

Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Capaian Sistem
- Sistem Pendaftaran Atas Talian boleh dicapai melalui alamat berikut: https://public.moe.gov.my
- Pelayar yang sesuai digunakan adalah Internet Explorer (IE) 7 ke atas dengan resolusi paparan adalah 1024 X 768 pixel atau Mozilla Firefox 3.0.18 ke atas atau Google Chrome.
Daftar Pengguna
Daftar Pengguna Baru
- Lihat di sebelah kiri anda terdapat satu ruangan untuk anda daftar masuk.
- Klik pada butang Pengguna Baru untuk mendaftar akaun.
- Isi setiap medan wajib yang bertanda (*).
- Setelah selesai, tekan butang Daftar.
- Satu pop-up akan dikeluarkan seperti rajah di bawah. Kemudian, klik pergi ke halaman utama.
- Klik Isi Semula, jika ingin mengisi semula butiran.
Daftar Masuk
- Pergi ke halaman utama, masukkan Id Pengguna (No. Mykad) dan kata laluan seterusnya klik pada butang Daftar Masuk.
Lupa Kata Laluan
- Jika terlupa kata laluan, klik pada butang Lupa Kata Laluan untuk mendapatkan semula kata laluan anda.
- Masukkan No. Mykad anda (tanpa ‘-’) dan Email seterusnya tekan butang semak.
- Setelah menekan butang semak, paparan seperti rajah di bawah akan dipaparkan. Masukkan jawapan bagi soalan keselamatan dan klik butang Semak Jawapan.
- Setelah itu, kata laluan akan dipaparkan.
Menu Utama
- Setelah berjaya daftar masuk, klik pada eDaftar Tahun 1.
Aduan Masalah Penggunaan Aplikasi Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT)
Sila rujuk atau menghubungi:Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E2, Kompleks E
62604 PUTRAJAYA Unit ICT
E-mel : daftartahun1@moe.gov.my
Pertanyaan Permohonan ke Tahun 1 (WP Putrajaya)
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan PutrajayaJalan P16, Presint 16
62150 Putrajaya
Talian Utama : +603-8890 3070
E-mel : daftartahun1@moe.gov.my
Pertanyaan Permohonan ke Tahun 1 (Selangor)
Jabatan Pendidikan SelangorJalan Jambu Bol 4/3E
Seksyen 4, 40604 Shah Alam,Selangor.
Talian Utama : +603-55186500
E-mel : jpn.selangor@moe.gov.my
Tindakan Ibu Bapa / Penjaga
Ibubapa yang telah berjaya membuat pendaftaran dan permohonan secara atas talian dengan mengisi butiran yang diperlukan dalam Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) serta mencetak bukti permohonan atas talian berkenaan perlu hadir ke sekolah yang dipohon untuk perakuan permohonan dan sila bawa bersama dokumen yang berkaitan seperti berikut:1. Sijil Lahir/ Sijil Anak angkat (asal + salinan)
2. Kad Pengenalan Ibu, Bapa / Penjaga (asal + salinan)
3. Sijil Nikah / Sijil daftar perkahwinan (asal + salinan)
4. Surat Cerai dan Perintah Hak Penjagaan Anak (Hadhanah /Custody) (asal + salinan)
5. Bil Elektrik / SYABAS sebagai bukti alamat (asal + salinan)
6. Sampul surat bersetem 0.80 sen bersaiz 4 x 9 (115 cm x 245 cm)
Masa Dan Tempat Serahan Dokumen
Masa : Isnin hingga Jumaat (8.30 pagi – 4.30 petang)Tempat : Pejabat Sekolah (untuk serahan dokumen)
Rujukan: https://public.moe.gov.my/panduan/MUAT_TURUN.pdf
Rujukan: http://www.mysumber.com/pendaftaran-online-murid-tahun-1-selangor-putrajaya.html

Dah online ni memang semua senang... tapi kesian juga pada mereka yang tak berapa celik IT...
ReplyDelete