-cara untuk merangsangkan perkembangan kognitif anak. Perunding pediatrik dan pakar kardiologi pediatrik yang juga menjalankan penilaian perkembangan menggunakan Skala Perkembangan Mental Griffith, menggalakkan ibu bapa untuk memupuk kebijaksanaan anak melalui permainan blok binaan, yang membolehkan kanak-kanak meluaskan daya imaginasi mereka dan membina atau mencipta tanpa sebarang sekatan. Mereka juga dapat menggunakan kemahiran memadan, mengira dan mengasing.

“Lebih baik lagi sekiranya ibu bapa juga boleh menyertai anak-anak dan menggabungkan sesi membina blok dengan waktu untuk bercerita. Aktiviti sebegini akan memacu kreativiti dan daya pemikiran mencapah serta kemahiran sosial dan bahasa,” kata Dr. Junina.

Scha Alyahya dan Lara Alana, pasangan selebriti ibu dan anak, juga sebagai duta jenama bagi susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady turut hadir sewaktu pelancaran.

Bercita-cita Tinggi Untuk Kebijaksanaan Bersama DUTCH LADY (3)

Selain memastikan Lara mendapat nutrisi yang secukupnya, Scha juga sering menggunakan blok binaan untuk berinteraksi dengan Lara bagi menggalakkan kreativiti anak kesayangannya. “Lara gemar membina kota dan kemudiannya akan bercerita tentang putera dan puteri yang tinggal di dalam kota tersebut serta pengembaraan yang dilalui mereka. Dia sangat pandai bercerita dan saya terpegun dengan daya imaginasi yang dimilikinya!” tambah Scha lagi.

Besarkanlah anak yang bijak dan sihat hari ini dengan nutrisi yang berkhasiat daripada Dutch Lady! Dutch Lady 123, Dutch Lady 456 dan Dutch Lady 6+ dengan 5X DHA8 boleh didapati di semua pasar raya besar dan kedai-kedai di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, layari www.smartmoments.com.my.

1. Berdasarkan Audit Runcit untuk 12 bulan berakhir Mac 2018 di Semenanjung Malaysia (Hak Cipta Terpelihara © 2018, The Nielsen Company (M) Sdn Bhd) bagi kategori produk susu tepung rumusan untuk kanak-kanak.
2.Tahap DHA untuk setiap hidangan bagi DL 123 Biasa & Madu berbanding susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang lain (1-3 tahun) dalam lingkungan harga yang sama (Mass category; GUM1+).
3. Perbandingan Dutch Lady 123 Biasa dengan jenama susu tepung rumusan untuk kanak-kanak (1-3 tahun) yang lain dalam lingkungan harga yang sama.
4. Chang C.Y, Ke D.S, & Chen J.Y. Essential fatty acids and human brain. Acta Neurol Taiwan. 2009 Dec; 18(4):231-41. Retrieved September 5, 2017, from https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20329590.

Terimakasih telah membaca artikel Bercita-cita Tinggi Untuk Kebijaksanaan Bersama DUTCH LADY. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

1 komentar:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.