Kredit: Sumber dari SINI |
Semakin maju teknologi, semakin mudah urusan sehari-hari, semakin kreatif pula jenis-jenis jenayah terkini yang muncul. Yang terkini? PENYELUK SAKU DIGITAL. Cara paling baru dan mudah untuk mendapatkan wang ringgit. Cara pencopet alaf baru. Jika penyeluk saku konvensional, caranya adalah dengan tindakan fizikal yang disedari seperti meragut tas tangan dan sebagainya. Akan tetapi bagi si PENYELUK SAKU DIGITAL pula, caranya adalah dengan kaedah yang tidak disedari oleh mangsa. Haihhhlahh... hati-hatilah semua ya? Kalau-kalau tiba-tiba baki duit di dalam akaun bank kita berkurangan... Berkemungkinan kita telah menjadi mangsa si PENYELUK SAKU DIGITAL tanpa kita sedari sebenarnya. Hu hu hu...
Modus Operandi PENYELUK SAKU DIGITAL
Bagaimanakah modus operandi si PENYELUK SAKU DIGITAL? Mari kita lihat imej yang telah dikongsikan oleh Cybersafe Malaysia melalui pautan di SINI
Farah taipkan satu persatu agar kita sama-sama jelas dan ambil langkah yang berjaga-jaga bagi mengelakkan diri kita semua dari menjadi mangsa si PENYELUK SAKU DIGITAL. PENYELUK SAKU DIGITAL memulakan aktiviti mereka dengan memuat turun aplikasi dari Google Playstore ataupun Apps Store yang merupakan open source. Aplikasi yang dimaksudkan berupaya mencuri data kad bank dengan mendekatkan telefon pintar dengan kad bank pada jarak sejauh 1 meter.
Dan kaedah kedua bagi si PENYELUK SAKU DIGITAL adalah dengan menggunakan alat pembaca gelombang radio yang boleh didapati di talian yang juga mampu mencuri data kad bank dengan mendekatkan telefon pintar dengan kad bank pada jarak sejauh 5 meter.
Untuk pengetahuan anda, alat pembaca gelombang radio boleh menyimpan transaksi sekitar RM 300.00 sehingga RM 1,500.00 TANPA MEMERLUKAN SEBARANG JARINGAN INTERNET.
Apa Yang BolehDilakukan Dengan Data Yang Diperolehi?
Dah nama pun jenayah, dengan data yang diperoleh oleh si PENYELUKSAKU DIGITAL ianya membolehkan mereka untuk melakukan pemalsuan kad bank dan juga melakukan transaksi tanpa kebenaran.
Bagaimanakah Cara Untuk Mengatasi PENYELUK SAKU DIGITAL?
Bagi pengguna-pengguna kad bank berciri paywave - boleh membalut kad dengan kertas ALUMINIUM bagi mengelakkan gelombang radio terpancar. Kita juga boleh membeli sarung kad anti-gelombang radio yang boleh didapati di pasaran dengan harga serendah RM10.00 sehingga RM30.00 setiap satu. Yang paling selamat? menambahkan ciri keselamatan paywave dengan mewajibkan semua transaksi memerlukan kod PIN.
Macam-macam kan zaman sekarang ni? Tapi kalau nak difikir-fikirkan balik sebenarnya kad bank paywave sekarang ni memang mudah sangat-sangat pun nak hilang duit... Ha ha ha...Sebab apa? Sebabnya, tanpa kehadiran si pemilik kad, kalau-kalau ada orang lain yang ambil kad bank kita tanpa sedar dan kemudian bawa ke kedai untuk membeli-belah pun, kita takkan perasan. Sebabnya, mudah jer...penggunaan kad bank paywave adalah cuma dengan letakkan saja macam konsep Touch N' Go... dan transaksi anda akan berjaya dalam sekelip mata kan?
aida x rasa la boleh sampai 5m.
ReplyDeleteaida ada baca kat website visa, kata nyer at least 4cm baru detect.
kalau gini la farah, memang susah la kita, 5m tu jauh tu.
da la apps tu free :(
Ya Allah...mcm2 perangai ya
ReplyDelete