BEG SEKOLAH Dengan Rekabentuk ERGONOMIK Untuk Anak

BEG SEKOLAH DENGAN REKABENTUK ERGONOMIK UNTUK ANAK

Kisah beg sekolah anak berat macam batu bukanlah satu perkara baru kot? Dari zaman Farah di sekolah rendah dulu lagi dah selalu sangat dah dengar perkataan … Beg berat macam batu! Beg berat macam batu! Wohooo! Open-mouthed smile… Masih ingat lagi bagaimana ya ampunnya nak mendaki anak tangga setinggi tiga tingkat dengan beg yang super duper berat yang digalas di belakang badan demi nak menyampaikan ke kelas. Crying face huwaaa… gigih tak gigih jugalah mendaki anak-anak tangga tu. Alhamdulillah, sampailah kan? Wakakaka… Open-mouthed smile… Cumanya baru sampai tingkat satu dah rasa macam dah naik sampai 5 tingkat dah… Hu hu hu… Bahu memang sengal dan sakitlah kan? Macam tulah cabaran nak menuntut ilmu kan? Kalau kita sendiri yang melalui pengalaman itu terasa macam tu, apatah lagi anak-anak kita sekarang ni kan? Rasa beg sekolah yang berat tu takkan berubah, sama jer rasanya… Hu hu hu… Cuma apa yang berbeza jika dibandingkan dulu dan sekarang, sekarang ni dah ada beg sekolah dengan rekabentuk ERGONOMIK untuk anak ok? Pernah dengar? Pernah tengok? Kalau ada yang belum pernah dengar, pernah tengok, pernah tahu dan segala jenis pernah… Meh sini rapat-rapat… Farah nak cerita ni…

Bila Farah lihat, anak-anak kecil yang bersekolah rendah menggalas beg sekolah yang besar dan kembung semacam serta struktur badan mereka kelihatan bongkok disebabkan dari menggalas bebanan di bahagian bahu dan belakang badan mereka… Alahaiii… Confused smile kesiannya! Walaupun telinga ni tak dengar mereka mengadu apa-apa, bila melihat sendiri dengan mata kasar pun dah boleh tau yang beg sekolah mereka itu sememangnya berat. Berat dengan buku teks, buku aktiviti, alat tulis, buku tulis, warna dan sebagainya. Kecil-kecil dah boleh jadi nenek kebayan pula anak-anak zaman sekarang kan? Jelas kelihatan badan anak-anak kecil ini bongkok. Dahlah, anak-anak kecil ni, walaupun dah bersekolah tulang mereka masih lagi fragile…masih lagi lembut… Bila dah terbiasa bawa beg berat macam batu setiap hari… Lama-kelamaan jika dibiarkan berterusan secara konsisten keadaan ini, silap-silap haribulan memang boleh kekal bongkok selamanya dan juga mungkin bermasalah dengan tulang belakang mereka.

Itupun… Annoyed Iman Firash suka sangat nak memberatkan beg sekolah dia bila nak pergi ke tadika! Segala ni ke benda dia nak masukkan ke dalam beg sekolah dia… Iyaaa…sungguh… Dalam beg sekolah dia tu, ada kotak pensil, ada air Vitagen sebotol, botol susu 2 botol, air kosong sebotol, sekotak air coklat Dutch Lady, bekal lagi. Termasuklah kadang-kadang bila angin dia sampai nak bawa bantal busuk dia dan kucing tak bernyawa dia tu… Sumbat selagi boleh sumbat… Tak faham betul Mommy dia ni! Dah lah kecil molek, nak bawa beg sekolah berat-berat… Hurmmm…Memang selalunya Farah akan sedaya-upaya tak bagi dia galas ataupun senyap-senyap semasa dia tak sedar keluarkan apa yang tak perlu. Buku memang tak bawa baliklah, tinggal sekolah… Konsepnya begitu… Awak ni tak naklah dia galas beg sampai terbongkok sendiri sepertimana yagn Farah nyatakan di dalam perenggan yang terlebih awal kan?

BEG SEKOLAH DENGAN REKABENTUK ERGONOMIK UNTUK ANAK 3
Kalau sayangkan tulang belakang anak-anak, kenalah berkenal-kenalan dengan beg sekolah ergonomik ya? Winking smile. Ini bukan Farah nak menjual, bukan sejenis paksaan ataupun bukannya review produk mahupun advertorial ya kawan-kawan? Ini adalah sesuatu yang dipandang dari sudut kesihatan. Tolong fahamkan kesan beg berat kepada anak-anak:

Apakah Kesan Beg Yang Berat Kepada Anak-Anak Kita?

Berdasarkan kepada satu kajian atas talian ke atas chiropractors yang dijalankan di Amerika oleh pihak www.backpacksafe.com, adalah didapati bahawasanya 89% chiropractors telah merawat pesakit yang berumur di antara 5 sehingga 18 tahun yang mengalami SAKIT BELAKANG, LEHER ATAU BAHU disebabkan oleh beg galas yang berat.

Manakala, mengikut kajian yang telah dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Universiti Malaya pula, berat beg yang sesuai untuk anak-anak sekolah di bawah 12 tahun ialah 15% daripada berat badan mereka. Oleh itu, berat beg yang sesuai untuk anak-anak sekolah rendah yang rata-ratanya hanya seberat 30 kg adalah 4.5 kg sahaja.

Tak rasa kasihan ke bila postur anak-anak yang masih fleksibel dirosakkan oleh beg sekolah yang berat?

BEG SEKOLAH DENGAN REKABENTUK ERGONOMIK UNTUK ANAK 2

Apakah Elemen Rekabentuk Beg Sekolah Yang Bagus Untuk Anak?

Daripada apa yang Farah sempat baca melalui sumber di SINI, 9 elemen rekabentuk beg sekolah yang bagus untuk anak adalah seperti yang tertera di bawah berikut:

1. Backpack Fitted To the Torso Length
The backpack should rest between the C7 verterbrae which is the first and most prominent bone on the spine when you bend your neck forward, and the top of teh hip bone (iliac rest). Rest your hands on your hip with thumbs on the back. The place where the thumbs rest is where you want the bag to rest. If the bag is longer than the torso, there would be an ergonomic fit. The torso length determines whether you need a small, medium or large backpack.  

2. Wide, Padded Straps.
Thin straps can cut into the shoulders, making the bag uncomfortable to carry.

3. Sternum Belt.
The sternum belt will hold the shoulder straps in place.

4. Compartments Instead of a Single Top Loading Opening.
Compartments help to organise the contents and hold the items snugly against the torso.

5. Pockets and Magnetic Backrest.
This would make carrying the bag more comfortable.

6. Waterproofing.
This is to prevent rain or sweaty backs from ruining the items.

7. Compression Straps.
Use the compression straps to keep the load snug and compact against the back.

Apakah Ciri-Ciri Beg Sekolah Dengan Rekabentuk Ergonomik?

  • Sistem Perlindungan Tulang Belakang Ortopedik (OSPS) / Panel Perlindungan Spina 3D yang direka secara ergonomik supaya padan dengan bahagian belakang dan tulang belakang pengguna.

  • Alur berlapik di bahagian belakang yang cukup untuk memberi sokongan tanpa memberikan tekanan kepada bahu.

  • Ruang fungsian untuk dokumen / buku. Tali suspensi di bahagian dalam mengekalkan kandungannya dalam kedudukan menegak yang sebenar untuk kestabilan lebih baik.

  • Sangat ringan.

  • Diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi, kalis air dan berciri pemantul bagi meningkatkan tahap keselamatan dalam keadaan cahaya malap.

Di manakah Ibu Bapa Boleh Mendapatkan Beg Sekolah Dengan Rekabentuk Ergonomik Ni?

Beg sekolah dengan rekabentuk ergonomik yang boleh didapati di Malaysia adalah:

impact – ERGOLAND

BEG SEKOLAH DENGAN REKABENTUK ERGONOMIK UNTUK ANAK 9

BEG SEKOLAH DENGAN REKABENTUK ERGONOMIK UNTUK ANAK 5

BEG SEKOLAH DENGAN REKABENTUK ERGONOMIK UNTUK ANAK 6

BEG SEKOLAH DENGAN REKABENTUK ERGONOMIK UNTUK ANAK 7

BEG SEKOLAH DENGAN REKABENTUK ERGONOMIK UNTUK ANAK 8

Harga dia… Mak aiii… Terbeliak kejap Surprised smile biji mata Farah ni ha… Ini kan, kalau dah beli sekali, memang tak ada nak tukar-tukarnya kalau selagi tak koyak! Hu hu hu… If there’s a price to pay for beauty, there’s also a price to pay for health juga kan? Winking smile… Kalau ianya adalah untuk kebaikan… In Shaa Allah… Pelan-pelan kayuh dan berusaha… Boleh dibeli secara atas talian ataupun melawat ke concept store ERGOLAND yang terdapat di 1 Utama Shopping Centre dan juga Queensbay Mall, Pulau Pinang.

MyORTHO


BEG SEKOLAH DENGAN REKABENTUK ERGONOMIK UNTUK ANAK 10

Lazada Malaysia


BEG SEKOLAH DENGAN REKABENTUK ERGONOMIK UNTUK ANAK 11

Beban yang berlebihan berupaya merosakkan tumbesaran tulang dan memberi kesan buruk di kemudian hari.

Kanak-kanak menghadapi RISIKO JANGKA PANJANG dan KEROSAKAN KEKAL STRUKTUR BADAN jika kerap membawa beban melebihi 15% – 17% dari berat badan mereka.

SINDROM KETIDAKIMBANGAN BAHU (SHOULDER IMBALANCE), MEMBONGKOK dan MASALAH KAWALAN NAFAS adalah kesan yang boleh berlaku sekiranya kanak-kanak mengalas beg berat setiap hari.

Beg Beroda Kan Ada?

Membekalkan anak-anak dengan beg beroda tidak dapat menangani isu beg berat. Dengan adanya roda, makin bertambah berat dengan buku-buku dan lain-lain barang berikutan dengan kecenderungan untuk menambah bilangan buku boleh berlaku di kalangan pelajar dan guru. Masalah bakal terjadi apabila lokasi kelas pelajar berada di tingkat dua dan ke atas. Mengusung beg beroda dan berat dari satu tingkat ke tingkat mendatangkan risiko lain pula. Atau ketika menaiki bas atau van sekolah. Walaubagaimanapun, pendekatan beg beroda boleh mencegah risiko badan membongkok, tetapi tidak dapat menangani isu beg berat.

Pusing kot sana, pusing kot sini, nampak-nampak gayanya… beg sekolah dengan rekabentuk ergonomik adalah penyelesaiannya untuk masalah bongkok dan juga berat beg yang digalas.

*Sick smile Kalau nak beli beg sekolah ergonomik ni, nampaknya dah kena mula menabung dari sekarang… Open-mouthed smile…tapi tulah… pada pandangan mata Farah ok jer rekabentuk beg sekolah ergonomik tetapi tulah…tak ada pula beg sekolah dengan rekabentuk ergonomik bertemakan Thomas and Friends… Wakakaka… Winking smile…Faham-faham jerlah Iman Firash kan?

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel BEG SEKOLAH Dengan Rekabentuk ERGONOMIK Untuk Anak, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Saturday, January 28, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

  1. Beg beroda lagilah kalau kena angkut ke tingkat 3 takkan nak tarik beg pulak, dah sah2 confirm terpaksa bawa juga kan? semoga dengan ada nya beg ergonomik ni dapat membantu pelajar2 sekolah sekarang :)

    ReplyDelete
  2. Dulu pun ingat dengan adanya beg beroda akan menyelesaikan masalah sakit tulang belakang. Rupanya lagi sakit nak mengangkut beg tu sebab kelas kat tingkat 3 haha. Baguslah ada beg ergonomik ni, at least risiko sakit belakang tu kurang. Good initiative :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia