Apakah Mungkin Kak Fa Ada HOARDING DISORDER?

Farah Waheda Wahid
0
ADAKAH MUNGKIN KAK FA ADA HOARDING DISORDER

Few weeks back, Buletin Utama ada siarkan tentang kisah seorang warga emas yang hidup dalam timbunan sampah lebih daripada 7 tahun. Tapi warga emas tersebut hidup dalam timbunan sampah sebab dikatakan tidak sihat dan tidak mampu untuk membersihkan rumahnya. Macam tulah lebih kurang yang Kak Fa dengar pada waktu dan ketika itu. Tiba-tiba teringat pada sikap Kak Fa yang suka sangat menyimpan barang-barang… Dan secara kebetulan Kak Fa terbaca pula mengenai HOARDING DISORDER. Berbeza dengan Mama Kak Fa, Kak Fa ni suka sangat menyimpan barang… Ha ha ha… Open-mouthed smile Segala-gala nak simpan kalau boleh, terutamanya jika barang-barang yang berkenaan adalah barangan anak Kak Fa. Sayangggg sangat rasanya! Apakah mungkin Kak Fa ada HOARDING DISORDER?

ADAKAH MUNGKIN KAK FA ADA HOARDING DISORDER (2)
Kredit: Sumber dari SINI

Surprised smile wahhh! Melalui artikel yang dimuatnaikkan melalui pautan di SINI, hobi suka menyimpan barang-barang yang sudah tidak digunakan lagi dan tiada kegunaan adalah merupakan satu penyakit mental! Sick smile Takut pula Kak Fa membacanya… Tapi tetap nak teruskan pembacaan dan ambil tahu segala bagai jenis maklumat. Ada yang terbaca artikel yang sama tak? Ada mak-mak yang seangkatan dengan Kak Fa ni ada hobi menyimpan barang-barang macam Kak Fa tak?

Daripada pembacaan Kak Fa, 3 petanda awal anda berisiko menjadi pesakit HOARDING DISORDER adalah:

1. Perhubungan melampau (obsessive attachment) terhadap objek yang sudah tiada guna dan tidak nampak keperluan untuk dilepaskan. Thumbs down tak ada petanda ni.
2. Tempat penginapan anda menjadi semakin padat dengan barang-barang yang dikumpul dan disimpan (walaupun tiada guna). Malah makanan pun boleh dikumpul di dalam peti sejuk sehingga sudah berkulat. Thumbs down tak ada petanda ni.
3. Semakin melarat, apabila mengumpul sesuatu yang bukan milik peribadi, contohnya tisu daripada restoran, bekas makanan atau surat-surat lama yang tak terpakai dan akhirnya menyimpan sampah-sampah. Thumbs down tak ada petanda ni.

Ada juga yang jenis tidak bersepah, malah tersusun rapi, cuma sayangnya penyakit itu tetap ada. Tetap barang-barang yang sudah tidak perlu yang disusunnya. Sebabnya, setiap kali nak buang, setiap kali tulah terfikir yang benda tu elok lagi dan masih boleh digunakan pada kemudian hari.  (yang ini ada).Itulah simptom yang terbesarnya… Percaya bahawa objek tersebut pasti akan ada gunanya satu hari nanti. Ngeee…. Open-mouthed smile

Kak Fa mengaku yang Kak Fa suka simpan beberapa jenis barang… Nerd smile… Contohnya resit-resit di dalam dompet, dalam handbag. Barang-barang Firash… walaupun kotak barangan permainan. Tapi semuanya tersusun rapilah… Ahaksss… Embarrassed smile… Dah ada jugalah tu petanda HOARDING DISORDER tu… Alahaiii… Tersangkut-paut juga dengan penyakit mental rupanya Kak Fa ni… Wakakaka… Punyalah jenuh nak mengelak dari sakit mental… Rupanya terjerumus juga akhirnya… Haippp… You all tu… Jangan nak gelak sangat…Cuba tengok kalau-kalau you all pun suka menyimpan barang… Smile with tongue out

Punca terjadinya HOARDING DISORDER masih misteri, tidak diketahui penyebabnya. Mungkin saja disebabkan oleh stress, genetik, keadaan kimia otak dan macam-macam lagilah penjelasan.

Nampak-nampak gayanya… Kak Fa nak kena buat total cleaning ni! Semua barang-barang yang tersimpan selama lebih 3-6 bulan Kak Fa nak kena saring dan fikir-fikirkan untuk jual sebagai pre-loved item ni. Ok ok… Mungkin ada yang tertanya-tanya…Kalau barang tu ada sentimental value pada kita? Yang sentimental value tu tak ada siapa pun nak melarang… He he he…Kak Fa pun tak sanggup nak buang atau jual barang-barang sentimental value ni… Terutama barang-barang berkaitan dengan Firash. Cuma recently Kak Fa adalah jual koleksi die-cast collectibles Thomas and Friends Firash di aplikasi Shopee dengan nilai separuh harga. Koleksi yang ada lebihan dan dia sudah ada lebih dari satu. Banyak-banyak sangat pun semak rumah.

Haaa…itu petanda yang Kak Fa belumlah perlu dapatkan rawatan atau terapi dari pakar psikologi ataupun therapist… Kan? Kan? Kan? Mak-mak…Sila berjaga-jaga sebabnya HOARDING DISORDER ni semacam dekat dengan kita yang bergelar mak-mak ni jer? Nerd smile… Jika tidak kita sendiri yang pantau dan kawal, rasanya…kalau dah jadi habit…boleh jatuh sebagai pesakit HOARDING DISORDER dah kita ni… Hu hu hu… Apa pun, Kak Fa berharap dan berdoa agar kita semua tak adalah penyakit HOARDING DISORDER ni… In Shaa Allah… Amin amin ya rabbal alamin.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !