Home » , , , , , , , » "Kindergarten Horror Stories" - Ibu Bapa Perlu Bersedia Apabila Anak Memulakan Alam Pra Sekolah...

"Kindergarten Horror Stories" - Ibu Bapa Perlu Bersedia Apabila Anak Memulakan Alam Pra Sekolah...

Sumber dari Google 

Anak-anak kecil memang cepat membesar. Semalam rasanya macam baru jer lahir... Hari ni alih-alih dah nak masuk 2 tahun dah... Hari ni masuk usia 2 tahun tup tup tup esok dah nak memulakan alam pra sekolah atau tadika. Waktu itu memang pantas berlalu seadanya. Sebab itu ada pepatah Inggeris mengatakan "Time And Tide Wait For No Man".  Tiada siapa yang boleh menghentikan masa tiada siapa yang boleh mengubah masa mengikuti apa yang kita hendak. Melainkan kalau ubah waktu mesyuarat tu lain cerita yer tak? Itu hal lain. 

Ash pun dah nak masuk 2 tahun dah usia dia tak lama lagi. Tup tup tup, tak lama selepas itu nanti, mulalah pula alam pra sekolah atau tadika. 

Menyebut tentang alam pra sekolah atau tadika ni, banyak juga Farah mendengar cerita dari mulut ke mulut, telinga ke telinga dan juga membaca kisah-kisah tentang permasalahan yang berlaku kepada anak-anak kecil di alam pra sekolah ataupun tadika ni. Masalah yang macam mana? 

Dari segi rakan-rakan sebaya atau lebih berusia dari mereka di pra sekolah atau tadika. Mungkin akan wujud permasalahan seperti penyakit berjangkit, pukul memukul di antara satu sama lain, gigit menggigit di antara satu sama lain, curi mencuri di antara satu sama lain. Dari segi pra sekolah itu sendiri, guru yang mengajar mungkin tidak berkelayakan, tidak menjaga anak-anak kecil di pra sekolah dengan cara yang sepatutnya, pendekatan atau personaliti seseorang guru itu tidak kena dengan anak-anak kecil. 

Hurmm, bab memilih pra sekolah atau tadika yang bersesuaian ni memang kerja ibu bapalah. Salah pilihan bakal membawa kesan kepada anak-anak dan terbitlah nanti di kemudian hari cerita-cerita yang mungkin kurang enak kita dengari. Tapi kadang-kadang mana lah kita nak tau kan, kalau-kalau pilihan kita tu adalah pilihan yang salah.

Ibu bapa memang "protective" terhadap anak-anak masing-masing. Siapa yang tidak "protective" kann??? Itu dah jadi tugas dan tanggungjawab untuk melindungi anak-anak. Cuma ada kalanya, bila sudah terlepas ke alam persekolahan, bila sesuatu berlaku di luar kawalan ibu bapa dan ketika ibu bapa tiada bersama mereka, nak melindungi pada waktu dan ketika itu memang agak payah atau tidak mungkin.

Sumber dari Google
Makanya, perhati-perhatikanlah anak-anak kita bila dah mula masuk ke alam persekolahan. Itu salah satu perkara yang dapat dilakukan. Lihat emosi mereka dan bagaimana reaksi mereka jika apa-apa sahaja yang berkaitan dengan sekolah. Jika ada yang tidak kena, kenalah kita sebagai ibu bapa bawa siasat-siasat yer? Jangan dibiarkan keadaan anak itu berterusan jer begitu...

Farah faham kenapa ada sesetengah ibu bapa tak kisah berkorban membayar yuran pra sekolah yang dah ibarat yuran satu semester pengajian Diploma di universiti dan Farah faham kenapa ada sesetengah ibu bapa yang amat "fussy" di dalam pemilihan sekolah buat anak-anak mereka. Jadi umum juga perlu faham, bukan saja-saja setiap tindakan individu pasangan ibu bapa dan bukan niat mereka untuk menunjuk-nunjuk bahawa mereka berkemampuan menghantar anak ke sekolah yang tinggi perbelanjaannya walaupun hakikatnya ibu bapa itu terpaksa mencerut perut ataupun beralah di dalam perbelanjaan mereka sendiri.

Ini adalah salah satu perkara yang ibu bapa boleh lakukan untuk anak-anak... Tidak timbul isu tadika mahal, tadika murah... Jika mahal tetapi tiada kualiti pun tidak berguna, jika murah tetapi berkualiti pun bagus juga.

Menurut Jawathi Perera, pengerusi kepada Malaysian Association of Kindergartens di dalam satu artikel di SINI

Parents should take their child to the school and see if this is a school the child is happyto go, rather than shopping from one school to the next.

Adalah dinasihatkan supaya ibu bapa:

1. Berhati-hati ketika memilih pra sekolah atau tadika. Carilah sekolah yang mana anak anda selesa dan gembira.

2. Pastikan lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri yang mana kebiasannya digantung di dalam bilik pengetua.

3. Baca segala terma dan syarat bila mendaftar anak-anak anda untuk memeriksa sama ada anda boleh mendapatkan pulangan pembayaran sekiranya anda mahu memberhentikan anak anda dari sekolah tersebut.

4. Ibu bapa sepatutnya cuba menyelesaikan apa jua permasalahan bersama pihak sekolah  dan sekiranya tidak berjaya serta isu adalah serius, ibu bapa ambillah tindakan yang sewajarnya dengan memfailkan aduan kepada Jabatan Pendidikan Negeri. Tapi sebelum tu, ibu bapa perlu mengumpulkan bahan bukti untuk dibawa ketengah.

Owh ya, sebenarnya tidak kira sama ada pra sekolah atau tadika itu di bawah kerajaan ataupun swasta, ibu bapa masih boleh membuat aduan di Jabatan Pendidikan Negeri yer? Ini pun Farah baca dari artikel yang Farah maksudkan.

Sebenarnya, memang ibu bapa perlu berikan perhatian apabila anak-anak mula memasuki alam persekolahan. Kena sentiasa berinteraksi dan berkomunikasi dengan anak-anak dan juga pihak sekolah untuk mengetahui perkembangan dan apa yang terjadi serta mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menyelesaikan segala permasalah yang mungkin timbul.

Bukan bermakna bila anak dah mula bersekolah, kita lepaskan segala-galanya kepada pihak sekolah. Peringatan kepada diri sendiri. Anak kita tetap perlu kita pelihara kebajikan mereka. Kita bayar yuran setiap bulan bukannya untuk memberikan kesan emosi dan psikologi yang negatif kepada anak-anak yer tak? Kita mahukan perkembangan yang positif berlaku kepada anak kita. Jadi marilah kita rapat-rapatkan diri kita kepada suasana persekitaran persekolahan anak-anak kita dan mengambil tahu setiap inci yang berlaku dengan cara yang paling bijak.

Macam-macam kemungkinan boleh terjadi dan boleh berlaku sepanjang sesi persekolahan anak-anak... Isu tetap akan berlaku tetapi kitalah yang menentukan bagaimana kita nak menyelesaikan dan berhadapan...

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel "Kindergarten Horror Stories" - Ibu Bapa Perlu Bersedia Apabila Anak Memulakan Alam Pra Sekolah..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, September 18, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

5 comments:

  1. xtahu lah arfan nt nk masukkan skolah mn...skrg ni semenya mhl2 hehe....mtk2 ad rezeki lebih utk dia

    ReplyDelete
  2. betol tu..kne pilih tadika yang betoi3 bagus..takot ade kes buli ke kan

    ReplyDelete
  3. Tak kisahlah ambil masa yang panjang sedikit mencari yang terbaik..

    ReplyDelete
  4. Insya Allah, anty doakan Ash akan dapat tadika yg terbaik nanti...

    ReplyDelete
  5. hehe sekarang dalam perot elok lusa dah sekolah #eh

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY