Inovasi Kuasa OAT Dengan Aveeno® Dan Aveeno Baby®!

Farah Waheda Wahid
0

OAT memang sangat-sangat berkuasa… Sama ada untuk diet sihat mahupun kecantikan ya tak? Smile. Terbaru? Terbaru ni ok? Terbaru… Akhirnya warga seluruh Malaysia dapat menikmati sentuhan berkhasiat Aveeno®! Dengan adanya Aveeno® iaitu jenama yang paling dipercayai kerana menggunakan ramuan semulajadi dan Aveeno Baby® iaitu jenama no.1 yang dipercayai oleh pakar pediatrik A.S.* kerana menggunakan ramuan semulajadi, anda sekeluarga kini berpeluang untuk menikmati kecantikan semulajadi dan kesejahteraan hidup seadanya. Winking smile Inilah dikatakan sebagai inovasi kuasa OAT dengan Aveeno® dan Aveeno Baby®! Baca seperenggan tak memberi makna apa-apa. Sila habiskan pembacaan sehingga ke perenggan yang terakhir entri Kak Fa pada kali ini.

Semenjak 1945, kisah Aveeno® berkisra tentang penemuan dan juga semangat jenama ini. Rahsia alam semulajadi yang ditemui menerusi kemajuan sains, jenama ini menemui cara untuk memelihara dan mengubah kulit supaya menjadi lebih sihat dan lebih cantik secara semulajadi. Diasaskan oleh pasangan adik-beradik pencipta dan dermawan Albert dan Sidney Musher, nama jenama Aveeno® diilhamkan daripada Avena Sativa iaitu perkataan Latin untuk OAT. Bahan utama di dalam rangkaian produk Aveeno®.

Aveeno® percaya bahawa OAT mempunyai kebolehan untuk melegakan, memulihkan dan juga mengubah, membolehkan wanita di seluruh dunia menyedari potensi kecantikan semulajadi mereka dan membolehkan mereka menjalani kehidupan indah secara semulajadi dengan sepenuhnya.

Menurut Julia Teo, Ketua Jenama dan Perluasan Pembeli Johnson & Johnson Malaysia, pengenalana Aveeno® dan Aveeno Baby® ke pasaran Malaysia merupakan usaha syarikat untuk memenuhi permintaan pengguna untuk produk penjagaan kulit dengan ramuan semulajadi.

Kesedaran dan daya tarikan untuk produk penjagaan kulit berasaskan ramuan semulajadi kini semakin menyerlah berbanding dahulu. Namun bukan mudah untuk mencari produk yang bersesuaian untuk kegunaan kulit sensitif. Dengan adanya Aveeno® dan Aveeno Baby®, kami yakin bahawa permintaan pasaran akan dapat dipenuhi dan rakyat Malaysia akan dapat menikmati rutin harian penjagaan kulit mereka dengan produk kami, bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi juga anak-anak mereka.”

ACTIVE NATURALS – Ramuan Daripada Sumber Semulajadi Yang Memberikan Kebaikan Sebenar!

Ciri paling unik Aveeno® adalah ramuan ACTIVE NATURALS di mana hanya ramuan semulajadi bermutu tinggi yang ditanam di dalam persekitaran yang sempurna dipilih dan dirumuskan dengan kemajuan sains untuk memberikan kulit anda kebaikan yang sebenar. Dalam usaha untuk merapatkan jurang dari segi kesihatan dan kecantikan, Aveeno® bangga menggunakan ramuan yang diperoleh daripada alam semulajadi untuk mencapai hasil yang diingini. Setiap pengalaman dengan Aveeno® adalah satu kenikmatan yang baik untuk kulit dan juga deria. Ia adalah produk tanpa wangian dan gabungan formula yang lembut untuk kulit.

Fungsi Kulit Dan Kebaikan OAT Untuk Kulit Anda

Kulit merupakan organ tubuh manusia yang terbesar dan juga yang paling cepat tumbuh. Ia memberikan perlindungan semulajadi di antara diri kita dan alam sekitar untuk melindungi badan kita daripada jangkitan, patogen, serta radiasi UV yang berbahaya. Ia juga penting di dalam mengekalkan homeostasis, membantu mengehadkan cecair dan mencegah kehilangan kelembapan. Oleh itu, mengoptimumkan tahap kelembapan kulit adalah kunci untuk kulit yang sihat dan berseri secara semulajadi. Berkaitan dengan sejarah yang panjang untuk kegunaan di dalam penjagaan kulit, OAT memberikan pelbagai kebaikan untuk semua jenis kulit, terutamanya kulit yang kering, rengsa dan gatal. Produk ini juga selamat untuk kulit bayi yang lembut. Mujurlah dengan adanya ACTIVE NATURALS, rumusan Triple Oat yang boleh didapati di dalam produk-produk Aveeno®, menggabungkan tiga ramuan yang unik tersendirinya untuk memberikan sehingga 9x kuasa antioksida**:

Minyak Oat

Mengukuhkan lapisan kelembapan semulajadi kulit.

Avenanthramides

Melegakan dan meredakan rengsa kulit.

Colloidal Oatmeal

Mengekalkan kelembapan.

Produk Aveeno® Yang Boleh Didapati Di Malaysia

Kegunaan Harian

Aveeno Daily Moisturizing Body Wash 354ml
Aveeno® Daily Moisturizing Body Wash (354ml, RM 40.47)

Aveeno Daily Moisturizing Lotion 354ml
Aveeno® Daily Moisturizing Lotion (354ml, RM44.25)

Aveeno Active Naturals Daily Moisturizing Lotion Sheer Hydration
Aveeno® Daily Moisturizing Sheer Hydration Lotion (350ml, RM52.74)

Penjagaan Istimewa

Aveeno Active Naturals Skin Relief Body Wash354ml
Aveeno® Skin Relief Body Wash (354ml, RM45.19) *TANPA PEWANGI*

Aveeno Skin Relief Moisturizing Lotion 354ml
Aveeno® Skin Relief Moisturizing Lotion (354ml, RM52.74) *TANPA PEWANGI*


Aveeno Baby®: Hasil Kasih Sayang Oleh Ibu Untuk Ibu.


Tahap keprihatinan yang sama diberikan kepada produk Aveeno Baby® – yang turut dirumuskan dengan ACTIVE NATURALS Oats, diadunkan dengan ramuan pelembapan yang kaya untuk membantu melindungi kulit bayi yang halus, termasuk bayi baru lahir. Aveeno Baby® menyediakan produk untuk kegunaan harian dan penjagaan istimewa turut memenuhi keperluan produk penjagaan badan yang selamat dengan ramuan semula jadi untuk mencegah kulit gatal, kering atau merengsa daripada berulang.

Terbukti secara klinikal untuk melembapkan dan melegakan kulit bayi yang kering sepanjang 24 jam, rangkaian Soothing Relief adalah tanpa sabun, tanpa pewangi serta hypoallergenic. Rangkaian Dermexa membantu melegakan simptom kulit yang kering, gatal dan merengsa sambil menguatkan keupayaan semula jadi kulit untuk melindungi daripada kehilangan kelembapan. Ia juga tidak mengandungi steroid, tanpa pewangi dan diuji untuk alahan.

Produk Aveeno Baby® Yang  Boleh Didapati di Malaysia

Kegunaan Harian

Aveeno Baby Lightly Scented Wash & Shampoo
Aveeno Baby® Wash & Shampoo (354ml, RM49.91)

Aveeno Baby Daily Moisture Lotion
Aveeno Baby® Daily Moisture Lotion (227ml, RM41.42)

Penjagaan Istimewa


Aveeno Baby Soothing Relief Creamy Wash
Aveeno Baby® Soothing Relief Creamy Wash (236ml, RM49.91) *TANPA PEWANGI*

Aveeno Baby Soothing Relief Moisturizing Cream
Aveeno Baby® Soothing Relief Moisture Cream (141ml, RM41.42) *TANPA PEWANGI*

Aveeno Baby Dermexa Moisturizing Wash
Aveeno Baby® Dermexa Moisturizing Wash (236ml, RM65.00) *TANPA PEWANGI*

Aveeno Baby Dermexa Moisturising Cream
Aveeno Baby® Dermexa Moisturizing Cream (141ml, RM60.28) *TANPA PEWANGI*


Aveeno® dan Aveeno Baby® kini boleh didapati di farmasi-farmasi utama yang terpilih, seperti AEON Wellness, Caring, Guardian dan Watsons. Untuk maklumat lanjut, ikuti Aveeno® Malaysia melalui Facebook di (https://www.facebook.com/myaveeno).


Rujukan:
*Berdasarkan soal selidik dengan 302 orang ahli pediatrik di AS, Jun 2016
** berbanding dengan Colloidal Oatmeal sahaja




Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !