Home » , , , , , » Risau! Perkara Yang Tidak Pernah Risau Tetapi Mula Risau Setelah Bergelar Seorang Ibu!

Risau! Perkara Yang Tidak Pernah Risau Tetapi Mula Risau Setelah Bergelar Seorang Ibu!

Risau! Perkara Yang Tidak Pernah Risau Tetapi Mula Risau Setelah Bergelar  Seorang Ibu!

Hebat jadi mak ni! Hebat sangat-sangat! Memang betullah kata-kata yang berkait rapat dengan kehebatan seorang ibu – tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia! Bila dah jadi mak ni, memang Kak Fa tak sangkal kata-kata itu. Nerd smile. Sebab? Sebab Kak Fa sudah berada di dalam fasa itu dan sedang melalui fasa sebagai seorang ibu. Bagi Kak Fa, kita-kita-kita ni semua, yang pegang title seorang ibu memang sangat tabah, sangat kuat dan sangat berani. Apa pun keadaan kehidupan, kita akan tetap terus melangkah untuk meneruskan kehidupan. Tak kira apa pun! Kerana anak, kita jadi seorang yang tak tahu erti takut, tak tahu erti malu dan tak tahu erti putus asa. Kerana anak juga kita menjadi ekstra kuat dari diri kita yang sebenarnya yang kita tak pernah sangka kita sekuat itu selama kini. Ihiksss… Open-mouthed smile Walaupun sepanjang perjalanan sebagai seorang ibu tu, kita tak lari dari rasa risau! Perkara yang tidak pernah risau tetapi mula risau setelah bergelar seorang ibu! Ini cerita Kak Fa lah… Cerita orang lain Kak Fa tak taulah macam mana kan? Winking smile Some might classified Kak Fa as paranoid. Tak kisah pun! Nak buat macam mana? Memang Kak Fa rasa macam ni…. Jadi Kak Fa memilih untuk mengabadikan perasaan keibuan Kak Fa ini di Bubblynotes.Com – Nak tau kenalah baca sehingga habis!

Sambil-sambil berbaring layan mata sebelum tidur malam semalam, tiba-tiba Kak Fa terfikir tentang perkara yang menjadi tajuk entri Kak Fa ni. Tapi ya tau… sebelum Kak Fa jadi seorang ibu, Kak Fa tak pernah nak rasa risau atau nak fikir tentang perkara-perkara ni. Memanglah kan? Belum ada anak… Dah ada anak barulah rasa ya tak? Tak lalu tak rasa, tak ada tak tau. Bila dah lalu dan sedang lalu, bila dah rasa… Inilah rasa-rasa risau yang wujud dalam diri Kak Fa ni ha…. Hu hu hu… Jangan gelak please? Nyah-Nyah

Risau Anak Lemas Sewaktu Tidur

Bukan setakat sewaktu Firash berada di fasa bayi dan toddler jer… Sampai ke fasa preschooler ni pun Kak Fa adalah seorang ibu yang ada rasa risau anak lemas sewaktu tidur. Kalau Firash tidur jer, Kak Fa mesti tidur-tidur ayam. Kak Fa sekejap-sekejap akan terjaga dan membetulkan kedudukan tidur Firash. Al-maklumlah, anak bujang Kak Fa tu kalau tidur penuh katil dengan patung kucing, bantal busuk, selimut dan bantal-bantal lain. Like mother, like son. Kami memang suka tidur dengan bantal yang banyak! Ha ha ha… Open-mouthed smile. Jadi bila dah banyak sangat barang atas katil tu… Faham-faham jerlah, kadang-kadang bantal busuk tutup muka, selimut tutup muka, patung kucing tutup muka, bantal tutup muka. Tak pun tiba-tiba dari tidur elok mengereng atau terlentang jadi tertiarap…. Risaulah kot-kot semua objek-objek tu menutupi muka dan menghalang pernafasan si anak. Makanya, kenalah betulkan supaya pengaliran udara serta pernafasan menjadi lebih selesa dan lancar. Sebab tu Kak Fa rasa risau, walaupun mungkin ada sesetengah yang beranggapan…Alaaa… Kak Fa ni… Paranoid sangat!

Risau Anak Tergelicik Di Dalam Bilik Air

Walaupun dah besar, walaupun dah mampu berjalan masuk ke dalam bilik air sendiri. Kak Fa adalah seorang ibu yang senantiasa akan pegang dan pimpin tangan Firash ketika dia memasuki bilik air. Kalau tak buat benda ni, Kak Fa takkan senang hati! Dalam kepala Kak Fa ni, terbayang yang lantai bilik air tu licin, Firash pula jenis yang suka berlari-lari most of the time. Kak Fa risau tergelicik jer dalam bilik air. Kalau setakat tergelicik dan tak ada apa-apa yang lebih buruk berlaku tak apa… Sebelum mengundang apa-apa yang lebih buruk… Tak apalah, biarlah apa orang nak kata atau pandang pun… Walaupun Firash mampu masuk ke bilik air sendiri, Kak Fa tetap akan pegang dan pimpin tangan dia. Baru tenang rasa hati ni ha.

Bukan setakat pegang atau pimpin… Kak Fa akan sentiasa ada dengan Firash setiap kali Firash memasuki bilik air. Tak pernah sekalipun Kak Fa tinggalkan Firash. Firash suka main sabun. Bubble katanya… Biasalah budak-budak kan? Dah lah dah tentu-tentu lantai bilik air tu licin, tambah pula lagi dengan bubble…Memanglah… Risiko tu ada di mana-mana…. Biarlah tergendala segala kerja lain sekalipun…Kak Fa tetap nak temankan Firash dalam bilik air. In love

Risau Kelengkapan Anak Tidak Mencukupi

Siapa pun bergelar ibu akan buat perkara yang sama! Dahulukan keperluan anak-anak sebelum keperluan diri sendiri. Kak Fa cukup risau kalau bekalan kelengkapan seharian serta kebajikan Firash tidak mencukupi. Bila Kak Fa tengok jer tong susu formula tu dah mula tinggal suku… Masa tu kepala Kak Fa ni dah mula berfikir untuk top up susu dan dah mula kira-kira bajet nak beli susu. Ha ha ha… Open-mouthed smile Kadang-kadang tu, paranoid jer lebih… Sedangkan susu formula tu cukup lagi untuk dua tiga hari…. Tapi who knows kan? Firash ni dahlah tak makan nasi… atau jarang makan nasi… Budak-budak bila kurang makan, akan banyak menyusu. Firash lah tu! Lagi siapa?  Lepas tu pula, suka sangat meratah susu… Jadinya… memang Kak Fa kena senantiasa dalam keadaan siap siaga… Stand by jer…Sebab by any time susu tu boleh habis. Dan disebabkan kerisauan itu jugalah, Kak Fa memilih untuk membeli stok yang lebih sedikit daripada kebiasaan…

Risau Bila Anak Tak Nak Makan Langsung

Orang kata budak-budak memang macam tu! Tapi Kak Fa tetap juga risau bila Firash langsung tak nak makan dan hanya menyusu. Susah makan si kecil molek tu! Memilih makan pun ya! Picky eater! Kalau nak tengok dia makan bawa ke Mc Donalds atau KFC. Tapi… larat ke kalau kerap nak ke dua-dua tempat ni? Lalu ke asyik sumbat anak dengan fast food jer? Kak Fa tak nak! Kalau boleh Kak Fa memang gap-kan kekerapan Firash dengan KFC dan Mc Donalds. Ada orang cakap pula… Tak apa… Apa yang anak nak makan bagi jer, janji dia makan. Ha ha ha…Kadang-kadang Kak Fa jadi kecelaruan minda. Nyah-Nyah. Tapi bila dah terpaksa sangat, Kak Fa tak ada pilihan lain melainkan terpaksa juga bawa. Risau sebab nanti perut kembong masuk angin – dah pernah jadi dah pun… Sejak tu memang paranoid. Risau sebab nanti malam tidur tak lena atau gelisah – ni pun dah pernah jadi dah pun… sebab tu risau. Haaaa…makanya faham tak kenapa Kak Fa kena rasa risau tentang bab makan Firash ni?

Dekat school pun, teacher puas pujuk suruh makan… Tak nak juga… Alahaiii anak… Dia makanlah nasi kadang-kadang dekat rumah… Tapi nak makan nasi putih no lauk! Ada lauk kalu… Sekejap lagi korang boleh tengoklah dia muntah balik dengan jayanya. Besides that, dia cuma makan roti Gardenia krim coklat tu jer, coklat dan juga puding. Lain-lain, kirim salam. Manalah Mommy dia ni tak risau… Tengok anak-anak orang lain makan…seronok jer! Bila anak sendiri, alahaiii Firash… Doa banyak-banyak jer supaya selera makan dia terbuka dengan jayanya. Macam-macam vitamin buka selera makan dah bagi dah… Semua ok semua… Cuma Kak Fa tak cerita jer…So, kalau ada yang suggest Appeton lah, Himalaya Bonissan lah… Shaklee lah… Kak Fa boleh beritahu yang Kak Fa dah cuba banyak dah… Sekarang ni, guna petua tradisional pula… Air tudung periuk!

Risau Bila Anak Tidak Sihat

Bukan Kak Fa seorang, semua mak ayah pun risau bila anak tak sihat. Tapi risau Kak Fa memang tahap melampau disebabkan pengalaman lalu bila mana Firash demam suhu tinggi sehinggakan 12.30 pm berkejaran ke KPJ Shah Alam disebabkan diserang Febrile Fits. Sejak dari itu, Kak Fa memang orang yang tak akan tenang dan boleh bertenang sedikit pun apabila Firash mula tidak sihat. Bila Firash tak sihat, mulalah otak Kak Fa ni beku untuk semua perkara-perkara lain… Fokus pada keadaan kesihatan dia jer… Sama kan? Semua mak-mak pun sama kan? Kan kan kan?

Setakat ni jer kali ni yang Kak Fa mampu taip cerita tentang risau ni… Sebenarnya ada macam-macam lagi jenis risau Kak Fa ni bila berkaitan dengan Firash. Ha ha ha… Open-mouthed smile… Tapi tulah… Terfikir juga… Inilah dia keindahan dan juga kelainan memegang title ibu kan? Dulu-dulu sebelum ada anak, semua perkara ni tak pernah terlintas pun dalam kotak pemikiran untuk risau, tetapi bila dah ber-anak… Barulah mula risau macam-macam. Hari-hari mesti ada perkara yang nak dirisaukan… Ahaksss… penuh dengan kerisauan jer hidup Kak Fa ni weiii! Nak nak lagi bila anak tu memang seketul jer… Jadi memang over sikit lah terma risau tu pada diri Kak Fa. Itulah intan, itulah ketipung payung oiii… Tak ada galang ganti… Tu jer satu-satu yang Kak Fa ada…. And I keep on telling myself… Jangan sia-siakan anak…Jangan sia-siakan anak… Susah payah nak dapat tu oiii… Bukan senang…

Macam tu jugalah mak-mak kita semua rasa risau tentang kita sewaktu kita sedang dalam fasa tumbesaran dulu-dulu kan? Cumanya, rasa risau mak ni, tak berakhir setakat itu sahaja… Sepanjang hayat untuk anak-anak. Sebab? Sebab semua ibu-ibu memang sangat mengasihi kesemua anak-anak. Bak kata-kata… Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Tak kiralah anak tu dah besar panjang, dah kerja, dah kahwin, dah beranak-pinak, dah berjaya dalam hidup… Kasih sayang ibu dan ayah terhadap anak-anak memang tak akan pernah berubah. Risau tu bukan sebab mengada-ngada nak risau, risau tu sebab concern, risau tu sebab sayang. Kannn?

*Tapi bukan maksud Kak Fa nak kata, Kak Fa sorang jer yang risau tentang anak... Semua orang pun sama kan? 
Terimakasih telah membaca artikel Risau! Perkara Yang Tidak Pernah Risau Tetapi Mula Risau Setelah Bergelar Seorang Ibu!. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

1 komentar:

  1. Huhu betul! Saya baru je ada baby, 24 jam risau sampai kdg boleh terlupa benda lain. Bahaya betul! hehe

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.