Lindungi Hak Eksklusif Rekacipta Dengan PATEN–MyIPO

Farah Waheda Wahid
0
Kredit: Gambar dari sumber dari Google

Semakin hari, semakin ramai yang menceburi bidang perniagaan dan juga bergelar usahawan. Tuntutan ekonomi semasa yang menjadikan ramai memilih untuk melibatkan diri. Lagipun, perniagaan itu kan merupakan satu kegiatan yang amat dianjurkan Islam kepada umatnya? 😊 . Cumanya… bila semakin ramai, semakin sengitlah persaingan sesama usahawan kan? Bila semakin sengit, muncullah cerita-cerita usahawan menciplak sesuatu rekacipta kerana rekaan tersebut mendapat sambutan yang tinggi serta mencecah jualan ratusan ribu dan sebagainya. Hurmmm… Sakit kan hati? Bila rekacipta diciplak dan digunakan oleh pihak lain untuk keuntungan peribadi mereka? Lindungi hak eksklusif rekacipta dengan PATEN – MyIPO. Jika anda usahawan yang merekacipta, maka entri ini adalah WAJIB untuk anda!


Apakah Itu PATEN?

Kredit: Gambar dari sumber dari Google

PATEN adalah merupakan satu hak eksklusif yang dianugerahkan oleh pihak kerajaan untuk suatu rekacipta baru sama ada ia adalah merupakan satu produk ataupun satu proses. Perlindungan PATEN adalah selama 20 tahun dari tarikh pemfailan.

Jenis-Jenis PATEN

Terdapat 2 jenis PATEN iaitu:

PATEN Rekacipta

PATEN akan dianugerahkan apabila ia menepati ciri-ciri berikut:
  • Baru (Novelti)
  • Melibatkan langkah merekacipta
  • Boleh digunakan di dalam mana-mana industri.

Rekacipta Yang Tidak Boleh DiPATENkan

Rekacipta yang tidak boleh diPATENkan adalah seperti:
    Penemuan, teori-teori saintifik dan kaedah-kaedah matematik;
  • Varieti tumbuhan atau binatang atau proses yang ada pada dasarnya adalah proses biologi bagi pengeluaran tumbuhan atau binatang, selain daripada mikro organisma hidup buatan manusia, proses mikrobiologi dan keluaran-keluaran proses mikro-organisma itu;
  • Skim, aturan atau kaedah bagi menjalankan perniagaan, melakukan perbuatan-perbuatan mental semata-mata atau bermain apa-apa permainan;
  • Kaedah-kaedah merawat tubuh manusia atau binatang melalui pembedahan atau terapi, dan kaedah-kaedah diagnosis yang dilakukan kepada tubuh manusia atau binatang.

Pembaharuan Utiliti

Pembaharuan utiliti adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap satu rekacipta kecil yang tidak memerlukan ujian langkah merekacipta sebagaimana yang diperlukan untuk mendapat PATEN. Pembaharuan utiliti dilindungi selama 10 tahun dari tarikh pemfailan dan boleh dilanjutkan ke 5+5 tahun lagi tertakluk kepada penggunaan.

Apakah Kepentingan PATEN / Perlindungan Rekacipta?



Perlindungan PATEN atau pembaharuan utiliti memberikan hak eksklusif kepada pemilik untuk membuat, mengguna dan menjual rekaciptanya di Malaysia. Pemilik PATEN boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak lain yang melanggar haknya tanpa kebenaran pemilik PATEN.

Siapakah Yang Boleh Memohon PATEN?

  • Semua pihak boleh mengemukakan permohonan PATEN ataupun Pembaharuan Utiliti sama ada secara individu atau secara pemilikan bersama atau syarikat/organisasi.
  • Pemohon tempatan atau residen di Malaysia boleh memfailkan permohonan PATEN sendiri atau melantik ejen PATEN berdaftar yang boleh mewakilinya. Pemohon dari luar negara yang ingin memfailkan permohonan PATENnya perlulah melantik ejen PATEN berdaftar di Malaysia untuk mewakilinya.

Permohonan PATEN dan Pembaharuan Utiliti


  • Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan PATEN atau Pembaharuan Utiliti di dalam borang yang telah ditetapkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Pemohon juga boleh memfailkan permohonan paten secara elektronik melalui laman web MyIPO.
  • Pemeriksaan akan dijalankan oleh pihak MyIPO untuk menentukan sama ada permohonan layak dianugerahkan PATEN atau tidak berdasarkan syarat-syarat di bawah Akta PATEN 1983 dan Peraturan-Peraturan Paten 1986.

Apakah Kriteria Untuk Mendapatkan PATEN?

  • Bagi pemberian paten, suatu rekacipta mestilah :
    • Baru, iaitu rekacipta itu masih belum dizahirkan kepada orang awam di mana-mana di dunia;
    • Melibatkan langkah merekacipta yang mana rekacipta itu tidak ketara kepada seseorang yang mempunyai pengetahuan
    • dan kemahiran dalam bidang teknologi tersebut; dan
    • Dapat digunakan dalam mana-mana industri.

Rekacipta Yang Boleh Diberikan Sijil Perakuan Perbaharuan Utiliti

Untuk mendapat Sijil Perbaharuan Utiliti, sesuatu rekacipta hanya perlu baru dan dapat digunakan dalam mana-mana industri.

Pemfailan Pertama di MyIPO Demi Keselamatan Negara

Demi kepentingan dan keselamatan negara, sesiapa yang tinggal atau bermastautin di Malaysia yang ingin memohon PATEN atau Pembaharuan Utiliti di luar negara, hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pendaftar.

Walaubagaimanapun, kebenaran bertulis ini tidak perlu jika permohonan telah dibuat di Malaysia sekurang-kurangnya 2 bulan.

Seksyen 62A: Perlanggaran Seksyen 23A merupakan satu kesalahan dan jika bersabit boleh dikenakan denda tidak lebih daripada lima belas ribu ringgit (RM 15,000.00) atau penjara selama tempoh tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Tempoh Perlindungan PATEN

PATEN dilindungi selama 20 tahun daripada tarikh pemfailan tertakluk kepada pembayaran fi tahunan. Manakala perbaharuan utiliti dilindungi selama 10 tahun dari tarikh pemfailan dan boleh dilanjutkan selama 5 + 5 tahun tertakluk kepada penggunaannya.

Prosedur Permohonan PATEN / Pembaharuan Utiliti (Akta PATEN 1983)


Piagam Pelanggan Bagi PATEN

  • Sijil Pemfailan dikeluarkan 3 hari dari tarikh permohonan diterima
  • Pemberian Geran PATEN dikeluarkan; 1 bulan 3 minggu daripada tarikh pemfailan permohonan Pemeriksaan Dipercepatkan (BORANG 5I) yang tiada bantahan
  • Sijil Pemberian PATEN / Perakuan Perbaharuan Utiliti dikeluarkan 26 bulan dari tarikh pemfailan bagi permohonan biasa

Begitulah serba-sedikit penerangan secara ringkas yang telah cuba Kak Fa padatkan mengenai PATEN. 😊 . Untuk maklumat yang lebih lanjut dan terperinci, anda boleh melawat ke:


#MyIPO #MyIPO15 #TradeMark #Copyright #Patent #GeographicalIndications #IntellectualProperty #IP #HartaIntelek #HakCipta #myipoctss
#enterpreneurs #usahawan #blogger #influencers #branding #ownbrand  #penjenamaan #jenamasendiri #produksendiri
#hasilsendiri #rekaciptasendiri #sesiapasahaja

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !