Tugas IBU Bila ANAK PEREMPUAN Pertama Kali Didatangi HAID

Farah Waheda Wahid
0
TUGAS IBU BILA ANAK PEREMPUAN PERTAMA KALI DIDATANGI HAID

Taip-taip-taip… backspace… Taip-taip-taip…backspace…Ha ha ha… Risau pula nak menaip tajuk taboo ni ha… Open-mouthed smile… Tapi bila fikir-fikir balik… Tak apalah kan? Sekadar sebagai perkongsian ilmu jer… Mungkin jarang-jarang lihat artikel keibubapaan sebegini yang dipaparkan, tetapi sebenarnya inilah salah satu aspek dalam keibubapaan yang bakal dihadapi oleh semua ibu bapa terutamanya ibu. Jarang ada yang nak membicarakan tugas ibu bila anak perempuan pertama kali didatangi haid. Tak apalah… Farah jadilah salah seorang yang berkongsi walaupun tak ada anak perempuan. Mungkin bermanfaat pada ibu-ibu yang mempunyai anak perempuan di luar sana kan?

Soalan khusus untuk kaum ibu: Ingat tak bagaimana perasaan anda bila pertama kali datang haid? Smile Pengalaman tu pengalaman… Farah ada cerita Farah yang tersendiri, tapi tak naklah cerita secara terbuka di Bubblynotes.Com. Ha ha ha… Open-mouthed smile Biarlah rahsia. Anda pun jawab dalam hati pun dah cukup. Tak perlu jawab di ruangan kotak komen. Ekekeke… Tentu ada yang rasa malu, takut, sedih, bimbang, menangis, tidak yakin dan sebagainya. Malah akibat naif tentang hal ini, ada juga yang solat pada hari tersebut. Hu hu hu…

Oleh yang demikian, bagi anda, ibu-ibu yang memiliki anak perempuan di luar sana… ada baiknya anda mendekati puteri kesayangan dan berbicara tentang hal ini dengan mereka. Jadi tidaklah anak-anak perempuan anda mengalami masalah yang sama seperti anda dahulu. Kita kena faham yang anak-anak sekarang cukup berbeza pemikiran mereka berbanding zaman kita sewaktu remaja. Banyak perkara sudah mereka ketahui terlebih dahulu dan oleh itu, anda boleh berbicara secara terbuka dengan mereka.

Beritahu Mereka Sudah Dewasa

Apabila anak perempuan mengalami haid katakan kepada mereka bahawa mereka sudah pun baligh dan memasuki fasa menjadi seorang wanita. Mereka akan melalui perubahan dari segi tubuh badan yang mana ia adalah sesuatu yang normal. Ingatkan juga anak bahawa apabila sudah baligh bermakna mereka wajib melakukan tuntutan agama dan jika tidak melakukannya maka dosa akan ditanggung sendiri.

Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan

Terangkan kepada mereka apa yang tidak boleh dilakukan ketika haid seperti solat, puasa, membaca Al-Quran dan sebagainya. Ingatkan juga anak perempuan agar menjaga batas pergaulan dengan lelaki termasuklah dengan saudara mara yang rapat dengan mereka.

Ajarkan Cara

Kemudian ajarkan cara pemakaian pad yang betul. Sebaiknya terangkan tentang pemilihan pad atau tuala wanita sama ada jenis slim, maxi atau overnight. Begitu juga, terangkan jenis masa yang sesuai untuk digunakan pada waktu malam, semasa melakukan aktiviti lasak dan sebagainya.

Tekankan Aspek Kebersihan

Bab ini sangat penting. Beritahu berapa kali dia harus menukar pad dan seluar dalam sehari. Kemudian, jelaskan apa yang harus dibuat dengan pad yang telah dipakai dan cara untuk membersih dan membuangnya. Terangkan dengan mudah agar anak-anak faham bagaimana menguruskannya.

Bawa Pad Di Dalam Beg

Pesan pada anak, perlu sentiasa bawa sekurang-kurangnya satu keping tuala wanita ke sekolah dan letakkan di dalam beg. Jelaskan kepadanya, setiap bulan keadaan yang sama akan dilalui dan masanya tidak menentu. Jadi perlu berjaga-jaga selalu.

Jelaskan Simptom

Ceritakan kepada anak mengikut pengalaman anda sendiri tentang simptom-simptom sebelum haid seperti tumbuh jerawat, sakit perut, sensitif, kerap makan dan sebagainya.

Amali Cara Mandi Wajib

Ramai ibu terlepas pandang dalam bab mengajarkan anak-anak tentang mandi wajib. Sebaiknya lakukan amali agar anak perempuan remaja anda faham dan jelas apa yang harus dilakukan selepas berhentinya darah tersebut. 

Bab ni memang tugas ibu. Bukan tugas bapa. Ibu yang kena lakukan semua perkara ini dan bukannya bapa. Send a kiss. Semoga bermanfaat!

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !