
Musim perayaan Aidilfitri dah semakin tiba! Sana sini nampaknya seperti seolah-olah sudah berada di dalam
mood beraya. Suasana sekeliling seolah-olah kita ni memang sudah betul-betul di ambang Aidilfitri. Iya… Yang Farah nampaklah… Yang anda nampak Farah tak pasti-lah kan? Zaman berubah, teknologi mendahului tradisi. Rata-rata secara majoriti sememangnya ucapan selamat hari raya disampaikan melalui sistem pesanan ringkas, What’s App dan juga laman media sosial. Jika dulu kad raya sebagai pengganti diri, kini kad raya sudah semakin berkurangan. Betul tak? Nak cipta ayat sendiri musim-musim raya nanti, sudah semestinya belum tentu boleh tercipta. Baru nak cipta ayat, ada gangguan, baru nak cipta ayat, ada gangguan. Al-maklumlah… Musim raya kan? Sibuk… Sibuk nak layan tetamu yang datang beraya ke rumah, sibuk nak berjalan raya. Jadi mana yang sempat jer lah kan? Asal ada ucapan balas,
copy paste pun jadi! Ekekeke…

… Farah lah tu salah seorang yagn selalu buat macam tu. Uhuksss…Memahami situasi dan juga keadaan, sebelum masing-masing sibuk, sementara anda ada masa nak baca entri di
Bubblynotes.Com ni… Sukalah kiranya Farah nak berkongsi dengan anda semua koleksi ucapan SELAMAT HARI RAYA 1438H untuk di-
copy paste!
Ini adalah setakat yang Farah larat nak kumpul ya?

Bila kata merangkai dusta
Bila langkah membekas lara
Bila hati penuh prasangka
Dan bila ada langkah yang menoreh luka
Mohon dibukakan pintu maaf
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Satukan tangan, satukan hati
Itulah indahnya silaturahim
Di hari kemenangan kita padukan
Keikhlasan untuk memaafkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Harta yang paling berharga adalah sabar
Teman yang paling setia adalah amal
Ibadah paling indah adalah ikhlas
Identiti paling tinggi adalah iman
Pekerjaan paling berat adalah memaafkan
Mohon maaf atas segala khilaf
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Let’s write all the mistakes down in the sand
And let the wind of forgiveness erase it away
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Minal Aidil Wal Faidzin
Ramadhan membasuh hati yang berjelaga
Saatnya meraih rahmat dan keampunanNya
Untuk lisan dan sikap yang tidak terjaga
Mohon dibukakan pintu maaf yang sebesar-besarnya
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin
Minal Aidil Wal Faizin Taqaballahu Minna Wa Minkum
Esok adalah harapan
Sekarang adalah kenyataan
Kelmarin adalah kenangan, yang tak luput dari khilaf dan kesalahan
Ketika tangan tidak mampu berjabat
Kaki tidak dapat melangkah
Hanya hati yang mampu berbisik
Minal Aidil Wal Faizin
Mohon Maaf Zahir dan Batin
Di beningnya hati ada keruhnya prasangka
Di santunnya sapa ada celanya kata
Mohon Maaf Zahir dan Batin
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Untuk hati yang pernah terluka oleh tajamnya lidah
Untuk jiwa yang tersakiti oleh buruknya sikap dan perilaku
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Sahur kini hanya tinggal kenangan
Berganti takbir Aidilfitri menjelang
Aku datang hulurkan tangan
Memohon maaf semua kesalahan
Untuk lisan dan sikap yang tidak terjaga
Mohon dibukakan pintu maaf yang sebesar-besarnya
Sepuluh jari tersusun rapi
Membawa harum bunga melati
Niatku ini setulus hati
Memohon maaf di Aidilfitri
Inilah yang mampu untuk di copy paste kan setakat ini.
. Pilihlah yang mana satu nak guna untuk bertukar-tukar ucapan di hari raya nanti ya? Standby siap-siap copy dalam aplikasi note dalam telefon pintar masing-masing, selepas tu copy paste jer.
Hi selamat hari raya (^_^).
ReplyDelete