Benda yang paling Kak Fa rasa menyampah apabila memakai bedak asas adalah muka Kak Fa ni ha nampak bercapuk-capuk bila berpeluh, rasa berminyak serta berlengas di muka dan juga bila Kak Fa rasa Kak Fa ambil masa yang sangat lama untuk sapukan bedak asas demi nak mendapatkan tona kulit yang nampak rata serta sekata.
. Kalau dapat bedak asas yang macam ni pada Kak Fa, memang lepas tu Kak Fa blacklist terus bedak asas tu untuk diri Kak Fa. Itu bermaksud tak serasilah tu dengan Kak Fa. Iyalah, tak semua benda sesuai dengan diri kita kan? Tak semua benda elok untuk diri kita kan? Setakat lebih dari 10 tahun bermain dengan solekan hampir setiap hari, Kak Fa dah cuba macam-macam jenis bedak asas dah. Dari yang biasa-biasa sehinggalah yang berjenama terkenal. Ada yang serasi dengan Kak Fa, sangat-sangat serasi… Tapi yang sangat-sangat serasi tu adalah bedak asas yang berharga koyak poket untuk Kak Fa. Ha ha ha…
… Zaman-zaman dah jadi mak orang ni, ekonomi pula tak berapa nak menentu sekarang ni kan? Makanya kenalah bersolek secara berhemah kaedahnya. Kalau bolehlah, kalau boleh Kak Fa nak bedak asas yang mampu milik tapi serasi dengan Kak Fa. Kalau dapat macam tu… Memang thorbaek lah!
. Dah jumpa dah pun! Bagi Kak Fa, inilah kosmetik letops 2018 – KIMKAYLAB Triple Stemcell DD Cushion.
Masuk hari ni, dah hari keempat dah Kak Fa jadi pengguna KIMKAYLAB Triple Stemcell DD Cushion. Terpanggil, tertarik dan terberkenan nak cuba bila make-up artis paling terkenal di Malaysia iaitu Epie Temerloh adalah duta rasmi KIMKAYLAB yang sangat-sangat mengesyorkan semua orang untuk menggunakan KIMKAYLAB Triple Stemcell DDCushion. Kalau dah make-up artis yang paling terkenal dalam Malaysia sendiri yang rekomendasi, faham-faham jerlah yang KIMKAYLAB merupakan pilihan pakar ya tak? Kalau tidak, takkanlah Epie Temerloh tu beria sangat rekomendasi dan jadi duta rasmi kan? Barang baik takkan tak nak cuba? Untung-untung nanti, diri sendiri pun mampu cantik dengan harga mampu milik. Ha ha ha…
Misi solekan 2018 gamaknya Kak Fa ni? 
KIMKAYLAB ni membawakan misi untuk semua orang nampak sempurna dengan No Makeup Look. Perfecting The No Makeup Look kaedahnya. Ekstrak triple stemcell yang terkandung di dalam KIMKAYLAY Triple Stemcell DD Cushion adalah bagi merawat dan mengembalikan keanjalan kulit. Al-maklumlah, umur-umur dah pertengahan 30-an macam Kak Fa ni, kulit dah mula nak kendur tu… Dah mula ya? Belum mula lagi…
Ha ha ha… Jadi sebelum mula elok sangatlah Kak Fa rawat dan cuba kembalikan keanjalan kulit tu secepat mungkin. Bertindak sebelum terlewat. Ekstrak stemcell di dalam KIMKAYLAB adalah daripada oren, epal dan bunga ros yang berfungsi untuk memberikan impresi maksimum di dalam merawat kulit dari jerawat, kedutan, kulit kusam, tona kulit tidak sekata, garis-garis halus dan pores pada wajah yang mana dalam erti kata lain, ianya dapat membantu kulit untuk kelihatan lebih muda.
Percayalah cerita Kak Fa ni ha… Korang kalau pakai KIMKAYLAB Triple Stemcell DD Cushion, korang tak perlu nak edit-edit lagi dah gambar yang korang muatnaik dekat sosial media tu, kalau nak pun mungkin pakai filter jer lah. Kak Fa suka bangat weiii dengan KIMKAYLAB Triple Stemcell DD Cushion. Sebab? Sebab full-coverage! Kak Fa tak perlu nak top-up dengan concealer lagi dah. Sebab? Sebab finishing KIMKAYLAB memang tahap Grammy Awards untuk diri Kak Fa. Muahahaha…
Finishing glowing dan flawless you alls… Gila kau tak suka?
Sebelum terlupa, Kak Fa nak kongsilah sikit yang KIMKAYLAB Triple Stemcell DDCushion ni adalah:
- Mesra wudhu’ dan senang dicuci.
- Mencerahkan dan meratakan tona kulit tidak sekata.
- Melembabkan dan menggebukan kulit wajah.
- Mengecilkan liang pori dan menghaluskan kulit.
- Menganjalkan kulit wajah.
- Memperbaharui sel dan menegangkan kulit wajah.
- Menghilangkan jeragat.
- Mengurangkan kedutan dan mengembalikan keremajaan kulit.
- Tidak melekit, sekata dan tidak bercapuk.
- Tidak mengandungi bahan terlarang.
- Tidak cela dan memberikan kesan flawless.
- Antioksida dan mengekalkan keremajaan.
- SPF 35 (pelindung sinaran UV)
- Berasaskan air dan bahan semulajadi.
- Tekstur ringat dan lembut.
- Excellence Cosmetic Products 2017 Awards.
Tu contoh… Kak Fa kongsi hasil make-over by Epie Temerloh ke atas Emma Maembong menggunakan KIMKAYLAB Triple Stemcell DD Cushion sebagai asas solekan. Tapi kannn… Nanti korang kata, Kak Fa tunjuk contoh selebriti…Memeylah nampak da vass macam tu… Cuba macam orang biasa macam kita-kita ni ha…Jadi ke macam tu?
… Laaaa… Tak sungguh Kak Fa tak katalah oiii…. Nahhhh… Tengok kat bawah ni, Kak Fa jadi tikus makmal untuk you allsss…
Muahahaha….
Harap maklum… Gambar Kak Fa yang you alls tengok tu memang tak ada edit-edit ya… Gambar yang you alls tengok tu memang gambar asli dengan adjustment brightness dan shadow sahaja… Huuuu…. Manalah hati Kak Fa tak terobek dan melekat dengan KIMKAYLAB Triple Stemcell DD Cushion ni ha… Sebab tulah Kak Fa suka! Sebab tulah sungguh-sungguh Kak Fa nak kongsi dengan semua orang supaya kita dapat cantik sama-sama…
Cakap banyak tak mau… Kalau korang rasa korang nak cantik, nak jaga kulit muka korang, sayang kulit muka korang dan korang rasalah korang nak bersolek dengan mudah tetapi hasil gempak… Korang tak payah fikir panjang dah…. Sekarang juga korang gegas ke:
What’s App Aurora KIMKAYLAB Hari Ni Juga!
Apa jer yang korang perlukan penerangan, details segala bagai, semua Aurora KIMKAYLAB akan sedia membantu. Korang pesan laju-laju pun, Aurora KIMKAYLAB akan pos laju-laju pada korang. Servis memang tip top. Khidmat pelanggan memang mantap. 
Padan la shanteqqqqqqqq je dia sekarang..hahaha...
ReplyDeleteorang perempuan patut cuba nih
ReplyDeletememang letops