Home » , , , , , , » Apa Jadi Kalau Peranakan Jatuh?

Apa Jadi Kalau Peranakan Jatuh?

APA JADI KALAU PERANAKAN JATUH
Kredit: Gambar diubahsuai dari Google

Lamaaa dah dulu… Kak Fa pernah kongsikan mengenai simptom dan juga cara nak kenalpasti peranakan jatuh. Tahun 2013 punya cerita tu… Tahun Firash lahir. Bila baca-baca balik entri sendiri tak adalah pula Kak Fa bercerita apa jadi kalau peranakan jatuh? Tak complete rupanya cerita Kak Fa tu… Hurmmm… Apa jadi kalau peranakan jatuh? Soalan tulah yang dah dua tiga hari ni dok berlegar di dalam kotak pemikiran Kak Fa ni ha. Tanya soalan pada diri sendiri tapi tak tau nak jawab… Ha ha ha… Open-mouthed smile. Bila tak tau nak jawab dan masih terfikir-fikir, sudahnya Kak Fa decide untuk mencari tahu dan setelah mencari tahu, inilah penemuan Kak Fa… Orang-orang perempuan sila baca untuk pengetahuan kesihatan diri sendiri…

Menurut sumber di SINI, berikut adalah kesan-kesan buruk akibat daripada peranakan yang jatuh:

Gangguan Kencing

Seseorang individu wanita yang mengalami masalah peranakan yang jatuh atau prolapse selalunya akan berdepan dengan masalah kencing yang pelbagai. Ada sesetengah kes yang kerap kencing tetapi ada juga yang sukar untuk kencing. Namun, kes yang seringkali terjadi adalah apabila wanita gagal mengawal kencing terutama ketika batuk, bersin atau ketawa. Ini serius tau! Bukan main-main. Jadi sila tumpukan perhatian. Huuuu….

Gangguan Hubungan Intim

Apabila peranakan seseorang individu wanita itu jatuh, faraj akan mengalami kelonggaran dan otot di sekelilingnya akan turut terjejas. Hal ini mengakibatkan kenikmatan hubungan intim menjadi terganggu.

Sakit Pinggang

Masalah peranakan jatuh juga akan membuatkan seluruh kawasan pada bahagian bawah merasa sakit terutama selepas berjalan atau berdiri terlalu lama. Malah kesan daripada itu juga akan membuatkan sakit di bahagian pinggang.

Rahim Terkeluar

Untuk kes yang teruk, ada segelintir wanita yang rahimnya telah terkeluar dan ini menyebabkan kesakitan yang serius. Selain rasa sakit dan tidak selesa, ada juga kes yang terkeluar hinggakan terkena kepada permukaan seluar dalam dan ini pastinya sangat menyakitkan. Mak aiii… Scary! Mohon dijauhkanlah dari kita semua yang bergelar wanita ya?

Jangkitan Virus

Dahlah rahim terkeluar, selepas tu? Wanita akan cenderung untuk dijangkiti kuman di kawasan ini dan mengakibatkan berlakunya keputihan dan pengeluaran lendir yang banyak. Ini sudah semestinya membuatkan wanita berasa tidak selesa dan terdedah kepada risiko jangkitan lain.

Petua Untuk Elak Rahim Jatuh

  • Kena berpantang dengan betul dan jangan sesekali meninggalkan rutin berpantang seperti bertungku, berbengkung dan menjaga pemakanan dengan tepat.
  • Bertungku juga kena ada cara yang tepat supaya rahim cepat kecut dan pulih dengan segera.
  • Harus berpantang makan dan elakkan daripada mengambil makanan yang dilarang. Ini sangat penting untuk segera sembuh dan menjaga setiap urat.
  • Ketika berpantang dan selepas tempoh berpantang (sekurang-kurangnya enam bulan), elakkan sama sekali mengangkat barang yang berat.
  • Ambil makanan yang berkhasiat untuk kesihatan dalaman tubuh di samping membekalkan susu yang lebih hebat buat bayi.
  • Senaman kagel jangan diabaikan kerana ia mampu melatih otot-otot pelvik dan kawasan sekitarnya.

Memang-memang sebab tulah kena elakkan dari menjadi bionic woman untuk mengangkat barang-barang yang berat. Sejujurnya payah… Sebab ada masa-masanya memang terpaksa mengangkat barang berat bila dalam keadaan darurat. Cuma kalau boleh elakkan, elakkanlah… Sayangi diri, jaga diri sebelum melarat sampai peranakan jatuh. Banyak dah cerita yang Kak Fa dengar… Memang sakit oiii orang yang peranakannya jatuh ni….
Terimakasih telah membaca artikel Apa Jadi Kalau Peranakan Jatuh?. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

0 komentar:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.