PRESCHOOL LIFE | Kenapa Ibu Bapa Fussy Atau Cerewet?

PRESCHOOL LIFE_KENAPA IBU BAPA FUSSY ATAU CEREWET

Kerap sangat-sangat dah sekarang ni, Kak Fa terserempak dengan artikel-artikel dari pelbagai sumber yang melontar-lontarkan suara tentang ibu bapa kepada preschooler yang dikatakan fussy atau cerewet. Pukul anak sindir menantu! Rolling on the floor laughing… Tak banyak sikit, Kak Fa terpanggil nak menjawab lontaran-lontaran suara yang berkenaan. Nerd smile. Nak educate sedikit pada mana-mana pihak yang kurang jelas, kurang faham, faham tapi buat-buat tak nak faham tentang PRESCHOOL LIFE | Kenapa Ibu Bapa Fussy Atau Cerewet?. Bukan sebab Kak Fa sentap ke apa ya? Tapi sebab anak Kak Fa pun seorang preschooler, jadi sedikit sebanyak Kak Fa faham kenapa ibu bapa boleh jadi fussy atau cerewet! Kak Fa? Fussy tak? Cerewet tak? Terus-terang, Kak Fa boleh jadi YAY… Boleh jadi NAY… Ataupun Kak Fa boleh jadi YAY and NAY… Faham? Ha ha ha… Open-mouthed smile

Macam nilah senang cerita… Di antara jawapan kenapa ibu bapa fussy atau cerewet adalah sepertimana yang Kak Fa sempat pecahkan kepada beberapa subjek dan pengisian di bawah:

Kindergarten Horror Stories

Kak Fa pernah update entri tentang Kindergarten Horror Stories ni pada tahun 2015 dahulu. Ibu bapa ni sayangkan anak-anak. Siapa tak sayangkan anak oiii…. Haiwan pun reti nak sayangkan anak-anak masing-masing. Apa ingat bersalin tu senang ke? Winking smile. Banyak sangat cerita-cerita berkitar di media sosial ataupun di paparan berita televisyen, akhbar dan juga dari mulut ke mulut. Masalah rakan-rakan sebaya atau lebih berusia daripada anak-anak di pra sekolah atau tadika. Contohnya seperti penyakit berjangkit, pukul-memukul di antara satu sama lain, gigit menggigit, cakar mencakar, curi mencuri dan macam-macam lagi. Dari sudut tadika tu sendiri, guru yag mengajar mungkin tidak berkelayakan, tidak menjaga anak-anak kecil di pra sekolah dengan cara yang sepatutnya, pendekatan atau personaliti seseorang guru itu tidak kena dengan anak-anak kecil. Haiii…macam-macamlah. Boleh refer entri lama Kak Fa tu untuk lebih jelas.

Ibu Bapa Kenal Dan Ingin Kenal Anak-Anak Mereka

Watak anak-anak ni berbeza bila di hadapan ibu bapa dan juga di sekolah. Tak sama! Ada perkara yang mereka tidak tunjukkan di hadapan ibu bapa akan ditunjukkan di sekolah. Ada perkara yang tidak ditunjukkan di sekolah akan ditunjukkan di hadapan ibu bapa. Vice versa. Macam tulah. Makanya, terkadang tu, bukan ibu bapa fussy atau cerewet. Cumanya ibu bapa kenal dan ingin kenal anak-anak mereka. Maka silalah hadamkan kefahaman tentang perkara ini dan jangan terus-terus nak fikir yang ibu bapa seseorang anak murid tu fussy atau cerewet bila mana mereka secara berkala bertanya kepada guru kelas anak-anak mereka. Ingat tentang perkara ini bila berhadapan dengan ibu bapa yang suka bertanya ya cikgu-cikgu? Nerd smile

Tapi yang ibu bapa punnn… Janganlah setiap hari hantar atau ambil anak di tadika setiap kali tu jugalah nak tanya ya? Sesekali secara berkala bertanya lah kan? Takkanlah nak tunggu sehingga Parents Teacher Meet baru nak beritahu dan memberitahu segala perkara. Lama sangat simpan dan kumpul tu oiii… Ha ha ha… Open-mouthed smile Cikgu-cikgu sila anggap pertanyaan ibu bapa sebagai satu perkara yang positif di dalam penglibatan ibu bapa di tadika untuk anak-anak dan juga amalan two-ways communication. Malu bertanya sesat jalan. Tak salah pun bagi Kak Fa jika parents bertanya. Jika ada masalah sepanjang proses pembelajaran mereka di sekolah, tak salah sekiranya ibu bapa ambil tahu. Mana tahu dari situ, ibu bapa boleh bantu di dalam menambahbaikkan keadaan. Betul tak? Macam Kak Fa nyatakan tadi.. Tak tanya tak tahu, tak beritahu tak tau. Tunggu sampai Parents Teacher Meet, makanya sampai ke sudahlah masalah di dalam pembelajaran atau sikap anak ambil masa yang lama untuk diperbaiki. Kanak-kanak ibarat rebung…Melentur buluh biarlah dari rebungnya… Lagi cepat lagi baik… Betul tak? Winking smile

Peka Dengan Keadaan Fizikal Anak

Kak Fa pernah tau… Nak tanya ke tak tanya? Nak tanya ke tak tanya? Serba salah dibuatnya hoiii… Nanti tanya takut cikgu fikir kita fikir yang negatif pada pihak school ataupun guru. Kalau tak tanya nanti kita tak tau pula apa sebenarnya yang berlaku kepada anak kita. Betul tak? Pergi elok jer keadaannya… Balik tengok dah lebam sana, lebam sini. Benjol sana, benjol sini… Bengkak sana, bengkak sini… Calar sana, calar sini… Luka sana, luka sini… Kau ghase? Maunya parents tak buka mulut bertanya.

Pengalaman Kak Fa sendiri bukan di Genius Aulad ya? Genius Aulad setakat ni Alhamdulillah tak ada perkara sebegini berlaku … Pertama kali bengkak di hidung dan mulut… Kak Fa diamkan dahulu, keesokkan paginya Kak Fa tanya… Tanya dengan elok… Jawapannya… “Ha ah kan? Semalam Firash jatuh tersembam kat lantai kan?”… Benda dah jadi… Kak Fa nak cakap apa lagi… Benar yang berlalu biarlah berlalu, tapi hati ibu kan? Faham tak? Terkesan dalam hati ni… Tapi Kak Fa cuba positifkan diri untuk redha dan fikir yang Firash memang salah. School tak salah, teacher tak salah. Smile. Senyum.

Pengalaman kedua… Jatuh dan luka di lutut dan tapak tangan. Kak Fa tak tanya tapi Kak Fa diberitahu oleh teacher Firash. Ok lah… Itu memang salah Firash sendiri yang Kak Fa dapat tahu. Dia yang main di tempat yang tidak sepatutnya. Pengalaman ketiga, pergi dalam keadaan baik, balik dalam keadaan bengkak dan benjol yang besar serta biru di dahi. Kak Fa terus tanya di pintu tadika tu sendiri…”Kenapa dengan dahi Firash?”… Jawapan yang Kak Fa terima… “Eh.. tak tau…Pagi tadi bukan dah ada ke?”… Kau ghase? Apa perasaan mak ni? Kak Fa hantar elok jer tak ada kecederaan, tapi bila Kak Fa ambil dah jadi gitu. Moral of the story… Advisable kalau sebelum hantar anak pergi sekolah kau selfie dulu dengan anak dan simpan sebagai bukti. Supaya nanti, bila ada yang claim memang anak kau dah mengalami kecederaan dari pagi dari rumah, kau dah ada bukti. Walhal, sebelum tu Kak Fa dapat mesej dari teacher dia ada sesuatu yang berlaku di sekolah pada Firash.

Kak Fa dari tak fussy, dari tak cerewet boleh jadi fussy atau cerewet ya? Habis tu kalau dah kerap sangat anak mengalami kecederaan? Maunya kau tak jadi fussy atau cerewet. Setiap kali Kak Fa ambil Firash atau setiap kali Firash balik ke rumah, memang Kak Fa akan check satu badan Firash. Sebab banyak kali sangat insiden kan? It’s my right kan? I’m his mom… Betul tak?

Sikap Anak

Anak yang ibu bapa kenal, begitu perangainya… Anak yang ibu bapa kenal tahu pendekatan yang bagaimana jika anak aktif, hyper ataupun meragam serta tantrum. Ibu bapa yang menjaga dan membesarkan sejak lahir. Ibu bapa juga tahu pendekatan yang bagaimana yang boleh diterima oleh anak. Benar, pihak sekolah ada pendekatan mereka yang tersendiri. Kak Fa respect dan Kak Fa open to that… Kak Fa tak ada masalah langsung. Malah Kak Fa sendiri berulang kali nyatakan… Jika perlu tegas, sila jadi tegas, bila perlu marah sila marah sebab Kak Fa faham tugas guru mendidik dan membimbing anak-anak di sekolah. Tapi… bila some what strangers yang baru muncul dalam hidup anak kau dan tiba-tiba boleh jadi hilang kesabaran dan herdik anak kau sampai anak kau tidur pun mengigau teresak-esak? Kau ghase? Terganggu tak emosi seorang ibu?

Bila situasi seumpama ini terjadi… tentunya dari tak fussy atau tak cerewet, kau boleh bertukar jadi fussy atau cerewet… Ibu bapa ambil tahu, ibu bapa nampak fussy atau cerewet sebab ibu bapa nak tahu apa masalah anak di sekolah dan ibu bapa kalau boleh nak bantu bagi input bagaimana untuk mengendalikan anak mereka sekiranya segala cara yang guru-guru lakukan tidak jalan. Yes. I do agree, preschoolers teachers semuanya ada background pendidikan kanak-kanak dan psikologi kanak-kanak… Walaupun ada tak semua applies their knowledge that they have… Samalah macam situasinya di mana … Bila kita belajar, kita graduate, kita mungkin power dari segi theory tapi praktikal hancusss… Ada kan situasi macam ni di kalangan graduan kita? Betul tak? Jadi tak mustahil perkara ni boleh berlaku juga di preschool. Tidak mustahil ya? Tidak mustahil… Ini adalah perkara realiti…

Perkembangan Anak

Ibu bapa bukan suka-suka nak fussy atau cerewet… Ibu bapa hantar anak-anak ke preschool sebab nak anak-anak bersosial sesama rakan sebaya, seronok ke sekolah dan belajar perkara-perkara yang sememangnya mereka sepatutnya belajar di usia mereka. Selain usaha ibu bapa mendidik anak-anak, ibu bapa juga memerlukan bantuan tambahan untuk anak-anak belajar. Faham-faham sahajalah… Kebanyakan dari kita ibu bapa ni bekerja… Masa itu agak terhad… Sebab tu ibu bapa hantar anak-anak ke preschool untuk mengisi hari-hari mereka dan dalam masa yang sama berkembang. Mungkin juga, alternatif bantuan untuk ibu bapa yang facing difficulting in getting their children to learn or do something? Sebab tu lah kan anak-anak di hantar….

Kak Fa cakap macam ni, nanti ada pula yang berbunyi…Kalau dah fussy atau cerewet sangat… Ajar jer sendiri kat rumah, tak perlu hantar ke preschool… Buat jer homeschooling… Well… Bukan suka-suka nak fussy atau cerewet bila ibu bapa tidak dapat melihat perkembangan anak…. Setiap ibu bapa yang membayar yuran ingin melihat perkembangan anak-anak… Bukan minta banyak…Jika dalam seminggu satu kemahiran baru pada anak pun itu dah cukup memadai pada ibu bapa… Bukan setiap hari ibu bapa mengharapkan ada perkembangan baru… Ibu bapa pun faham yang untuk mendapat atau menghadam sesuatu kemahiran baru tu pada sesetengah anak mungkin makan masa yang agak lama… Tapi takkanlah sampai 6 bulan sikit pun tak nampak apa-apa? Kadang-kadang bila dalam situasi macam ni, ibu bapa boleh jadi confuse tau… Aku hantar anak aku ni pergi taska ke? Atau pergi tadika? Suka-suka jer ke hantar dia untuk habiskan masa di school macam tu jer setiap hari dari Isnin hingga Jumaat. Faham tak? Boleh hadam tak? Ibu bapa ni memerhati apa yang anak bawa balik dari school ya? Bukan dari pertanyaan…Dari tingkah laku anak, apa yang anak tuturkan dan bagaimana behaviour anak pun ibu bapa detect perkembangan anak. Kak Fa lah… Orang lain Kak Fa tak pasti… Hu hu hu…

Haaa…tulah dianya pecahan faktor-faktor kepada pertanyaan kenapa ibu bapa fussy atau cerewet yang dapat Kak Fa bahaskan… Bukan suka-suka ibu bapa tu dilabelkan sebagai fussy atau cerewet… Tapi tolonglah faham dari kedudukan ibu bapa juga. Tak dinafikan ada ibu bapa yang benar-benar fussy atau cerewet. Itu apa pun tak boleh. Tapi semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak masing-masing, sebab tu jadi macam tu. Fussy atau cerewet ibu bapa itu bersebab dan antara sebab tu juga, termasuklah kau tak nak rasa terkilan yang kau bayar yuran pendaftaran, yuran bulanan bila kau nampak perkembangan positif dan perkara yang positif yang anak kau bawa balik dari sekolah. Bila ada yang tak kena, rasa berat jer kau nak bayar yuran pendaftaran atau yuran bulanan sebab macam nothing… Ada ibu bapa yang level sampai macam ni sekali tau tak? Suara-suara yang menyuarakan ibu bapa fussy atau cerewet tu… Bila kau ibu, kau bapa, kau tahu bagaimana dan apa… Winking smile Jika itu adalah anak-anak anda, makanya tidak mustahil anda juga boleh jadi fussy atau cerewet!

*Psssttt… Yang parents pula, kita ni kalau nak fussy atau cerewet pun biarlah berpada-pada ya tak? #selfreminder

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel PRESCHOOL LIFE | Kenapa Ibu Bapa Fussy Atau Cerewet?, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, September 29, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

0 comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia