Home » , , , , , , , » 2018 Highlights! Kak Fa di p.m. live Astro Ria, Astro Ria HD

2018 Highlights! Kak Fa di p.m. live Astro Ria, Astro Ria HD

2018 Highlights! Kak Fa di p.m. live Astro Ria, Astro Ria HD

2018 Highlights! Kak Fa di p.m. live Astro Ria, Astro Ria HD! Winking smile. Pembukaan 2018 buat Bubblynotes.Com dan juga pengalaman baru untuk Kak Fa sebagai seorang blogger di tahun 2018 ini. Ada yang berkesempatan menonton Kak Fa di kaca televisyen? Ada yang semacam ya ke tak ya itu Kak Fa? Apabila melihat Kak Fa di kaca televisyen tempoh hari? Ataupun mungkin tak berkesempatan kerana kekangan waktu yang tidak mengizinkan mahupun tak tau menau langsung mengenai kisah ini? Smile. Tak apa… Hari ni Kak Fa saja-saja nak berkongsi rasa, berkongsi cerita dan berkongsi pengalaman yang precious bagi Kak Fa ini di Bubblynotes.Com. Kak Fa tengah rajin ni nak mengomel… Jari-jemari pun laju jer menaip ni ha…

2018 Highlights! Kak Fa di p.m. live Astro Ria, Astro Ria HD (1)

23 Januari 2018 – Kak Fa terima satu e-mel dari pihak produksi Astro yang menjemput Kak Fa sebagai salah seorang panel di dalam slot 15-20 minit untuk segmen kedua dan ketiga rancangan bualbicara p.m live di saluran 104, Astro Ria dan juga saluran 123 Astro Ria HD. Untuk pengetahuan anda, pihak produksi Astro mengambil keputusan untuk menjemput Kak Fa setelah mereka menjumpai artikel yang pernah Kak Fa muat naikkan di Bubblynotes.Com pada tahun 2015 di enjin carian Google. Smile. Tanpa Kak Fa fikir panjang, Kak Fa terus memberikan maklumbalas kepada pihak produksi dengan menyatakan kesudian Kak Fa untuk memenuhi undangan yang terbabit. Iyalah…Why not kan? Satu pengalaman baru buat Kak Fa untuk Kak Fa lalui. Tak sedar diri tu… Ha ha ha …. Open-mouthed smile Terus jawab ya Kak Fa nak menghadirkan diri sedangkan itu adalah rancangan secara langsung. Masa tu tak terfikir lagi, boleh ke tak boleh Kak Fa bawa diri Kak Fa ni secara langsung di kaca televisyen. Main jawab ya jer! Smile with tongue out. Sebab? Sebab teruja untuk merasai satu pengalaman baru yang tak pernah Kak Fa rasa sebelum ni.

2018 Highlights! Kak Fa di p.m. live Astro Ria, Astro Ria HD (4)

25 Januari 2018 – Tiba hari yang dimaksudkan. Kak Fa tak adalah teruja melampau batas sampaikan beli pakaian baru, shawl baru ataupun apa-apa yang baru segala bagai. Ha ha ha… Open-mouthed smile Cuma Kak Fa mix and match ajer apa  yang ada dalam wardrobe. Selagi kita boleh berjimat kita berjimatlah kan? Cuma yang tak best-nya pada hari yang berkenaan… Bangun-bangun pagi jer… Mata sebelah kanan Kak Fa, Kak Fa nampak merah sedikit. Ah sudah! Kenapa ni? Nak kata sakit mata… Macam tak mungkin jer? Kak Fa syak ini mesti infection expired contact lens ni yang menjadikan begini. Makanya, nak tak nak, suka tak suka, prefer tak prefer, Kak Fa terpaksalah bawa empat mata juga ke set rakaman. Nerd smile. Alaaa… Kena pakai glasses ke? Heh heh heh… Gedik kan? Jujur, Kak Fa prefer untuk pakai contact lens tetapi keadaan tidak mengizinkan Kak Fa. Sebelum melarat lebih teruk lebih baik Kak Fa pakai sahaja cermin mata.

10.45 pagi, Kak Fa tiba di perkarangan lobi Astro dan Kak Fa telah disambut oleh Cik Wanie yang merupakan Pembantu Produser Astro dan seterusnya dibawa ke make up room untuk di-touch up apa yang patut.

2018 Highlights! Kak Fa di p.m. live Astro Ria, Astro Ria HD (3)

Kakak nilah yang sudi touch-up muka Kak Fa sebelum Kak Fa ke udara secara langsung tempoh hari. Baik sangat kakak MUA ni tau. Buat kerja pun lemah-lembut dan Kak Fa sangat selesa di touch-up oleh kakak ni. Tak lama pun, sebab proses touch-up untuk Kak Fa sikit-sikit jer. Kak Fa dah siap-siap bersolek dari rumah. Solek sendiri, kemudian diperbetulkan atau enhance by this professional MUA. Winking smile. Kak Fa kan jenis main tonyoh jer asal nampak semengah. Jadi Kakak ni lah yang betulkan solekan Kak Fa, mana-mana yang tak betul atau perlu diperbaiki tu.

2018 Highlights! Kak Fa di p.m. live Astro Ria, Astro Ria HD (2)

Selesai jer bersolek atau disolek, Kak Fa bersama dua orang lagi panel jemputan telah dibawa masuk ke studio rakaman dan di situ, proses seterusnya adalah memakai microphone. Smile. Bila dah pakai microphone tu, itu bermasuk, on standby untuk on air. Perasaan? Entah… ha ha ha… Smile with tongue out… Nak kata nervous pun macam tak nervous… Nak kata tak nervous pun macam nervous. Kak Fa secara jujur tak adalah menelaah macam nak masuk exam ke apa sebelum hari yang dimaksudkan. Kak Fa cuma bawa diri Kak Fa, penulisan Kak Fa selama ini di blog dan juga kehidupan Kak Fa sebagai seorang ibu. Hu hu hu… Tak sempat noksss nak study… Serius tak sempat… Jadi Kak Fa cuma mampu berdoa yang apa yang Kak Fa bawa itu mencukupi serta memadai apa yang pihak penerbitan inginkan. Kak Fa cuba yang terbaik! I just bring my ownself. Itulah… nak kata nervous macam tak nervous tulah yang menjadikan Kak Fa nervous sebab Kak Fa macam tak ada rasa nervous… Walhal…Sedangkan sepatutnya Kak Fa patut ada rasa nervous kan? Open-mouthed smile Muahahaha….

2018 Highlights! Kak Fa di p.m. live Astro Ria, Astro Ria HD (6)

Nampak macam serius jer kan? Open-mouthed smile Ha ha ha… Apa topik perbincangan pada hari yang berkenaan? Bagi yang telah berkesempatan menonton rancangan p.m live pada 25 Januari 2018 yang lalu, tajuknya adalah berkenaan topik parenting iaitu Anak Millenial Lembik? Sebab tu Kak Fa kata, Kak Fa cuba bawa diri Kak Fa yang sebenar dan pengalaman keibuan Kak Fa yang sebenar. Pukul anak sindir menantu! Nerd smile Sepanjang rancangan berkenaan ke udara, Kak Fa terus-terang jer keadannya di mana Kak Fa sendiri mengalami masa yang sukar untuk memisahkan gajet dari Firash. Benda tu betul… Walaupun Kak Fa dijemput sebagai parenting blogger serta dipanggil parenting expert… Kak Fa tak rasa yang skil parenting Kak Fa hebat mahupun perfect. Huuuu… Kan Kak Fa selalu beritahu di dalam entri-entri Kak Fa sebelum ni… Kak Fa juga sama seperti ibu bapa lain… Setiap hari, belajar dan belajar mengenai parenting yang suits dengan perkembangan semasa anak Kak Fa. Jadi, apa yang Kak Fa kongsikan… kisah, tips segalanya adalah proses yang sedang Kak Fa lalui. Nak tau apa yang Kak Fa bebel tempoh hari?

Nahhh… Kak Fa belanja sedikit sedutannya kepada semua pembaca di Bubblynotes.Com:


Itulah hasilnya… Dalam nervous tak nervous, lega bila dah selesai segalanya. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan berakhir dengan baik. Sebelum Kak Fa mengundurkan diri dari Astro, Kak Fa sempat ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak produksi Astro di atas kesudian mereka menjemput Kak Fa di dalam rancangan bual bicara p.m live mereka dan juga memohon maaf di atas segala salah silap Kak Fa sekiranya ada sepanjang berlangsungnya rancangan tersebut secara langsung di kaca televisyen. Iyalah… pertama kali kan? Manalah tau kot-kot kalau Kak Fa ada tersalah cakap ke? Tersilap kelakuan ke kan? Tak pernah sebelum ni. Heeee… Kak Fa cuma manusia biasa yang mempunyai flaws Kak Fa yang tersendiri.

2018 Highlights! Kak Fa di p.m. live Astro Ria, Astro Ria HD (5)

Terima kasih pada hos rancangan p.m live yang sangat-sangat chill dan friendly iaitu Hana dan juga Akhmal. Nice to get to know both of you! Winking smile.

2018 Highlights! Kak Fa di p.m live Astro Ria, Astro Ria HD

Pengalaman baru, kenalan baru. Sebelum balik, Kak Fa sempat bertukar-tukar kad dengan Dr. Zarinah Binti Arshat, MSc, PhD (Ekologi Keluarga), Pensyarah Kanan di Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan juga Pn. Erna Nawawi yang merupakan Pengarah Program di The Little Gym, Malaysia.

Precious moments and experience yang tak mungkin Kak Fa lupakan sampai bila-bila sepanjang perjalanan Kak Fa sebagai seorang blogger. Alhamdulillah… Moga-moga more things to come and more things to venture and explore ahead… In Shaa Allah…Amin amin ya rabbal alamin. Semoga segalanya dipermudahkan dan dilancarkan oleh Allah SWT.

*Tak lupa, terima kasih pada semua support dari orang-orang yang rapat dengan Kak Fa, yang motivate Kak Fa, yang beri pandangan, yang beri nasihat pada Kak Fa. Love you peeps!

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel 2018 Highlights! Kak Fa di p.m. live Astro Ria, Astro Ria HD, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, January 29, 2018.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

1 comments:

  1. wah, tahniah Kak Fa. bestnya dapat live kat TV. proud of u ;)
    Haah, nampak lain muka Kak Fa.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia