It’s Time For Serious POTTY TRAINING!–Sesi Pertama

Farah Waheda Wahid
2
It’s Time For Serious POTTY TRAINING!–Sesi Pertama (2)

Dah puas dah POTTY TRAIN main-main dan santai-santai… Smile with tongue out. Lebih kurang setahun lebih jugalah Farah POTTY TRAIN Iman Firash secara main-main dan santai-santai. Tujuannya adalah untuk let him get the idea of potty train and what is toilet is all about. Smile. Memanglah tidak ada hasil yang memberangsangkan sebab Farah pun tak push dia dan Farah pun tak adalah konsisten mana pun di dalam melatih tandas dia selama kini. Ada masa Farah buat, ada masa Farah culas disebabkan oleh keadaan semasa dan juga faktor masa juga. Ada masa datang MALAS juga. Open-mouthed smile Ha ha ha… Jangan ikut perangai Mommy Firash yang satu ni ok? Jangan malas-malas ok… Biasalah, Farah ni manusia biasa macam anda juga, terkadang tu tak lari dari perasaan malas di dalam sesetengah perkara bila badan dah terlalu letih. Tapi! Pointing upDi dalam strategi perkembangan semasa Iman Firash untuk tahun 2017 ni, Farah sememangnya dah letakkan sasaran untuk melatih tandas Iman Firash secara serius bermula pada suku tahun ketiga 2017. It’s time for serious POTTY TRAINING! – sesi pertama telah berlangsung selama 3 hari 3 malam bermula pada 16 Jun 2017 (Jumaat).

Jumaat – 16 Jun 2017

Perkara pertama adalah gulung permaidani di ruang tamu. Tak ada permaidani, tak ada tikar. Memang togel jer dengan tiles. Farah pesan pada nenek dia supaya jangan pakaikan dia lampin pakai buang. Biarkan dia pakai seluar dalam dan seluar sahaja. Kemudian, Farah minta bantuan nenek dia untuk bawa dia ke tandas setiap 30 minit dan minta dia untuk buang air kecil. Dia tak nak pun tak mengapa, janji bawa sahaja dia ke tandas setiap 30 minit untuk beri idea kepada Firash yang jika hendak membuang air kecil atau besar bermula dari sekarang, dia patut ke tandas.

Farah kerja kan? Terpaksalah minta bantuan nenek dia di siang hari tu. Alaaa… sehari jer. Untuk hari Jumaat lepas jer. Hasilnya? Tak menjadi! Open-mouthed smile Dah bocor baru dia beritahu nenek dia. Dengan nenek… manja lain macam sikit. Memang dia tak nak bercakap dengan nenek dia yang dia nak buang air kecil atau besar. Petang, Farah balik dari pejabat… Haaaa…siap Firash! Ini POTTY TRAINING dengan Mommy ni! Time to get serious and more firm. Winking smile. Dia minta juga pakaikan lampin pakai buang, tapi Farah pusing cakap pada dia, Firash dah besar kan? Firash tak boleh pakai diapers lagi. Firash kena shee shee dekat toilet. Dia diam jer… tak jawab apa pun.

Setiap 30 minit sekali Farah bawa dia ke tandas untuk dia buang air tak kira sama ada buang air kecil atau besar. Bila dia berjaya buang air kecil di tandas, Farah tanya dia, “Siapa pandai?”… Dia pun jawab, “Firash pandaiii…”. Kena puji ya… beri galakan dan motivasi pada anak. Tipulah kalau kata bermula dari petang, Farah balik dari pejabat tu tak ada yang terbocor di atas lantai ruang tamu tu, ada… sekali jer kot tak silap Farah. Bila dah terlepas baru dia beritahu yang dia dah basah. Kenalah bersihkan. Apa pilihan yang ada? Memang tak ada pilihan. Kena sabar dan juga kena faham yang sewaktu sesi latih tandas macam ni, memanglah penat sikit sebab nak kena bersihkan itu bersihkan ini. Tapi tak apa, itu semua adalah bersifat sementara sahaja. Sabar ya? Sabar… Winking smile.

Malam sebelum tidur, Farah siapkan tempat tidur kami dengan cadar kalis air yang pernah Farah kongsikan dulu di dalam entri Cadar Kalis Air Untuk Potty Training??? . Gambar untuk entri tu entah ke mana dah perginya tapi tak apa, ni Farah tunjukkan cadar kalis air yang Farah maksudkan tu.

It’s Time For Serious POTTY TRAINING!–Sesi Pertama 2

Melambak-lambak ada di Lazada. PIlih jer nak murah, nak mahal. Boleh dibasuh banyak kali – tak ada masalah untuk itu dan sangat-sangat praktikal di dalam sesi POTTY TRAINING anak-anak. Tak perlu risau dan pening kepala nak angkat tilam yang terkena air kencing anak berat-berat tu dan jemur. Dengan Mommy Mommy dia sekali kena tidur atas tilam bercadarkan cadar kalis air. Ha ha ha… Open-mouthed smile Tak apalah untukmu anak. Langkah kedua, bancuh susu formula dan sediakan air suam untuk Firash minum sebelum tidur, kemudian Farah bawa Firash ke tandas sebelum waktu tidur (bermaksud sebelum tutup semua lampu) dan kami sama-sama hanyut di lautan mimpi. Ajar dia untuk buang air kecil sebelum tidur. Tawakal jer ni tau… dengan harapan moga-moga dia tak terbocor atas tilam tidur. Bukan sebab kisahkan nak kena basuh cadar kalis air tu, tapi kesianlah pada dia kalau terbocor, basah dan ganggu tidur dia.

Hasil pada malam pertama tanpa lampin pakai buang? BERJAYA! Tiada sebarang kebocoran berlaku sepanjang malam. Winking smile Yesss! Good job Iman Firash! Kita berjaya untuk malam yang pertama! Punya happy sampaikan What’s App Babah dia nak bagi tau. Ha ha ha… Open-mouthed smile Excited semacam Mommy Firash. Ehhh…mestilah… pencapaian tu…pencapaian… Pengalaman pertama melatih tandas anak katakan… Ha ha ha…

Sabtu – 17 Jun 2016

Hari di mana berlakunya 2nd Parent-Teacher Meeting untuk tadika Firash. Bangun-bangun jer pagi Sabtu tu, terus bukakan seluar tidur Firash dan bawa dia ke tandas. Ajar dia buang air kecil di tandas lagi. Ok, berhasil. Kemudian kami siap-siap nak ke tadika Firash untuk sesi perjumpaan dengan guru kelas Firash. Ni dah pakai smart dah ni. Tak pakaikan lampin pakai buang. Lagipun dekat jer. Bukan jauh sangat dengan rumah yang kami tinggal. Untuk 20 minit yang pertama, ok jer. Tak terbocor. Farah dah tanya dah pada Firash, Firash nak shee shee tak? Dia jawab tak nak shee shee. Ajak ke tandas tak nak juga. Oklah takperlah, Farah tunggulah seketika. Tak sempattt… Nak bawa dia ke tandas, dah terbocor dah. Basah seluar dia. Ihiksss… Open-mouthed smile.

Seluar ekstra tak bawa pula. Terpaksalah tunggu sehingga sesi perjumpaan habis dan kemudian terus balik ke rumah dan bersihkan Firash. Kita teruskan dengan sesi latihan seperti biasa. Kemudian bila nak pergi ke kedai beli sedikit bahan-bahan masakan. Farah decide untuk pakaikan lampin pakai buang seketika sebab takut kejadian pagi tadi berulang kembali. Balik dari kedai, buka kembali lampin pakai buang. Dan teruskan latihan. Malam kedua, Farah lakukan perkara yang sama seperti malam pertama. Hasilnya? BERJAYA LAGI! Firash tak kencing malam sewaktu tidur lagi. Dalam hati harap-harap konsistenlah hendaknya.

Ahad – 18 Jun 2016

Ini agak menarik! Sebabnya sudah ada perkembangan positif! Mommy suka! Mommy suka! Send a kiss. Tidak ada sebarang kes kebocoran berlaku pada hari Ahad. Tak ada sesi mengemop, tak ada sesi mengelap. Firash tak terbocor! Tapi latihan tetap diteruskan seperti biasa. Cumanya, pada hari ketiga bila Farah dudukkan dia di tandas, dia sudah mula pandai memberitahu “tak nak shee shee”Bila dia benar-benar tak rasa nak buang air kecil. Hari pun berlalu seperti biasa… Dannn…malam semalam… perkara yang agak menggembirakan Farah dengan perkembangan Firash… Dia sedang leka bermain, tiba-tiba dia berlari ke depan pintu tandas sambil memegang bebird dia tu dan terjoget-joget sambil menjerit-jerit cemas sambil tersenyum… Mommy! Shinggg! Mommy Shinggg toilet! Sambil menunjuk-nunjuk dengan jari telunjuk ke arah tandas.

It’s Time For Serious POTTY TRAINING!–Sesi Pertama (1)

Yeayyyy! Alhamdulillah… This is a good sign!

Begitulah kisahnya pengisian seorang Mommy pada hujung minggu yang lepas. Dan latihan selama 3 hari tidak terhenti sebegitu sahaja. Masih akan tetap diteruskan sehinggalah dia benar-benar bebas lampin pakai buang. Winking smile. Buma ada-ada masa, Farah mungkin terpaksa pakaikan juga lampin pakai buang seketika. Contohnya jika nak berjalan raya ke kan? Kalau duduk rumah tu mungkinlah. Sehingga Farah yakin yang Firash takkan terbocor jika berjalan keluar at least. Ha ha ha… Sesi pertama telah menampakkan hasil. In Shaa Allah, sesi kedua secara serius akan dilaksanakan sepanjang cuti panjang bersempena dengan sambutan hari raya atau perayaan Aidilfitri ini.

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Yehh !!! good boy Firash .. lepas ni jimat dah mommy, tak payah beli pampers. :)

    ReplyDelete
  2. Wah!! Bagusnya.. I pun tengah potty training anak kedua i. Kalo bab shee shee tu ok. Bab iyak punya la payah nk ke toilet. Tp setakat ni nasib baik lagi coz belum ada incident iyak dalam seluar..hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !