TIPS Ajar Anak Untuk Meminta Maaf

Farah Waheda Wahid
0
TIPS AJAR ANAK UNTUK MEMINTA MAAF
Kredit: Gambar Sumber dari Google

Memaafkan dan meminta maaf – berat bagi sesetengah orang dewasa dan berat juga bagi sesetengah situasi serta keadaan. Proven dah pun… sampaikan lagu-lagu yang berkumandang di corong-corong radio mahupun komputer pun terang-terang menyampaikan yang maaf ni sukar. Contohnya… Macam lagu Sorry Seems To Be The Hardest Word? Hard To Say I’m Sorry? Flirt male Kannn? … Disebabkan maaf tu adalah satu perkataan yang mudah disebut tetapi sukar secara praktikalnya – Kak Fa memandang kepentingan untuk mendidik anak sedari kecil untuk mempunyai satu keperibadian sebagai seorang yang tidak berat untuk meminta maaf sekiranya berlaku salah dan juga untuk menjadi seorang yang pemaaf. Walaupun, Kak Fa bukanlah berpengalaman besar di dalam bidang keibubapaan tetapi ini ada serba sedikit perkongsian dari Kak Fa tentang TIPS ajar anak untuk meminta maaf.

Kak Fa tak berjanji pada pembaca Bubblynotes.Com yang tips ini 100% berkesan tetapi jika cadangannya baik, rasanya tidak salah untuk mencuba kan? Winking smile

Dengarkan Keluhan Anak

Katalah satu hari anak bertengkar ataupun melakukan kesalahan, sebagai ibu, kita tidak sepatutnya terus memarahi dan menuduh anak di pihak yang bersalah. Berikan sedikit waktu, ruang dan peluang kepada anak untuk menerangkan apa yang sebenarnya telah berlaku walaupun hakikatnya kita sebagai ibu sudah mengetahui. Dengarkan masalah dari sudut pandang anak, dengarkan keluhan anak kerana dengan cara yang begitu sebenarnya kita membantu anak untuk merasa lega. Selepas anak memberitahu atau menerangkan keadaan yang sebenarnya, beritahu pada anak tentang makna perkataan maaf. Tekankan bahawa meminta maaf tidak selalunya harus dilakukan oleh pihak yang bersalah.

Jangan Memaksa Anak Meminta Maaf

Siapa yang suka paksaan dan siapa  yang suka kena paksa ya tak? Kita sendiri sebagai orang dewasa tak suka dipaksa. Sebab itu, hindari dari menggunakan paksaan untuk anak meminta maaf seperti “Jom! Kamu harus meminta maaf!”. Permintaan maaf sebaik-baiknya dilakukan dengan perasaan ikhlas serta tulus dan perkara itulah yang harus ibu bapa tanamkan di dalam diri anak-anak. Anak harus mengakui dan menerima dalam keadaan sedar bahawa diri mereka telah melakukan kesalahan. Jika ibu bapa mendidik anak untuk meminta maaf dengan paksaan, makanya ucapan maaf yang keluar dari mulut anak hanyalah sekadar sebuah permintaan maaf yang terpaksa dan bukan datang dari dalam hati anak itu sendiri.

Tanamkan Sifat Empati

Empati adalah merupakan sebuah kemampuan untuk dapat merasakan apa yang dialami oleh orang lain. Contohnya, jika anak-anak anda memukul kawannya, maka katakan kepada anak, “Kawan kamu mesti rasa sakit dan sebab itu dia menangis bila kamu pukul dia. Kamu nak ke kalau dipukul sama seperti kawan kamu begitu?”. Dengan pertanyaan seperti itu, anak akan memikirkan bagaimana seandainya kalau dia yang dipukul? Setelah dia merasakan apa yang dirasa oleh kawannya, secara automatik dia akan berfikir untuk meminta maaf.

Perkenalkan Pelbagai Cara Meminta Maaf

Kalau anak enggan untuk meminta maaf secara langsung – mungkin kerana rasa malu dan sebagainya, ibu bapa boleh memperkenalkan pada mereka tentang cara meminta maaf. Jadi, anak boleh memilih cara yang bagaimana untuk dia meminta maaf. Contohnya, macam menggantikan barang permainan yang telah dirosakkan, bersalaman, SMS, What’s App atau meminta maaf melalui telefon.

Penting sebenarnya bagi Kak Fa untuk Kak Fa didik Firash untuk memahami situasi dan keadaan sebenar orang lain supaya dia boleh faham, dia boleh hadam, dia tak fikir tentang diri dia sendiri sahaja dan juga supaya dia boleh menjadi seorang yang rasional untuk menilai keadaan serta meminta maaf jika perlu dan memaafkan jika perlu. Anak tu kan ibarat kain putih dan kita yang warnakan kain putih tu. Jadi memang dah jadi tugas kita sebagai ibu bapa pun untuk melihat segenap aspek pendidikan yang penting untuk membentuk keperibadian anak kita. Jika kita tak mahu anak kita menjadi sesuatu yang tidak kita sukai, tak ada siapa yang bertanggungjawab melainkan diri kita sendiri untuk membentuk anak tu. Jika anak menjadi sesuatu yang tidak kita sukai, bukan jari yang patut kita tunding pada pihak lain tetapi diri kita, cara kita mendidik yang perlu kita lihat kembali dan perbaiki yang sebenarnya.


Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !