Panduan BELAJAR SELEPAS KAHWIN

Farah Waheda Wahid
0
PANDUAN BELAJAR SELEPAS KAHWIN

Teringat zaman diploma dulu, ada rakan sekuliah yang telah berkahwin. Dia sambung belajar selepas berkahwin. Ada orang kata, sambung belajar selepas kahwin ni bukan satu perkara yang mudah. Hakikatnya, Farah tengok kakak tu, chill jer? Scorer juga… Smile dan competitors juga. Ha ha ha… Open-mouthed smile. Prestasi dia memang tip top lah baq hang… Terkadang tu semput juga nak mengejar. Bukan sebab tak boleh tengok orang lain lebih tapi sebenarnya diri sendiri cabar diri sendiri dalam hati. Cabaran dalam hati tu berbunyi “Kalau Kak Zura yang dah kahwin tu boleh jadi top scorer, takkan aku yang single mingle ni tak boleh?”… Ha tu diaaa… Macam rasa malu pula kalau tak boleh nak score…Ha ha ha… Open-mouthed smile Tak apalah kan? Sekurang-kurangnya, kakak tu dah bagi motivasi untuk Farah jadi rajin dan achieve something juga kan? Positive influence kaedahnya. Cumanya… apakah dia intipati atau panduan belajar selepas kahwin?

Ada ramai jer di kalangan yang bergelar isteri dan ibu mahu meneruskan pengajian atas sebab-sebab yang tersendiri termasuk untuk menaikkan status diri atau berpegang kepada tiada had umur kalau nak belajar. Apatah lagi pada zaman sekarang ni kan? Ada banyak pilihan pembelajaran di universiti dan senario pelajar berusia bukan perkara baru. Vanida Imran pun sambung pengajian dalam bidang psikologi selepas mendapat ijazah dalam jurusan Bahasa Inggeris.

Agree to disagree. Khusus buat on-going / bakal pelajar yang berstatus Puan atau Mommy. Ada beberapa pegangan yang mana golongan pelajar merangkap Puan atau Mommy perlu pegang ketat-ketat:

Jangan Jadikan Perkahwinan Dan Anak Sebagai Fitnah Kepada Pembelajaran Kita

Faham sangat! Bila dah kahwin mood tu memang terbang terus entah pergi ke mana. Lagi-lagi masa awal kahwin. Bertambah-tambahlah bila dah ada anak. Fuhhh. Sebab itu disiplin untuk golongan ini mesti berganda-ganda dari yang bujang. Ada lecturer yang ada pandangan, lepas kahwin ada anak kelaulah student aku ni. See what I mean? Benda ni dah jadi fitnah.

Uruskan Masa Sebaiknya

Masa bujang tak sama dengan masa selepas kahwin. Jadi berlagaklah seperti pelajar merangkap Mommy. Kurangkan tidur. Lagi-lagi kalau PhD, mestilah kurang tidur, korban itu ini. Ada anak pula. Jangan expect timing kita macam orang bujang. Hu hu hu… Farah sendiri pun berjaga untuk virtual writing. Lepas selesai virtual writing kalau nak-nak lagi hujung minggu, balas dendam tidur berganda-ganda. He he he… Open-mouthed smile

Mood Untuk Diuruskan, Bukan Untuk Dilayan

Mood malas? Mood penat jaga anak? Mood penat buat kerja rumah? Lawan! Or kalau tak mampu sangat take a rest or reward diri kemudian cari jalan untuk lawan dan kembali melakukan apa yang diperlukan. Contohnya draf entri blog. Muahahaha… Open-mouthed smile. Kalau ikut mood malas tu, memang selalu ada (macam Farah!). You choose this path. Janganlah expect you graduate dengan perjalanan study you smooth jer.

Apa pun berbalik pada diri sendiri, tetapi memang ramai Mommy yang belajar selepas kahwin dan ada anak graduates with flying colours tau!

*Hajat hati nak sambung Masters tapi belum ada rezeki lagi. Hari tu macam ada bunyi-bunyi subsidised and bonded by company. Tapi buat masa sekarang masih senyap and no news. In Shaa Allah, ada rezeki nanti mungkin sampai juga tu kan? He he he… Amin.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !