Home » , , , , , , » Ucap “I LOVE YOU” Pada Anak Setiap Hari!

Ucap “I LOVE YOU” Pada Anak Setiap Hari!

Ucap I LOVE YOU Pada Anak Setiap Hari!

I love you Firash! – Beberapa ketika selepas itu… I love you Mommy! Red heartRed heartRed heartRed heartRed heart… Sudah cukup untuk membuatkan hati terasa bahagia dan sudah cukup untuk membuatkan Kak Fa tersenyum walaupun untuk seketika. Without fail, Kak Fa ucap “I LOVE YOU” pada anak setiap hari! Kalau dalam sehari tu, adalah dalam 5 kali kami berbalas ucapan I love you macam tu. Besar makna ucapan I love you pada Kak Fa dan Kak Fa memang didik Firash untuk sama-sama mengucapkan I love you serta jadikan rutin kehidupan kami sebermula dari awal tahun ini. Pupuk dari kecil agar sentiasa menyayangi ibu bapa sehingga dewasa nanti. In Shaa Allah… Mudah-mudahan… Amin amin ya rabbal alamin.

Mungkin ada yang tidak sependapat tetapi setiap ibu bapa mempunya cara mengasuh dan mengasihi anak yang tersendiri. Untuk Kak Fa, ucapan I love you itu mempunyai manfaat yang tersendiri di dalam perkembangan anak kecil Kak Fa.

Memupuk Rasa Percaya Anak

Kak Fa akan ucapkan I love you pada Firash pada bila-bila masa yang Kak Fa nak. Sewaktu menyiapkan dia untuk ke sekolah di pagi hari, sebelum meninggalkan dia di sekolah di pagi hari, sewaktu Kak Fa telefon dia selepas waktu kelas dia, sewaktu bermain dan juga sewaktu malam sebelum tidur. Kebiasaannya Kak Fa akan berkata I love you sambil mengusap-gusap atau mencium dia. Kak Fa percaya yang ungkapan sayang yang Kak Fa tunjukkan ini dapat membantu Firash untuk rasa yang dia sememanganya disayangi dan percaya bahawa Kak Fa sentiasa ada untuk dia. Itu sebabnya Kak Fa perlu memupuk rasa percaya anak supaya anak berasa selesa dan tenteram dengan persekitarannya.

Memupuk Keberanian

Setiap kali anak Kak Fa berjaya melakukan sesuatu dengan baik Kak Fa juga tak lupa ucapkan I love you. Itu kata-kata motivasi tu! Percayalah hasilnya… Anak akan berani untuk mencuba sesuatu dan sentiasa berani di dalam setiap perkara yang ingin mereka cuba. Banyak perkembangan positif yang Firash tunjukkan dan semakin banyak benda-benda baru yang Firash mahu cuba apabila dia seronok mendengar ucapan I love you daripada Kak Fa setelah selesai melakukan percubaan-percubaannya. Smile. Dia tahu Mommy ada, dia tahu Mommy akan sentiasa memantau dan tak akan memperkecilkan diri dia. Jadi dia lebih berani untuk mencuba pelbagai perkara. Keberanian itu merupakan salah satu elemen penting untuk Firash di dalam proses pembelajaran dia akan datang.

Membuatkan Anak Berani Belajar Dari Kesalahan

Pada dasarnya, rasa sayang yang ada dikaitkan dengan sifat pemaaf. Ini juga yang akan berlaku kepada anak-anak kecil. Sewaktu mereka belajar sudah tentu mereka akan melakukan kesalahan kerana masih belum memahami mana yang betul dan mana yang salah. Tidak mengapa, sebagai ibu Kak Fa boleh memaafkan kesalahan tersebut dan membantu Firash untuk mencuba kembali.

Firash boleh dikatakan agak baran bila tidak dapat melakukan sesuatu yang dia mahukan, kebiasaannya Kak Fa akan dukung Firash sambil memujuk dengan diselitkan dengan kata-kata I love you. Secara tak langsung, Kak Fa galakkan dia untuk terus mencuba sehingga dapat dan membuatkan dia berani untuk belajar dari kesalahan dia. Memperbaiki kesalahan dia sehingga dia berjaya.

Menciptakan Perasaan Gembira

Sepanjang kami berbalas ucapan I love you… Firash akan membalas sambil mencium Kak Fa dan Firash cenderung untuk menatap mata Kak Fa dalam-dalam. Ini adalah petanda bahawa dia berasa gembira dan disayangi. Perasaan gembira yang dapat dikembangkan dalam diri Firash dapat mengurangkan rasa stress pada dia.

Ada banyak cara yang ibu-ibu boleh lakukan untuk menunjukkan rasa sayang kepada anak. Tidak semestinya setiap ibu stereotype… Tapi inilah salah satu cara Kak Fa yang dapat Kak Fa kongsikan di dalam menjalani kehidupan sebagai seorang ibu.

*Bila sudah terbiasa dengan ucapan I love you setiap hari, berulang-ulang… Anak Kak Fa kini faham yang dia juga perlu menyayangi ibu bapa dia… Tanpa dipinta atau diajar, dia sendiri mengucapkan I love you pada Babah dia bila dia dapat berkomunikasi di telefon dengan Babah dia ataupun berjumpa dengan Babah dia… Smile Good! Thumbs up Keep it up Firash!

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Ucap “I LOVE YOU” Pada Anak Setiap Hari!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, October 11, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

1 comments:

  1. atie pun selalu cakap I LOVE YOU kat anak2.. lagi2 anak lelaki.. hee~ memang bonding kuat, anak pun lebih yakin.. nampak perbezaan dengan anak kawan yang memang tak pernah mak ayah dorang cakap kata2 sayang camni.. thanx kak fa untuk entri yang menarik ni..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia