Home » , , , , , , » Susah Jadi Blogger Ni Sebenarnya…

Susah Jadi Blogger Ni Sebenarnya…

trends-in-blogging-influencer
Kredit: Gambar dari Google

For more than 10 years, Kak Fa jadi blogger… Nak tau tak? Jika diamat-amati betul-betul, susah jadi blogger ni sebenarnya… Iya… Betul… Jadi blogger bukan sekadar buka pc atau laptop, lepas tu mula mengarang ikut suka-suki hati dan kemudiannya hit the publish button. Dah tu jer… Make up sana sikit…Make up sini sikit dah cun dah entri tu… Terus pegang title blogger. Next part, dapat invitation untuk event, dapat invitation untuk blog collaboration, dapat barang-barang review free, then publish. Kalau ada payment… Alhamdulillah… Kalau tak ada… kongsi kosong jer… Tapi kuota internet berjalan, electricity tetap berjalan… He he he… Smile. Tapi adalah sumbangan pada trafik blog kan? Winking smile Bukanlah Kak Fa nak arahkan entri ni dengan motif nak jadi berkira sangat serba-serbi… Entri ni sekadar luahan hati Kak Fa jer… Tak paksa pun sesiapa baca sampai habis dan tak paksa pun sesiapa untuk baca. Juga! Tak ada niat setitik pun dalam hati Kak Fa ni nak merendah-rendahkan sesiapa ataupun mengata tentang sesiapa… Ini adalah sekadar luahan hati Kak Fa secara umum… Tidak ada kena mengena sama ada mereka yang masih hidup ataupun yang telah pergi meninggalkan dunia ini.

Apa yang Kak Fa fikir dan Kak Fa katakan sebagai susah jadi blogger ni sebenarnya?

Saham Akhirat

Ini dalam konteks penulisan blog lah ya? Gaya – lenggok – tatabahasa – penyampaian penulisan maya di blog ni bukan boleh dibuat main. Sebenarnya… Kak Fa dah terfikir benda ni lama dah…Dan selama jadi blogger selama tu jugalah Kak Fa sebaik mungkin cuba untuk mengawal segala benda yang Kak Fa nyatakan tadi. Memang…Kak Fa mengaku, Kak Fa bukan jenis yang pandai sangat nak buat ayat menyindir (dan Kak Fa elakkan ayat menyindir sebaik mungkin di dalam penulisan maya Kak Fa eventhough terkadang tu Kak Fa akui Kak Fa ada terlepas sikit…Hu hu hu… Kak Fa cuma manusia yang tak lari dari khilaf…). Kak Fa selalu gigih nak jadi professional dan tak campur adukkan emosi negatif dalam penulisan Kak Fa. Tu semua saham akhirat. Katalah satu hari nanti, Kak Fa dah tak ada… Lepas tu nanti… Kak Fa banyak muatnaik entri yang menyakitkan hati orang lain… Kak Fa dah pergi ni… Lepas tu, tiba-tiba… masih ada tersisa penulisan maya Kak Fa untuk tatapan umum… Tak sempat Kak Fa nak minta maaf… Hu hu hu… Kak Fa lah yang tanggung ya tak?

Tak pun the other way round? Orang yang sakit hati tu yang pergi dulu menemui ilahi… Kak Fa tak sempat minta maaf? Kak Fa jugalah yang tanggung ya tak? Sebab tu Kak Fa katakan… saham akhirat… Salah satu bentuk yang menyumbang kepada dosa Kak Fa juga. Susah jadi blogger… Kena betul-betul perhatikan gaya – lenggok – tatabahasa – penyampaian penulisan maya. Silap haribulan, entah macam mana, walaupun you tak berniat nak sakitkan hati sesiapa… Tiba-tiba ada pula pihak yang terasa hati dengan penulisan maya you… Ber hu hu lah Kak Fa dekat sana nanti sebab tak sedar kesilapan Kak Fa yang satu ni. Jaga punya jaga…Terkadang kita tak duga… Tu sebab berat sikit Kak Fa nak buat ayat-ayat yang konon-konon tegas, penegasan dan sewaktu dengannya macam tu jer… Mesti ada disclaimer tak pun minta maaf awal-awal dalam entri yang sama. Ha ha ha… Open-mouthed smile

Organik

Challenging! Nak dapatkan segala yang berkaitan dengan organik tu tak semudah menyebut perkataan organik. Ha ha ha… Open-mouthed smile… Blogger dah biasa dengan blogger blogwalking thread… Kak Fa akui sebelum anak Kak Fa lahir dulu, Kak Fa boleh dikatakan champion juga ber-blogwalking… Ha ha ha…. Open-mouthed smile Bila anak dah lahir jer…Kekangan waktu membuatkan Kak Fa terpaksa terhadkan aktiviti blogwalking… Bukan Kak Fa sombong, tapi Kak Fa dahulukan apa yang perlu mengikut priority…. Masa pejabat, memang Kak Fa tak sempat nak buat apa pun… Balik rumah dah sibuk dengan rumah, dengan anak… Malam Kak Fa draf entri-entri Kak Fa untuk dimuatnaikkan ke blog keesokkan harinya, baca email, reply email segala bagai… Lepas tu dah mengantuk… Kak Fa akui kelemahan Kak Fa yang satu ini, Kak Fa tak dapat nak aktif berblogwalking macam dulu. Tapi Kak Fa tak pernah lupa semua rakan-rakan blogger Kak Fa… Mari ber-hu hu hu…

I found it challenging sewaktu mula-mula nak fokus kepada trafik organik dan trafik bukan dari blogger. Even up till now pun still trying to survive but boleh dikatakan survivinglah… Mostly traffic Kak Fa setakat ni, majoriti datang dari enjin carian Google… Memang itu target Kak Fa…Kak Fa nak trafik blog Kak Fa universal bukan semata dari blogger jer. Blogger pun penting. Enjin carian pun penting. Bukan senang nak established trafik dari enjin carian jika tak kena pada caranya. Memang kena buat kajian sikitlah… Apa yang orang suka baca, apa yang mungkin orang cari, apa yang mungkin orang nak tau… Tak mudah kau nak dapat komen organik dari orang yang bukan blogger. Tak mudah kau nak tarik pembaca yang bukan blogger. Mari ber hu hu hu…. It’s a challenge pada Kak Fa…Kadang-kadang ada juga rasa nak pecah kepala semata kerana kau sibuk nakkan trafik organik… ha ha ha…. Open-mouthed smile… Benda tak complicated pada orang tapi jadi sangat complicated pada Kak Fa bila berkait dengan organik.

Organik bukan mudah… Tu jer Kak Fa boleh cakap… Kena cari kekuatan sendiri, kena cari keunikan sendiri, kena cari kreativiti sendiri, kena cari tahu cara sendiri macam mana nak drive trafik organik ke blog… Siapa-siapa pun tak boleh tolong… Yang boleh tolong mungkin beritahu asas jerlah nak buat macam mana, teknik macam mana, main SEO macam mana… But all in all… Memang kena datang dari diri sendiri. Tapi baguslah juga… sebab dengan jadi blogger boleh buatkan brain Kak Fa ni bekerja dan tak mati… Ha ha ha… Open-mouthed smile Sentiasa jer berfikir! Tak pernah berhenti berfikir…Kadang-kadang terasa cam selagi bernyawa selagi tulah berfikir… Yang bagus lagi… Eloklah Kak Fa sibuk berfikir perkara positif macam ni dari berfikir tentang keburukan orang lain ya tak? Hu hu hu… Allah divert pemikiran Kak Fa ni di sebalik semua ni… Syukur…

Hidup

Hidup dalam hidup, atau hidup dalam mati… Ecehwah…Macam lagu Syameel pula… Hidup Dalam Mati tu kan? Winking smile… Your blog is live… Semua orang boleh taip URL anda dan semua orang boleh tengok apa yang terpapar di blog anda… Tapi persoalannya sama ada hidup dalam hidup atau hidup dalam mati… Ingat senang? Susah wehhh nak buatkan blog kau jadi alive! Kadang-kadang you feel like your brain is cracking and the pieces scattered here and there… Tulah cabarannya jadi blogger yang Kak Fa rasa challenging setiap hari… Making Bubblynotes.Com alive… Alive tu bukan bermaksud happening sentiasa ada cerita yang best berjimba ke sana ke mari jer… Yang tu, Kak Fa mengaku Kak Fa kalah… Ha ha ha… Open-mouthed smile Sebab Kak Fa ni, most of the time terperuk kat dalam rumah jer…. Alive tu bermaksud menjadikan blog tu ada macam-macam warna… Macam orang boleh nampak rainbow dekat blog kau…. Susahnya lahaiii weiii…. Kena sentiasa berusaha gigih untuk jadikan blog tu tak boring walaupun kau taklah sehappening mana…. Tak happening tapi kena cari cara nak mold-kan blog tu supaya terasa seperti berwarna-warni… Kalau dah hari-hari Kak Fa dok kongsi tips jer… Bosan juga orang…Kalau dok hari-hari dok cerita pasal anak Kak Fa jer…Bosan juga orang… (Macam kau sorang ada anak kecil seperti yang Kak Fa pernah kena dulu… Ha ha ha… Habis tu dah namanya pun parenting blogger? Smile with tongue out), kalau dah hari-hari Kak Fa dok kongsi cerita kosong pun, nanti ada yang hantar komen lagi kata entri sampah… Wakakaka…Macam-macam kan?

Consistency nak jadikan blog tu rainbow… Bukan kerja senang weiii… Long-lost blogger yang pernah guide Kak Fa serba-sedikit tentang blog pernah pesan… Kepelbagaian, variety… Jangan jadikan blog boring… Tu yang Kak Fa dok ingat sampai sekarang ni lagi…Walaupun dah tak berkomunikasi… Sekalipun Kak Fa tak pernah lupa… Terima kasih pada yang berkenaan… Kak Fa hargai sangat-sangat ilmu tu…. Tapi dalam sibuk nak konsisten jadikan blog Kak Fa rainbow…Tak adalah Kak Fa mengaku yang Kak Fa punya blog ni dah jadi betul-betul awesome atau rainbow…Ada yang lagi awesome dan rainbow…Kak Fa ni…Tengah belajar-belajar dan struggle lagi nak konsisten kan… In fact… blog Kak Fa ni taklah pula Kak Fa mengaku bukan blog yang boring… Sungguh…Demi Allah… Kak Fa pun masih terkapai-kapai lagi ni ha… Ok…Mari ber hu hu hu lagi…. Sick smile

Bahan

It takes effort…antara bahan bacaan dan relation to your current life or status…. Memang nak tak nak… Kak Fa kena struggling untuk dapatkan seberapa banyak ilmu mengenai niche Kak Fa, Kak Fa kena study, Kak Fa kena baca dulu dan kemudian Kak Fa kena pertimbangkan. Bagi Kak Fa it takes a lot of process. Kalau ada yang kata, benda sebenarnya senang… Buat apa nak complicated-kan… Well, setiap orang berbeza… Setiap orang ada cara dan gaya yang tersendiri… Inilah gaya dan cara Kak Fa…Dan Kak Fa tak pernah pun nak paksa siapa-siapa supaya ikut cara Kak Fa…Mungkin Kak Fa suka cara ni kan? Tak semestinya cara Kak Fa ni yang terbaik… Ada blogger yang bersantai sahaja pun successful… Tapi tu bukan Kak Fa lah…Kak Fa mengaku awal-awal… Kak Fa tak ada kreativiti untuk hidupkan blog secara santai dan bersahaja macam tu jer… Kak Fa mesti nak ada relation, ada facts, ada reference dan ada pengisian baru Kak Fa rasa macam Kak Fa puas menulis secara maya. Kak Fa mencari self-satisfaction bila menulis secara maya dan Kak Fa ada aim atau target Kak Fa yang tersendiri di dalam setiap penulisan Kak Fa…Bukan Kak Fa perasan bagus… Lillahitaala… Memang inilah Kak Fa sebab writing is my passion since bangku sekolah lagi. Cita-cita dulu nak jadi journalist tapi tak jadi pun… Muahahaha… Open-mouthed smile.

To be honest, kalau Kak Fa sendiri rasa penulisan maya Kak Fa macam entah apa-apa, Kak Fa sendiri yang rasa frustrated sampai rasa macam tak puas hati sangat. Lepas tu mulalah marah diri sendiri. Ha ha ha Open-mouthed smile… Dah kronik betul sindrom ketagih blog Kak Fa ni ha…. Working too hard on it… Lagi puas kalau orang yang membaca puas dengan apa yang Kak Fa kongsikan… Kadang tu terfikir juga… Kenapa blog aku ni tak macam jadi diary? Ha ha ha… Open-mouthed smile… Bukan blog more to penulisan relaks dan santai ke? Ni tak… Ko macam fikir complicated sangat…. Nampak tak permainannya di situ? Kak Fa dah complicated kan benda yang simple dan sebenarnya memang tak boleh ubah sebab tulah Kak Fa…

Errr… Tu jer nak meluah tentang apa yang Kak Fa rasa susah dan still surviving until now… Tapi kannn… Jujur Kak Fa nak beritahu ni… Kenapa Kak Fa rasa krik krik krik jer lepas habis menaip entri ni… Muahahaha… Open-mouthed smile Kau nak meluah jer pun tapi dalam masa yang sama kau takut kalau kau terkecik-kan hati sesiapa atau tersilap bicara di dalam penulisan kau…. Hu hu hu… Apa-apa pun…Memang bukan nak perasan bagus, perasan good-good ataupun nak tuju or kata sesiapa ya? Demi Allah… Jadi maafkan Kak Fa kalau Kak Fa ada mengguris hati sesiapa secara kebetulan dan tak sengaja… Hu hu hu….

*Tak ada pun nak bajet bagus…. Lillahitaala… Sorry tau… Sorry sangat-sangat kalau Kak Fa ada silap…

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Susah Jadi Blogger Ni Sebenarnya…, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, October 31, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

5 comments:

  1. feel ya....posting saya selalunya pendek2, jarang sgt yg panjang2

    ReplyDelete
  2. Dulu pun ingatkan blogging nie cuma tulis entri dan publish . Bila dah lama dalam dunia blogging ini , betul apa yang kak farah kata tu .

    ReplyDelete
  3. moga kita semua terus konsisten dan sukses dalam dunia blogging ya =)

    ReplyDelete
  4. betul. jangan jadi kan blog tempat meluahkan perasaan marah dan sebagainya. kawal emosi tu penting. tulislah benda yang memberi faedah pada orang lain ;)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia