PRESCHOOL–FIELD TRIP | Yeay Or Nayyy?

PRESCHOOL–FIELD TRIP Yeay Or Nayyy
Kredit: Gambar Sumber dari Google

Hanya jauhari yang mengenal manikam! Open-mouthed smile ha ha ha… Hanya mak-mak yang mengenal perangai anak-anak kecil masing-masing bila dapat lepas sewaktu outing. Nerd smile. Disebabkan kenal sangat tu lah yang menjadikan Kak Fa ni sedang dalam dilema mak-mak sama ada untuk melepaskan atau tidak melepaskan si kecil molek tu untuk field trip yang dianjurkan oleh tadika Firash. PRESCHOOL – FIELD TRIP | Yeay Or Nayyy?

Bukan tak percaya teachers… Lillahitaala bukan tak percaya teachers… Teachers di Genius Aulad lah yang Kak Fa paling percaya setakat ni. Setakat ni memang tak ada apa-apa masalah pun mereka mendidik dan membentuk Firash. Tapi yang Kak Fa tak percayanya… Open-mouthed smile Ha ha ha…. Anak sendiri! Anak sendiri yang baru berusia 4 tahun 2 bulan yang ligat macam lipas kudung dan licik menyelinap ke sana ke mari in a blink of an eyes. Flirt male. Kak Fa kenal-lah… Firash… Ha ha ha… Sedangkan Kak Fa sendiri pun boleh cuak bila outing dengan Firash… Inikan lagi kalau Kak Fa lepaskan dia macam tu jer…

Taklah… Takkanlah teachers nak kena kepit Firash 24/7 sewaktu berlangsungnya field trip? Ramai kot lagi kawan-kawan Firash yang lain yang bakal turut serta dalam field trip tu nanti. Kak Fa ni risau kalau-kalau Kak Fa menyusahkan teachers? kalau-kalau teachers tak terkawal ke pergerakkan Firash? Huuu… Kak Fa risau oiiii… Tu yang berlegar-legar dalam kepala Kak Fa ni… Ermmm… Kak Fa nak tanya sikitlah kan… Yang berpengalaman melalui fasa ini dulu ada perasaan yang sama macam ni macam Kak Fa ke? Ada ke? Ada ke? Cuba share sikit!

Di dalam masa yang sama… kalau Kak Fa tak lepaskan pun, Kak Fa rasa tak boleh juga. Sebabnya? Sebabnya… sepertimana yang Kak Fa baca dari perkongsian Cik Nur Akmar Binti Mohd Arif, pensyarah di Jabatan Pendidikan, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM), Kolej UNITI, Port Dickson melalui pautan di SINI

Field trip ataupun dikenali sebagai lawatan sambil belajar adalah merupakan aktiviti luar kelas yang dapat memberi pengalaman pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna untuk kanak-kanak di tadika di mana mereka diberikan peluang untuk meneroka dunia luar bersama guru dan rakan-rakan sebaya. Ini akan memberikan pengalaman manis untuk mereka selain meningkatkan daya pembelajaran sambil bermain di dalam meneroka persekitaran luar.

Lawatan sambil belajar bertujuan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menambah pengetahuan sedia ada mereka tentang dunia luar. Pembelajaran di dalam kelas dibawa ke konteks luar kelas untuk menggayakan pembelajaran selain meningkatkan perasaan ingin tahu kanak-kanak. Pengetahuan sedia ada kanak-kanak akan diintegrasikan dengan pengetahuan baru yang akan dipelajari di luar konteks kelas. Tempat-tempat yang dilawati oleh mereka juga merangkumi pembelajaran bertema yang dipelajari dalam kelas seperti haiwan, keselamatan, pekerjaan, pakaian seragam dan lain-lain lagi. Pembelajaran bertema dapat memberikan pengalaman yang bermakna dan menyeronokkan untuk kanak-kanak.

Selain itu, pembelajaran luar kelas dapat menarik minat kanak-kanak untuk belajar dan meneroka selain merangsang perkembangan mereka dari semua aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial. Selain itu lawatan luar ini dapat meningkatkan keyakinan diri mereka selain dapat mendidik mereka untuk berdikari dan berdisiplin sepanjang berada di luar tadika. Kanak-kanak juga didedahkan tentang peraturan dan keselamatan diri sepanjang mengikuti lawatan tersebut. Lawatan tersebut secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan sesama guru dan kanak-kanak di tadika.

Kesimpulannya, lawatan sambil belajar adalah penting bagi meningkatkan perasaan ingin tahu dan merangsang perkembangan kanak-kanak seiring dengan pertambahan usia mereka. Pemantauan guru sepanjang lawatan adalah penting bagi memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin sepanjang berada di luar tadika selain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka dunia luar dalam persekitaran yang selamat dan meyakinkan.

Makanya… Kak Fa ni sekarang kan… Ha ha ha … Smile with tongue out Berada di tengah-tengah antara nak lepaskan atau tak lepaskan… Ada gak terasa macam… macam… Ok… yang ni over sikit! Nyah-Nyah… Nak follow dari belakang! Standby kalau apa-apa dan tengok dia dari jauh macam mana… Ermmm… Actually just untuk sedapkan hati sendiri dan bagi keyakinan pada diri sendiri yang Kak Fa dah boleh dah lepaskan dia untuk ikut field trip bermula dari sekarang!

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel PRESCHOOL–FIELD TRIP | Yeay Or Nayyy?, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, February 5, 2018.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

  1. Owh.. mak bapa tak boleh ikut eh.. Ada sesetengah filed trip, mak bapa digalakkan untuk ikut.. Sha tak ada pengalaman lagi.. Tak berani sangat nak komen..

    ReplyDelete
  2. I pun time nk bg anak pg field trip..mmg rasa was-was tp akhirnya bg juga. Time umur 3 tahun..pergi aquaria..umur 4 tahun..pergi kidzania..bila balik..cerita paling best..adalah naik bus 😅

    ReplyDelete
  3. hahah, sindrom ni, saya pun pernah alami ms anak sulung dulu, masa tu anak kat GA juga, umur dia masa tu 4 tahun( kalau ikut bulan belum 4). Betul ckp K.Fa, bukan tk percaya teachers, tapi mengenangkan ank mmng licik, menyelinap tu, rs gerun sgt2. Last2 tak lps, tunggu tahun kedua dia di GA, barulah melepaskannya ke field trip dgn tenang, Alhamdulillah, dgn teachers, and friends, dia ok sgt2! Mungkin kita as a parent kena tanam yang positif dlm diri, di rumah dan di sekolah adalah sesuatu yang berbeza. Insya-Allah..semuanya baik2..hiihihi

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia